Tuesday, February 26, 2013

SIRI 3: 1MSIA 1PENYELESAIAN

Puak ini adalah "golongan penolak takdir" dan mereka sentiasa akan cuba lari dari hakikat dan realiti takdir yang sedang berlaku di sekeliling mereka seumpama tabiat "Yahudi Madinah" yang secara sembunyi-sembunyi telah bertindak menjalankan jarum halusnya menghasut dan memecah-belah masyarakat Madinah dari dalam.

Puak ini juga boleh dikategorikan sebagai "golongan yang sentiasa berpandangan jengkel dan sakit jiwa" apabila melihat sesuatu kelebihan "terjadi" dipihak lain. Mereka hanya mahu kelebihan itu berkisar pada diri dan dikalangan puak mereka semata-mata.

Bagi rakyat yang rasional dan tidak menyimpan apa-apa perasaan "prejudis tanpa sebab", mereka melihat di wajah PM terpancar "cahaya keikhlasan dan kesungguhan" untuk memperbetulkan semula rentak dan budaya kehidupan seluruh rakyat Malaysia yang sudah menampakkan tanda-tanda perpecahan dan jurang perkauman yang semakin ketara sejak negara ini mewarisi kerajaan yang lemah selepas PRU12 yang lalu.

Sebagai Perdana Menteri, pemikiran dan pandangan DS Najib sudah pasti berbeza dari pandangan seorang rakyat jelata ataupun pandangan dari seorang pengkritis.

Selaku Perdana Menteri, DS Najib memandang setiap masalah dari sudut kepentingan negara dan jauh lebih besar dari ruang lingkup sebagai seorang melayu, sebagai cina ataupun sebagai India mahupun sebagai Kadazan atau Iban.

Setiap pandangan, keputusan  dan penyelesaian yang keluar dari jiwa dan pemikiran DS Najib adalah mengikut acuan penyelesaian secara "1Malaysia". DS Najib tidak akan lari dari prinsip dan dasar yang terbit dari ilhamnya sendiri. 

Tun Dr Mahathir juga pernah melalui zaman di mana setiap idea dan polisi baru yang diutarakannya selaku pentadbir negara sering dipertikai dan diperlekehkan oleh bukan sahaja pihak lain, malah turut dipertikaikan oleh jemaah pentadbirannya sendiri.

Tun Mahathir tidak pernah menoleh ke belakang atau menarik kembali setiap dasar dan idea yang difikirkannya perlu untuk kepentingan besar negara. Beliau tidak mempedulikan segala kritikan dan cemuhan pihak-pihak yang tidak bersetuju dengan pendekatannya sebagai "ulil Amri" yang diiktiraf oleh demokrasi negara ketika itu.

Akhirnya, segala kritikan, tohmahan dan cercaan terhadap pelbagai polisi dan pembangunan yang dibawa "mati dengan sendiri" apabila segala dasar yang diutarakannya terbukti berjaya dan telah mendatangkan hasil yang baik untuk negara.

Harus diingat, ilham yang terbit di jiwa DS Najib adalah "ilham seorang umarak" yang ingin melihat rakyat jelata di bawah kepimpinannya kembali menjalani kehidupan secara rasional dan kembali berpijak di bumi nyata sepertimana "keharmonian di dalam suasana toleransi" yang pernah terhasil di bawah kepimpinan allahyarham ayahandanya lebih 40 tahun yang lalu.

Pandanglah dari sudut dan pengertian apa sekali pun tentang "1Malaysia". Ia tidak menampakkan sedikit pun pengertian atau mesej yang negatif di sebalik nama itu, melainkan ianya dilontarkan di atas maksud untuk mempersendakan konsep "1Malaysia". 

"1Malaysia" adalah lambang iltizam, kesungguhan dan komitmen sebenar DS Najib selaku Perdana Menteri yang kurang bernasib baik kerana mewarisi kerajaan yang lemah. Perlu diingat, ayahandanya Allahyarham Tun Razak juga telah mengambil-alih kerajaan yang berada di kedudukan yang lemah selepas parti Perikatan turut kehilangan majoriti 2/3 pada PRU1969.

Situasi ini bukan berlaku secara kebetulan dan pada hakikat yang tersembunyi, ianya telah dirancang sebegitu rupa oleh "Yang Maha Merancang.

Di sebalik "yang banyak" tersembunyi "Yang Satu" atau "Yang Maha Esa". Di sebalik "sekelian masalah yang banyak" pasti tersembunyi "1Penyelesaian".

Di sebalik setiap permasalahan dan komplikasi yang wujud sewaktu kepimpinan negara ini diambil-alih, pasti tersembunyi "1Penyelesaian" yang sesuai dengan keperluan masalah yang berlaku. 

Hakikat dan realiti sebenar yang harus difahami oleh rakyat ialah,   "1Malaysia" yag diilhamkan oleh Perdana Menteri, DS Najib merupakan "1kesinambungan penyelesaian" yang belum pernah terputus sejak UMNO ditubuhkan dan pada setiap kali negara berhadapan dengan risiko kemudaratan.

No comments:

Post a Comment