Tuesday, February 26, 2013

SIRI 4: 1MSIA VS PENJAJAHAN BARU TANPA SENJATA

Cubalah perhalusi gambaran di sebalik "kronologi acuan negara" yang telah terjadi sejak lebih 60 tahun yang lalu hingga negara Malaysia berada di kedudukan yang ada pada hari ini.

1. Dari sekian banyak NGO melayu yang bergerak secara "sdn bhd", mengikut negeri dan mukim pada tahun 1946, akhirnya wujud "1Penyelesaian yang bersifat kebangsaan" dengan lahirnya 1UMNO untuk "1kesatuan" seluruh umat melayu. Perjuangan bangsa melayu secara kebangsaan ini telah dirintis oleh Dato Onn Jaafar dengan dibantu secara belakang tabir oleh Pendita Zaaba.

Sejak tertubuhnya 1Gerakan Kebangsaan Umat Melayu melalui platform UMNO, perjuangan bangsa melayu tidak lagi menoleh ke belakang. Kesatuan bangsa melayu secara tiba-tiba digeruni apabila ia buat pertama kalinya telah bergerak secara kebangsaan dan kejayaan pertama perjuangan bangsa melayu selepas wujudnya gerakan kebangsaan ialah gagalnya agenda pembentukan Malayan Union. 

2. Negeri-negeri melayu yang sebelumnya bergerak dan ditadbir secara berasingan telah buat pertama kalinya berjaya disatukan melalui pembentukan 1Persekutuan Tanah Melayu bagi menggantikan Malayan Union. 

3. Seterusnya, dari sekian ribuan masalah dan kemelut menuju kemerdekaan, bermula dari masalah kaum pendatang yang hampir seimbang dengan jumlah penduduk asal, masalah perundingan dengan pihak British, hinggalah kepada masalah sediada yang wujud dikalangan orang melayu, akhirnya Almarhum Tunku Abd Rahman telah berjaya memperjuangkan "1Penyelesaian" menyeluruh untuk semua kaum yang tinggal di negara ini dengan tercapainya kemerdekaan melalui pembentukan "1Malaya yang Merdeka".

Tiga parti berasaskan kaum yang tertubuh untuk mewakili kepentingan setiap kaum telah bergabung menjadi 1Perikatan. Matlamat dan ideologi yang berbeza-beza telah berjaya diselaraskan menjadi satu, iaitu membebaskan negara dari cengkaman penjajah.

4. Dari sekelian etnik, kaum dan kepercayaan agama serta kepelbagaian budaya yang begitu kompleks yang wujud tatkala merumuskan formula kemerdekaan negara, Almarhum Tunku dalam masa yang sama telah menemui "1Penyelesaian" yang begitu holistik sifatnya. 

"1Penyelesaian" ini telah disimpul mati tanpa sesiapa pun yang boleh menyentuhnya melalui "1Perlembagaan Persekutuan" yang begitu "terangkum" @ inklusif sifatnya.

5. Begitu juga apabila negara sekali lagi dilanda masalah yang hampir menyebabkan kaum-kaum di Malaysia bergaduh dan menumpahkan darah sesama sendiri. 

"Yang Maha Bijaksana" sekali lagi telah menganugerahkan "sebahagian" dari "maha bijaksanaNya" kepada pemimpin Ulil Amri ketika itu, Allahyarham Tun Razak untuk merumuskan "1Penyelesaian" yang terbukti begitu holistik sifatnya.

"1BN" telah diwujudkan di atas 1maksud, iaitu untuk "menyusun semula pembinaan negara bangsa melalui penyusunan semula sosio-masyarakat secara "adil dan saksama". Akhirnya rakyat pelbagai kaum yang hampir menumpahkan darah sesama sendiri telah kembali "bersatu" untuk meneruskan sistem nilai dan kehidupan yang aman, makmur dan harmoni.

Semua "penyelesaian yang holistik" ini bukan lahir disebabkan "semata-mata di atas kebijaksanaan para pemimpin terdahulu", tetapi harus difahami bahawa di sebalik kebijaksanaan itu, tersembunyi peranan "Yang Maha Bijaksana" yang telah menganugerahkan sebahagian dari "Maha bijaksanaNya" ke dalam "benak" dan "jiwa" para pemimpin ini untuk merumuskan "1Penyelesaian"  yang begitu holistik untuk sebuah negara yang masih dipandang Allah dengan pandangan rahmatNya.

6. Kini, negara sekali lagi berada "di ambang cabaran dan gelombang besar" yang mana, jika tidak diperolehi "1Penyelesaian" secara holistik, negara berkemungkinan besar akan mengalami kemudaratan besar yang belum pernah terjadi dan tidak pernah terbayang oleh seluruh rakyat, khususnya generasi muda.

Jurang perbezaan aliran pemikiran "cara mana" negara harus membentuk sistem nilai dan hidup masyarakat harus diunjurkan di zaman yang  kononnya sudah berubah, kelihatan sudah semakin melebar. 

Masing-masing pihak sedang cuba membawa "aliran pemikiran baru" untuk diketengahkan dan digunapakai sebagai suatu sistem nilai dan hidup baru di dalam dunia yang kononnya sudah semakin maju dari segenap segi. Pihak-pihak ini sedang cuba menerapkan sistem nilai baru pada pemikiran rakyat di atas alasan kononnya, segala sistem dan nilai hidup yang kita pegang selama ini sudah ketinggalan zaman dan harus ditukar.

Ironinya, mereka berhujah dan cuba meyakinkan rakyat bahawa "cara paling berkesan" untuk menterjemahkan aliran pemikiran baru bagi menggantikan aliran pemikiran lama yang kononnya sudah ketinggalan zaman ini ialah dengan cara menggantikan kerajaan yang ada dengan kerajaan yang baru.

Sistem dan nilai hidup lama ini kononnya sudah dikotori dengan rasuah dan penyelewengan. Kononnya kerajaan yang ada hari ini adalah kerajaan yang telah menyebabkan rakyat hari ini hidup di dalam kemelaratan angkara kezaliman pemerintah yang hanya tahu memperkayakan kroni dan ahli keluarga. Kononnya, kerajaan yang ada hari inilah yang telah bertanggungjawab hingga menyebabkan rakyat hidup tertindas. 

No comments:

Post a Comment