Friday, March 22, 2013

PAPAGOMO NYARIS TERKORBAN SEPERTI WIRA LAHAD DATU!!

1. Pakatan pembangkang tidak layak lagi bercakap soal kebebasan akhbar.

2. Pakatan pembangkang juga tidak layak bercakap soal akhlak dan moral seseorang pemimpin. Paling tidak layak adalah Anwar Ibrahim.

3. Pakatan pembangkang lebih tidak layak bercakap soal kroni dan nepotisma mahupun soal rasuah.

4. Apatah lagi untuk berbicara soal kesucian agama.

Rupa-rupanya selama ini mereka menentang kemungkaran yang mereka lakukan sendiri. Semua amalan keji yang amat dibencinya, hidup subur di dalam kandang sendiri. 

Perangai pakatan pembangkang ni, perangai "buntut kuali". Siang malam mencaci "buntut orang lain hitam".

1. Hari ini wartawan sudah "terkongkong". Mereka sudah tidak boleh lagi bertanya apa-apa soalan yang mereka tak suka. Media dan wartawan di zaman negara "berpembangkangkan Anwar" terdedah  kepada ancaman saman, maki, herdik dan halau. Pemimpin barbarian macam Kiram III yang pengikutnya sanggup memotong badan anggota keselamatan negara pun tahu untuk menghormati tugas wartawan.

2. Moral pemimpin pembangkang, khususnya pemimpin utama mereka sangat dahsyat. 

Belum ada lagi terdapat mana-mana parti atau kerajaan di dunia "hari ini" yang sanggup mengangkat pemimpin mereka dari kalangan peliwat kecuali gabungan pakatan liwat-meliwat ini. 

Rakyat di negara bebas seperti Amerika Syarikat pun, tidak akan menobatkan seorang presiden mereka yang tercemar moralnya walaupun hanya kerana "meraba perempuan yang bukan muhrim di dalam pejabat".

Tapi, pembangkang di Malaysia benar-benar sudah "ditutup pintu hidayah Allah", apabila masih berkeras mahukan seorang peliwat tegar  menjadi pemimpin mereka.

3. Amalan kroni dan nepotisma terlalu menebal di dalam pakatan. DAP dan PKR adalah parti untuk anak-beranak dan suku-sakat. Sekarang mereka sedang menyusun untuk meletakkan anak-beranak dan suku sakat mereka untuk bertanding di kawasan boleh menang.

4. Menjaga kesucian agama dan menegakkan perundangan Islam? Jauh panggang dari api. Kalimah Allah pun sanggup digadai. Misi menegakkan negara Islam sudah ditarik balik secara rasmi oleh PAS. Sekarang misi mereka adalah "negara berkebajikan" sebiji sepertimana yang telah diamalkan oleh UMNO sejak merdeka.   

Anwar sudah boleh membilang hari. Anwar sudah membuat pilihan untuk menerima hukuman tuhan di dalam bentuk "aib" di dunia lagi. Mungkin dia tidak sanggup menerima hukuman di akhirat. Sebab itulah dia pasrah dan bersedia dihukum di dunia lagi.

Tahun 1998, berbulan-bulan Mahathir memberi dia peluang agar tidak menerima aib di dunia. Tapi dia bertegas juga minta diaibkan. Maka aiblah yang Allah beri.

3 hari lepas, Papagomo juga memberi dia peluang selama 48 jam samada untuk menerima aib atau meminta maaf. 

Tetapi "aib" juga yang diminta. Itu pilihan dia. Nak tolong macam mana lagi.

Allah memang bertindak berdasarkan "sangkaan" atau kehendak hambaNya. Dia maha adil. 

No comments:

Post a Comment