Segala ruang dan peluang untuk Anwar menjadi PM akan tertutup buat selama-lamanya "di atas izin Allah", sebaik saja BN terus diberi mandat besar pada PRU13 nanti.
PRU13 ibarat Hari Pengadilan di Padang Masyar buat Anwar. Hari tersebut adalah hari penentuan antara syurga dan neraka dunia buat Anwar.
Segala perbuatan dan kelakuan Anwar sepanjang mengetuai barisan pembangkang akan dihakimi oleh rakyat pada hari pengundian nanti.
Sebagaimana perbicaraan di Hari Pengadilan di Padang Masyar, segala baik buruk amalan, samada amalan peribadi, mahupun amal perbuatan Anwar terhadap rakyat dan negara akan dihakimi oleh rakyat.
Untuk rekod, mari kita sama-sama cari, siasat, korek sampai lubang cacing dan jika ada, tolong beritahu kepada umum apakah ada satu(1) kebaikan yang telah diperjuangkan dan dihasilkan oleh tangan dan buah fikiran Anwar untuk agama, bangsa dan tanah air ini?
Pandanglah dari sudut infrastruktur, dari sudut ekonomi, dari sudut santapan rohani dan dari sudut pembelaan rakyat, apakah ada atau wujud tangan-tangan dan sumbangan dari buah fikiran Anwar yang telah membolehkan rakyat beroleh nikmat daripadanya?
Sesiapa saja yang terpilih sebagai pemimpin adalah hak mutlak Allah. Dalam PRU ini, pengundi hanyalah alat untuk Allah swt gunakan dalam memilih kerajaan. Allah maha berkuasa di atas tiap sesuatu.
60 tahun UMNO/BN diberi mandat memerintah "bukan disebabkan oleh rakyat bodoh tidak tahu memilih" kerajaan, tetapi ia adalah anugerah dan amanah daripada "penguasa kepada segala penguasa" yang telah memperkenankan UMNO menjadi wakil kepada kerajaanNYa di Tanah Melayu. Itulah realiti yang telah dan sedang berlaku di negara ini.
Kemuliaan dan ketinggian sebahagian manusia berbanding dengan manusia lain sudah menjadi aturan sunnatullah dan ia terjadi di atas kehendak dan keizinanNya.
Begitu juga dengan kehinaan yang diterima oleh sebahagian manusia berbanding dengan manusia lain. Adalah "hak Allah" juga untuk menghina sesiapa yang dikehendakiNya.
Keadilan Allah pasti akan berjalan walaupun ia tidak disedari oleh majoriti rakyat di negara ini.
""Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (A-li'Imraan 3:26)..""
Jika kita benar-benar meyakini akan ayat Allah di atas dengan sebenar-benar keyakinan, maka tiada apa yang harus dibimbangi barang sedikit pun akan "siapa yang seharusnya atau yang selayaknya menjadi pemimpin dan kerajaan di negara ini".
Kita hanyalah sebagai "alat penyampai" kepada sebarang ketentuan dan kehendak yang Allah swt inginkan terjadi, tetapi ketentuan Allah itu tetap bersandarkan kepada "amal perbuatan" setiap rakyat.
Hadis nabi juga ada menyebut, "tangan-tangan (perbuatan) kamu adalah pemimpin-pemimpin kamu. Baik perbuatan kamu, maka baiklah pemimpin yang akan dihantar di kalangan kamu"."Buruk perbuatan-perbuatan kamu, maka buruklah pemimpin-pemimpin yang akan dizahirkan di kalangan kamu".
Jika majoriti pengundi "sudah boleh menerima" seorang peliwat sebagai pemimpin mereka, maka itulah yang akan diizinkan oleh Allah untuk terjadi di negara ini.
Konsep Penerimaan bermaksud menerima apa saja ketentuan yang Allah swt takdirkan berlaku. Ia harus disertakan dengan "sifat redha dan sabar" dengan apa saja yang telah, sedang dan akan terus ditakdirkan berlaku.
"Sifat syukur dengan apa yang ada" hanya akan dapat diamalkan apabila adanya prinsip "menerima dengan redha dan sabar" di atas apa saja ketentuan yang terjadi.
Sifat "berterima kasih" kepada makhluk yang diamanahkan oleh Allah kerana "tolong membantu" memenuhi keperluan hidup hambaNya yang lain, adalah ibarat buah (akhlak) yang terhasil dari seseorang yang mempunyai sifat syukur terhadap apa yang ada.
Sifat "berterima kasih" kepada makhluk yang memberi adalah petanda bahawa seseorang itu "bersyukur" dengan nikmat yang Allah kurniakan kepada mereka. Menggigit kembali tangan makhluk yang memberi, menandakan sifat kufur dengan nikmat Allah "wujud" di dalam diri seseorang itu.
Atas justifikasi inilah maka Allah mewajibkan setiap hambaNya berpegang kepada tali Allah dan rasulNya serta ulil-amri di kalangan umat atau sesebuah negara yang didirikan.
Surah Ali Imran, ayat 103: “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri" di kalangan kamu".
Alhamdulillah, di negara ini majoriti rakyatnya masih mempunyai sifat "syukur" kepada Allah dan rasa "berterima kasih" kepada pihak yang melunaskan hajat dan keperluan mereka.
Selagi golongan ini masih majoriti, maka selagi itulah kerajaan yang ada akan terus dipilih oleh rakyatnya di atas izin "penguasa kepada segala penguasa".
Selagi "penerimaan" terhadap amalan liwat masih di tahap "minoriti" di dalam masyarakat, maka selagi itulah seseorang peliwat akan ditolak oleh rakyat negara ini.
Jika "majoriti" rakyat negara ini percaya dengan segala bukti video yang menunjukkan perilaku "seseorang meliwat seseorang", maka Allah "pasti" tidak akan izinkan sama sekali negara ini diperintah oleh seorang peliwat.
Tetapi jika "majoriti" rakyat tidak percaya "seseorang telah meliwat seseorang", maka tidak mustahil Allah swt akan hantar seorang peliwat untuk menjadi pemimpin di kalangan kita.
Analogi yang mudah, "komuniti LGBT tidak mungkin akan mengangkat kalangan non-LGBT menjadi pemimpin mereka". "Komuniti surau" tidak akan mengangkat "bukan ahli surau" menjadi imam. "Komuniti cina" tidak akan melantik ketua mereka di kalangan "komuniti india".
Allah akan menunaikan dan melunaskan kehendak dan hasrat hamba-hambaNya, tetapi tertunainya hasrat hamba-hambaNya itu "belum tentu" diredhai Allah sebagaimana kejayaan seseorang "menang tikam nombor ekor".
Jika seseorang peliwat "diizin oleh Allah" menjadi Perdana Menteri, tidak mungkin keizinan Allah itu menandakan Allah turut redha dengannya.
Jika pemberian kuasa pemerintah terhadap seseorang itu dijadikan petanda bahawa Allah telah redha dan membantu mereka, maka Firaun, Namrud dan Haman juga seharusnya mendapat redha Allah.
No comments:
Post a Comment