Rukun iman penyokong taksub Anwar dan pakatan;
1. Percaya kepada Allah tuhan bagi semua jenis agama.
2. Percaya kepada DS Rosmah menemukan ajal Altantuya dan jangan percaya kepada pengakuan bapa Altantuya, PM dan Isteri tidak terlibat.
3. Percaya kepada akuan bersumpah mendiang Balasubramaniam yang pertama dan jangan percaya kepada Akuan Bersumpah yang kedua.
4. Percaya kepada pengakuan "reverse" bapa Saiful dan jangan percaya kepada sumpah laknat sambil mengangkat Al Quran yang dilakukan oleh Saiful sebagai mangsa supaya Allah melaknat dirinya jika dia tidak bercakap benar.
5. Percaya kepada gambar super imposed Altantuya dan Ismail Kiram bersama DS Najib. Tetapi jangan percaya kepada video tulin Anwar bersama chinadoll. Jangan percaya kepada sumpah laknat Dato Eskay di dalam masjid sambil mengangkat Al Quran tetapi wajib percaya kepada sumpah mendiang Balasubramaniam yang dibuat bersaksikan kitab hindunya, walaupun jelas Bala sudah dimakan sumpah.
6. Percaya kepada video anak Allahyarham Rahman Yaakub mendedahkan skandal Taib Mahmud, tapi jangan percaya kepada video Anwar bersama mahasiswa jantan di KL Hilton yang telah dirakam sendiri melalui handphone pasangannya.
Itulah di antara pegangan iman dan kepercayaan para pengikut "taksub dan buta hati" para penyokong Anwar dan pakatan yang terbaru, sebaik saja kalimah Allah dipinda untuk kegunaan semua agama.
"Puak pentaksub dan manusia berakal terbodoh di dunia" ini mungkin berijtihad bahawa Rukun iman yang sebenar telah mansuh sebaik saja penggunaan kalimah untuk semua agama ini berkuatkuasa. Fakta untuk menguatkan hujah ijtihad ini ialah kitab Injil juga mansuh secara automatik sebaik saja kitab Al Quran diturunkan.
Rakyat dah naik loya dan muak lagak UMNO kerana fitnah berlebihan macam tak ada ugama,tak ada Allah,tak ada bangsa tak ada budaya.Fitnah memang budaya umno dan cara untuk tolak semua ini ialah tumbangkan umno diPRU 13 ini.
ReplyDeleteSaya ahli umno melebihi 40 tahun dan ribuan yang saya kenal semuanya bertekad untuk tumbangkan umno kerana umnolah ibu segala maksiat,fitnah,rasuah,rompak,dll.Kalau Nuar tak ada pun rakyat akan sokong siapa saja termasuk orang buta asalkan bukan umno ...Wahai orang umno bangkitlah dan sedarlah bahawa selagi umno memerentah negara akan hancur .Kita mahu rakyat sebagai pengundi dihormati disetiap masa jadi caranya ialah menilai prestasi pemerentah dan tukar kalau membebankan.Apa salahnya PR nak tawarkan khidmatan mereka dan serahkan kepada rakyat untuk putuskan.Mahathir juga jadi beban kerana rakyat dah bolih baca mengapa orang tua ni telalu gelisah untuk menghadapi pilihan raya mungkin ada udan besar disebalik batu ...Jadi pengundi fikirlah dan bijakkan bukan dibenarkan dihina dan diperlekehkan olih umno semenjak merdeka hingga sekarang...