Monday, March 11, 2013

ANWAR: ALLAH BERSAMA SAYA!!!

Semua sudah maklum, matlamat utama Anwar adalah "kuasa". Untuk mencapai "kuasa", perlu kepada beberapa "medium sokongan" seperti kaedah & strategi, platform yang digunakan, kekuatan jaringan sokongan dan kekuatan ekonomi.

Berikut adalah kronologi strategi dan "milestone" perancangan yang digunakan oleh Anwar dalam usaha mencapai matlamat dan bagaimana perancangan Anwar Ibrahim ini menemui jalan buntu dan gagal sama sekali mengatasi perancangan Allah;

Step 1- Peringkat introductory
- Zaman pelajar digunakan sepenuhnya untuk "memperkenalkan diri" melalui pelbagai demonstrasi mahasiswa. Dia berjaya "positioning" dirinya sebagai "pemimpin pelajar". 

Step 2 - Pasca mahasiswa
- selepas tamat dengan Ijazah Am Pengajian Melayu, PPIM dan ABIM digunakan sebagai platform ke arah pencapaian matlamat seterusnya.
- Platform belia seperti MBM dan WAMY(di peringkat antarabangsa) juga turut digunakan.
- Dengan platform ini, Anwar berupaya mengekalkan rangkaiannya dengan mahasiswa yang masih menuntut dan pada masa yang sama terus mengekalkan "enggagement" dengan graduan seangkatan dengannya melalui platform ini.
- Pelebaran jaringan di peringkat antarabangsa bermula melalui jaringan WAMY.
Step 3 - Image branding.
- Meneruskan strategi "image branding" sebagai pemimpin pelajar melalui pendekatan demonstrasi yang menggabungkan mahasiswa universiti dan gabungan belia yang dipimpinnya.
- "Image branding melalui ABIM dengan tag line "Insan Akademis Bertakwa" telah berjaya membuka mata ramai pihak hingga beliau dilihat sebagai pemimpin masa depan dari kalangan "golongan muda intelektual" yang mempunyai "Islamic value". Image branding yang dibawanya "tepat pada ketikanya".

Step 4 - Spinning & propaganda bermula.
- Tiik tolak peningkatan popularitinya bermula dari "Peristiwa seorang penduduk Baling mati kebuluran". 
- Hakikatnya tiada sesiapa pun yang "mati kebulur" di Baling.
- Tapi "peristiwa palsu mati kebulur" inilah yang telah menobatkan Anwar sebagai pemimpin gerakan pelajar, sebagai pemimpin gerakan belia dan sebagai pemimpin muda yang lantang membela golongan miskin dan tertindas.
- Meraih populariti melalui jalan penipuan, samalah kotornya seperti seorang yang diiktiraf sebagai dermawan melalui hasil rompakan. Perbuatan ini di sisi Allah adalah sia-sia sama seperti seorang yang berpuasa dan bersembahyang tanpa niat.

Step 5 - Penangkapan ISA
- "Tangkap dan penjara" adalah rukun lazim untuk seseorang itu dengan mudah diiktiraf sebagai pemimpin. Ramai pemimpin dunia yang melalui proses ini. Ada yang gagal dan ada yang berjaya.
- Syarat ini juga turut dilalui oleh Anwar.

Step 6 - Membuat pendekatan "U-Turn" dengan menyertai UMNO
- Cuba perhatikan. Setiap gerakan Anwar mesti ada elemen "kontroversi".
- Kontroversi adalah sebahagian dari kaedah propaganda mencari populariti yang sering diamalkan oleh mereka yang mahu  "naik cepat". Ia bergantung kepada "timing" atau "ketika".
- Mahathir baru mengambil-alih kepimpinan negara dan parti pemerintah.
- Islamisasi sedang berlaku di mana-mana di seluruh dunia.
- Mahathir juga sudah mempunyai "branding" Ultra melayu dan beliau juga seorang yang kontroversial.
- "Imej kontroversial dan perjuangan Ultra Melayu" yang ada pada Mahathir memberi kelebihan kepada UMNO. UMNO sudah dipimpin oleh pemimpin yang "mempunyai acuan" yang akan menenggelamkan imej Anwar kerana "posisi" itu sudah dimiliki oleh Mahathir.
- If u cant beat them, join them. Itu yang dilakukan oleh Anwar kerana dia sudah membaca masa depannya akan "kelam" sepanjang tempoh negara ini di bawah kepimpinan Mahathir.
- Di sini Anwar bijak membuat gerakan dengan mengambil pertimbangan dari segi "timing". Maksudnya faktor Perkembangan Islam, faktor kepimpinan yang sedang menguasai "establishment" dan lain-lain faktor, maka keputusan yang paling sesuai ketika itu ialah "menyertai UMNO".

Step 7 - Membeli kepercayaan dan jiwa Mahathir
- tidak perlu penjelasan kerana semua orang sudah maklum.

Step 8 - Kejayaan membeli kepercayaan dan jiwa Mahathir telah membuahkan hasil. Dalam tempoh paling singkat Anwar berjaya menaiki tangga demi tangga hingga menjadi orang ke 2 terpenting di dalam kerajaan dan parti pemerintah.

Step 9 - Proses tikam belakang bermula.
- Anwar memikirkan bahawa strategi "taat dan akur" kepada bos hanya perlu diamalkan sehingga berjaya menjawat jawatan TPM, TP parti dan Menteri Kewangan.
- Selepas menjadi TPM dan TPP, bermulalah modus operandi baru iaitu, "menikam bos dari belakang".
- Sejak dari itulah Mahathir menjadi "sedikit kurus" kerana "hati bising". Nak diluah mati bapak, nak ditelan mati anak. Anak yang dibesarkan dengan kasih sayang dan penuh kemewahan berbentuk tongkat, subsidi, senapang dan keris sudah menurut jejak "Anak ku Sazali". Segala harta kemewahan dan takhta(kuasa) dilonggokkan di hadapan Anwar. Hanya wanita saja yang tidak dibekalkan oleh Mahathir keoada Anwar.

Step 10 - Gagal mengejut kerana wujudnya "intervention" dari pihak "Yang Lebih Berkuasa dari Mahathir".

Step 1 - 9 yang dirancang oleh Anwar berjalan dengan lancar dan licin. Di peringkat ini sebagai manusia yang lalai kita sendiri pun tidak nampak kekuasaan "Penguasa kepada segala penguasa" yang mentadbir alam ini. Kita merancang, Dia merancang. Perancangan Dialah yang paling sempurna. Sebijak-bijak tupai melompat akhirnya ke tanah jua. Jika Allah kata kun..maka jadilah ia. Jika Alkah kata tidak, maka tidaklah.

Step seterusnya akan dipaparkan kemudian....

1 comment:

  1. siap buat research...boleh dapat phd camni.. nasib baik aku bukan org politik..kalau tak mesti nasi kepal cari research pasal aku...

    ReplyDelete