Saya terpaksa ulang fakta yang sudah disebut berkali-kali, "bagi membuka hati dan fikiran" serta memperingatkan para penyokong pakatan, betapa pentingnya "beriman" dengan rukun iman yang ke 6, qada dan qadar Allah.
Menerima qada dan qadar Allah bermaksud menerima segala ketetapan takdir yang telah, sedang mahupun yang akan ditentukan kepada setiap hambaNya. Bukan saja kita wajib menerima kenyataan, malah sebagai orang yang beriman dengan qada dan qadar Allah, kita wajib menerima hakikat ini dengan penuh penyerahan, penuh sabar dan penuh redha kepada Allah dan terhadap apa juga ketetapan takdir (kenyataan) yang terjadi.
Ketetapan takdir yang dimaksudkan ialah ketetapan tentang jodoh, pertemuan, rezeki dan maut yang berlaku "kepada kita dan segala yang berkenaan dengan kita".
Ada pertemuan tidak semestinya akan adanya jodoh. Ada pertemuan dan ada jodoh, belum tentu lagi boleh mendatangkan rezeki. Jika ada pertemuan, tetapi tidak ada jodoh, itu bermakna maut. Hakikat jodoh, pertemuan, rezeki dan maut ini bukan hanya berkisar kepada soal jodoh nikah kahwin atau mati.
Apa saja amal perbuatan yang kita lakukan, kita tidak boleh lari dari hakikat jodoh, pertemuan, rezeki dan maut. Tidak kira samada di dalam perniagaan, politik, urusan kerja atau apa saja yang kita lakukan, elemen jodoh, pertemuan, rezeki dan maut tetap berlaku menurut ketetapan, kehendak dan perancangan Allah.
Kita sangat bimbang dengan "budaya menolak hakikat takdir" yang sudah menjadi amalan lazim dan begitu subur di kalangan penyokong pembangkang.
Mereka mengaku beriman dan menerima hakikat "qada dan qadar" Allah, tetapi mereka menerimanya secara berpilih-pilih seperti orang membeli ikan atau pisang masak.
Golongan menerima dan menolak takdir secara berpilih ini mahu supaya segala ketentuan Allah yang baik hanya berlaku menurut kehendak dan selera "tajam" mereka.
Mereka mahu takdir yang baik "mesti dan harus" sentiasa menyebelahi mereka, manakala apabila berlaku suatu ketentuan yang merugikan pihak mereka, maka mereka begitu sukar untuk menerima kenyataan.
Mereka akan menolak takdir ketentuan ini dengan "exit plan" yang telah menjadi amalan lazim mereka iaitu - "semua ini adalah konspirasi terancang UMNO" dan kerajaan Barisan Nasional yang sangat menjijikkan".
Jika berlaku sesuatu ketentuan takdir yang dilihat mendatangkan keuntungan politik di pihak pembangkang, mereka akan berkata, "lihatlah, Allah telah membantu kita. Ini membuktikan kita di pihak yang benar".
Terlalu mudah mereka memutuskan sesuatu perkara menurut citarasa mereka.
Apabila sesuatu takdir yang dianggap boleh mendatangkan musibah buat pembangkang, mereka akan berkata pula;
1. Inilah kerja UMNO yang tidak habis-habis mahu mengaibkan Anwar.
2. Itu bukan Anwar. Anwar tidak sebuncit itu.
3. Itu bukan Anwar, tubuh pengamal homoseksual dalam gambar itu terlalu tegap. Perutnya kelihatan terlalu kempis. Gambar pun hitam putih.
4. Walaupun video rakaman di KL Hilton itu berwarna dan jelas suaranya, kita tetap tidak percaya. Ini adalah satu lagi fitnah UMNO menjelang PRU.
5. Apa pun perbuatan yang telah dilakukan oleh Anwar, "dia orang cerdik". Sokong sajalah.
6. Walau benar sekali pun Anwar seorang pengamal homoseksual, kita tetap akan sokong dia menjadi Perdana Menteri. Dia berkelayakan.
Itulah di antara "kata-kata yang akan keluar dari mulut-mulut golongan penolak takdir dan ketentuan Allah". Itulah golongan yang boleh dipertikaikan status "keimanan" mereka, "adakah mereka beriman dengan rukun iman yang ke 6 - "percaya kepada Qada dan Qadar Allah".
Golongan penolak takdir dan ketentuan Allah ini merasakan mereka dianiaya oleh pihak lain, tetapi hakikatnya "itu adalah ketentuan Allah buat mereka".
Mereka merasakan mereka tergolong di dalam golongan yang teraniaya, tetapi hakikatnya mereka semakin jauh dari rahmat dan petunjuk Allah.
Mereka merasakan apa yang terjadi kepada mereka adalah sebahagian dari kononnya "dugaan" bagi orang-orang yang berjuang menentang pemerintah yang zalim, tetapi hakikatnya apa yang sedang terjadi kepada mereka adalah musibah, bala dan peringatan buat mereka supaya bermuhasabah "kenapa nasib aku jadi begini".
Sebelum ini, golongan penolak takdir Allah ini berbangga dengan lagu, "Apa sebab Najib Goyang, Sabah nak hilang".
Ditakuti jika golongan ini terus engkar, angkuh dan tidak mengkaji "kenapa nasib aku jadi begini", mungkin suatu hari nanti dia akan menyanyi lagu P.Ramlee yang pernah diharamkan oleh Radio Tv Malaysia suatu ketika dulu, kerana bercanggah dengan rukun iman yang ke 6.
Mengapa ku diseksa
Mengapa kita bersua
Berjumpa dan bersundal
Tetapi menderitaaaa.....
OOOOOOOOOH..KAU CABUTLAH NYAWAKUUUUUU
OH TUHANKU
MENGAPAKAH SANGAT BURUK
NASIB KUUUUU...
No comments:
Post a Comment