Saturday, March 23, 2013

BURUNG ABABIL PAPAGOMO HANCURKAN ANWAR ABRAHAH!!

Segala "indicator" mutakhir memperlihatkan kelebihan bakal menyebelahi UMNO dan Barisan Nasional.

Sebagaimana ayam jantan yang berkokok, membayangkan "hari nak siang", begitulah dengan situasi semasa yang berlaku membayangkan UMNO dan BN akan diberi mandat lebih besar pada PRU kali ini.

Sebagaimana burung "kang kang kang kap" mula berbunyi yang memberi indicator bahawa durian sudah mula nak berbunga dan berbuah, begitulah petanda-petanda jelas yang berlaku akhir-akhir ini semakin diperlihatkan oleh Allah swt bahawa UMNO dan BN akan terus menerajui negara ini dengan lebih cemerlang.

Manakala di pihak pembangkang, semakin terserlah pelbagai indicator yang sedang diperlihatkan oleh Allah swt kepada rakyat di negara ini betapa pihak pembangkang semakin "terkayu" dengan pelbagai isu yang menjerat diri. Semua indicator ini menandakan bahawa impian mereka untuk menawan Putrajaya semakin jauh dan semakin tertutup rapat buat mereka.

Program Transformasi melalui pencapaian besar GTP/ETP yang menjadi tulang belakang atau "impetus" kepada pacuan ekonomi negara, terus berkembang pesat dan segala "resistence" seperti kemelesetan ekonomi dunia mampu didepani.

Di sebalik pelbagai tuduhan pemimpin  negara rasuah, merompak harta rakyat dan mengumpul kekayaan untuk keluarga dan kroni, negara terus memacu kejayaan demi kejayaan. Pendapatan isi rumah terus meningkat dengan ketara. Golongan rakyat termiskin di negara ini semakin mengecil dan hampir 500,000 peluang pekerjaan berjaya diwujudkan dalam tempoh 3 tahun GTP/ETP berjalan. 

Apa yang sebenarnya berlaku dan sedang dinikmati oleh rakyat, berlawanan sama sekali dengan apa yang digambarkan oleh para pengkritik dan pembangkang di pentas-pentas ceramah.

Pembangkang menggambarkan kepada rakyat bahawa UMNO dan BN "menuba dan meracun" serta "menangkap" segala ikan milik rakyat di hulu untuk dibahagi-bahagikan sesama kroni dan keluarga pemimpin, sedangkan hakikatnya rakyat dihilir terus menikmati segala hasil tangkapan, malah hasil tangkapan semakin bertambah dari hari ke hari.

Pembangkang menggambarkan kepada rakyat bahawa UMNO dan BN terlalu zalim dan melarikan segala harta dan kekayaan negara hingga kantung kewangan negara hampir muflis, tetapi apa yang sebenarnya berlaku, rakyat tanpa mengira bangsa dan latar belakang, khusus bagi mereka yang berpendapatan di bawah RM3000 sebulan, diberi jaminan bahawa bantuan BRIM akan dijadikan sumbangan tetap kerajaan terhadap rakyat secara tahunan.

Pembangkang selama ini menggambarkan kepada rakyat, "kerajaan UMNO dan BN mengugut rakyat" dengan pelbagai peringatan tentang  bahaya musuh asing yang mungkin mengambil kesempatan dari perpecahan di kalangan rakyat kononnya bagi tujuan untuk memastikan rakyat terus menyokong UMNO, tetapi apabila negara benar-benar telah diancam oleh pihak asing, pembangkang terpaksa menelan semula segala kata nista yang dilemparkan selama ini terhadap UMNO dan BN.

Pembangkang segera menuduh semua ancaman yang berlaku ini adalah sandiwara UMNO, sedangkan segala petunjuk sudah semakin jelas menunjukkan wujudnya tangan-tangan Anwar, Tian Chua, Sivarasa, Suaram dengan beberapa sekutunya di Filipina. 

Pertemuan mereka dengan Misuari dan beberapa pihak berkepentingsn di Filipina dengan sendirinya mengesahkan wujudnya jiwa pengkhianatan terhadap negara dalam diri mereka.

Pembangkang turut menggambarkan kepada rakyat bahawa UMNO dan BN tersangat gusar dengan kekuatan pengaruh pembangkang yang semakin meningkat, sedangkan hakikatnya segala perbuatan yang mereka lakukan semakin hari semakin membayangkan betapa merekalah sebenarnya yang semakin desperado hingga sanggup berbuat apa saja serangan berupa fitnah dan dusta bagi merencatkan sokongan rakyat terhadap UMNO dan BN yang semakin meningkat.

Akhirnya, dengan kuasa Allah, pembangkang bukan berlawan dengan pengaruh DS Najib, UMNO ataupun BN. Allah swt hanya menghantar "Burung Ababil Papagomo" untuk menghancurkan segala kemunafikan dan kedurjanaan "Anwar Abrahah" yang selama ini telah meracuni pemikiran rakyat dengan membawa imej kononnya "Anwar Abrahah adalah pejuang yang sanggup menderita dan menjadi mangsa kezaliman pemerintah demi semata-mata untuk membebaskan rakyat dari pemimpin yang rakus dan zalim.

Hakikatnya, yang menderita ialah "anak-anak jantan muda" yang dijadikan mangsa liwat dengan hanya memberi habuan RN300 per-head/service.

No comments:

Post a Comment