Saturday, March 23, 2013

ANWAR: CELAKA SUNGGUH BUDAK-BUDAK NI!

Pemimpin negara dan anggota keselamatan siang malam berhempas pulas merancang dan membuat pelbagai gerakan strategik bagi menghapuskan saki-baki pengganas dari terus mencemar bumi berdaulat.

Pembangkang pula sibuk mengadakan ceramah dan forum mengenai pencerobohan Lahad Datu menurut versi mereka. Beberapa kerat bekas general yang tidak lagi memakai celoreng askar dan sudah bertukar memakai celoreng politik digunakan untuk meyakinkan pendengar tentang pelbagai kelemahan yang wujud di dalam pasukan keselamatan.

Tian Chua masih lantang menuduh semua yang berlaku tetap konspirasi dan sandiwara UMNO. Anggota keselamatan yang terkorban dituduh berpunca dari perancangan UMNO. UMNO menggunakan isu pencerobohan untuk menarik sokongan rakyat. UMNO menggunakan isu pencerobohan untuk mengaitkan pembangkang dengan pencerobohan asing.

Pemimpin terbodoh di kalangan pakatan, Rafizi Ramli cuba mengaitkan Azzumudie Kiram dengan "bukti konspirasi UMNO" kerana dikatakan pernah menjadi ADO Kudat di zaman pentadbiran Tun Razak sebagai PM dan Tun Fuad Stephen sebagai Ketua Menteri Sabah.

Nurul Izzah pula dengan jahilnya mendesak kerajaan membubarkan Pasukan Gerakan Am kerana pasukan ini ditubuhkan bertujuan untuk melawan komunis. Anak kepada peliwat yang dikatakan meliwat mahasiswa Sabah di KL Hilton yang didedahkan Papagomo baru-baru ini, terus menyalahkan kelemahan sistem keselamatan negara kerana sempadan negara begitu mudah diceroboh oleh pihak musuh.

Sebaiknya, kerajaan menawarkan kepada Tian Chua, Rafizi dan Nurul Izzah turun ke medan juang bagi mencari saki baki dan membersihkan kawasan yang disyaki masih wujud pengganas. 

Tindakan ini jauh lebih mulia dari terus bercakap merapu ke hulu ke hilir. 

Bercakap pula bukan untuk memberi semangat kepada anggota keselamatan atau menenangkan rakyat agar jangan panik dengan keadaan yang berlaku, tetapi sebaliknya bertindak menjaja dan mempertikai pula kerajaan UMNO bersandiwara dalam menangani insiden pencerobohan asing. 

Celaka betul budak-budak ni.

No comments:

Post a Comment