Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) menolak dakwaan bekas pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Nur Misuari kononnya Kerajaan Malaysia telah menggunakan MILF bagi memperkukuh tuntutannya ke atas Sabah dan bertanggungjawab mendorong perpecahan di kalangan rakyat Moro.
Ketua Sekretariat MILF, Mohamad Ameen mengingatkan Misuari bahawa Malaysialah yang telah menggesa pembentukan Persidangan Perpaduan Bangsamoro (BSC) pada 2002 demi menyatukan pelbagai puak dalam MNLF dan MILF dan menggalakkan pendirian bersama di kalangan mereka terutama untuk berurusan dengan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
“Bagaimana pula Malaysia boleh menggunakan MILF bagi mengukuhkan tuntutannya ke atas Sabah, bila Sabah tidakpun menjadi sebahagian daripada agenda rundingan damai sejak 2001?” kata Ameen.
Ameen turut mengingatkan Misuari bahawa Malaysia tidak pernah menawarkan diri untuk mengatur rundingan damai Kerajaan Filipina-MILF (GPH-MILF), tetapi Presiden Gloria Macapagal-Arroyo pada 2001 yang meminta Malaysia bertindak sebagai orang tengah antara dua pihak berkenaan setelah rundingan diadakan semula, selepas Presiden Joseph Estrada melancarkan perang terhadap MILF pada tahun 2000.
....Keratan akhbar Utusan.
Provokasi dan propaganda palsu yang cuba dimainkan oleh Nur Misuari di tengah-tengah krisis pencerobohan ke atas Sabah yang dilakukan oleh "keluarga Kiram Tetapi Tentera Misuari" ini, benar-benar membuktikan wujudnya "persamaan modus-operandi" Misuari dengan "modus-operandi" yang digunapakai oleh Anwar Ibrahim.
Ke dua-duanya menggunapakai kaedah "Mengambil Peluang Melambakkan Pelbagai Propaganda Palsu" di dalam situasi yang getir yang sedang berlaku.
Kenyataan demi kenyataan provokasi yang dibuat oleh Misuari sejak kebelakangan ini dan ditambah lagi dengan sokongan terbukanya kepada Kiram telah membuktikan dengan sendirinya bahawa memang wujud tangan ghaib Misuari hingga membawa kepada pencerobohan Sabah.
Perancangan ini jelas turut membabitkan Misuari apabila Misuari sendiri sudah menyatakan penentangannya terhadap perjanjian damai Manila-MILF yang mana Malaysia telah bertindak sebagai orang tengah.
Apabila Anwar turut menyanyikan "irama senada" dengan Misuari, mempertikaikan initiatif Malaysia menjayakan perdamaian bangsamoro melalui MILF, ini dengan sendirinya memperkukuhkan lagi pendedahan oleh pihak risik ketenteraan dan media Filipina kewujudan "dalang tiga-segi" yang membawa kepada pencerobohan Keluarga Kiram-Tentera Misuari di Lahad Datu.
Pertemuan bersiri Anwar-Misuari sebelum pencerobohan, sesudah perjanjian damai Milf-Manila dan sewaktu proses damai sedang dirundingkan oleh Malaysia, dengan sendirinya menjawab serta memperjelaskan sejelas-jelasnya bahawa tangan beracun Anwar Ibrahim juga memainkan peranan penting hingga membawa kepada ancaman yang tidak disangka-sangka terhadap kedaulatan negara.
Anwar mahu menonjolkan diri dengan "memandai-mandai" mengadakan pelbagai rundingan konon untuk menyelesaikan pelbagai krisis dunia, krisis di negara-negara Islam, krisis di Asia Tenggara dan pelbagai krisis antarabangsa lagi, sedangkan pada hakikatnya dia "tiada locus standi" langsung untuk membuat initiatif ini. Dia hanya bertaraf seorang Ketua Pembangkang yang diberi ehsan oleh DAP untuk duduk di kerusi Ketua Pembangkang.
Tetapi lihatlah lagaknya!!
Semua perkara dan semua krisis yang wujud di dunia ini mahu dirundingkan. Semua pihak mahu didekati. Semua pemimpin negara asing mahu dipengaruhi. Semua pemimpin pembangkang dan penentang di negara asing itu pun mahu dijadikan kawan.
Hal dalaman negara tak usah cakaplah. Tiada tempat dan tiada isu yang tidak wujud tangan beracun Anwar. Racun tangan Anwar ini boleh membunuh situasi aman menjadi perang. Suasana berpadu akan bertukar menjadi suasana perpecahan. Suasana sunnatullah akan bertukar menjadi situasi luar tabie...
Inilah chameleon....inilah sesumpah...inilah pemakan sumpah.
No comments:
Post a Comment