Tuesday, April 2, 2013

HADI: SINGKIR "ANAK BULUH BETONG" DARI PAKATAN!!

Menurut lapuran maklumat dalaman PAS dan PKR, semakin ramai pemimpin dan pengikut, terutamanya kalangan PAS yang sudah hilang sabar dengan Anwar yang tak habis-habis menyusahkan pakatan pembangkang dengan masalah peribadi yang tak berkesudahan.

Jika tidak disebabkan mahu menjaga kepentingan politik bersama, pasti Anwar sudah "ditinggalkan" sendirian melayan komuniti LGBTnya seperti Nabi Lut kecewa dengan umatnya yang engkar dan terus-terusan mengamalkan liwat.

Anwar sudah menjadi "beban berduri" yang tidak boleh ditelan dan tak boleh diluah. Ditelan koyak isi perut. Diluah koyak kerongkong. Dibiarkan pula akan mati tercekik.

Inilah akhirnya situasi yang terpaksa dihadapi oleh pakatan pembangkang akibat dari "amalan politik mahu guna-mengguna" bagi tujuan mengumpul sokongan. Keputusan PAS dan DAP untuk memberi laluan dan mengangkat Anwar sebagai pemimpin utama pakatan akhirnya memakan diri. 

PAS dan DAP mengharapkan kesan pengaruh "Anwarista" akan dimenafaati bersama. Tapi PAS dan DAP tidak sedar tindakan memberi ruang secara berlebihan kepada Anwar, umpama memberi kuasa kepada "anak buluh betong" yang berlainan asal-usul kejadian. 

Asal-usul pengaruh dan "leadership" Anwar bukan lahir atau "spring out" secara semulajadi sepertimana lazim yang lahir dari dalam diri  pemimpin-pemimpin besar dunia seperti Mandela, Sukarno atau pun Mahathir. 

Anwar membina pengaruh dan kepimpinan melalui jalan yang salah dan di luar tabie. Orang lain masuk rumah ikut pintu, tapi Anwar ikut tingkap. Orang lain membina pengaruh dan kepimpinan mengikut tertib dan tartil yang sunnatullah, tetapi Anwar membina pengaruh dan kepimpinan melalui cara propaganda dan tipu muslihat.

Anwar tidak pernah "jujur" kepada diri sendiri dan apatah lagi kepada orang lain. 

Anwar mencipta nama pada fasa pertama, sebagai pemimpin pelajar melalui propaganda palsu "rakyat mati kebuluran". Kaedah ini bukan kaedah sunnatullah dan jujur tapi kaedah luar tabie dan tipu muslihat.

Anwar bermuslihat lagi bila meneruskan agenda membina pengaruh melalui UMNO. Cara ini juga termasuk dalam tipu muslihat dan helah. 

Apabila terpecat dari kerajaan, Anwar bermuslihat lagi dalam membina pengaruh. Segala propaganda yang dibuat penuh dengan tipu muslihat dan helah.

DAP dan PAS bagai orang mengantuk disorongkan bantal terus menjadikan "anak buluh betong" sebagai raja di istana pakatan, walaupun anak pungut ini tidak diketahui asal-usul idealogi perjuangannya yang sebenar.

Bila PAS dan DAP tengok "anak buluh betong" ini mempunyai kelebihan luar biasa umpama sihir, tanpa berfikir panjang terus menyerahkan segala kuasa dan kedaulatan yang ada kepada si budak pungut ini.

Sekarang DAP dan PAS sudah tidak berupaya lagi menasihati apatah lagi untuk mengawal Anak Buluh Betong yang sudah beraja di mata bersultan di hati.

Apa saja yang Raja Buluh Betong lakukan harus diiakan dan "akur". Benda betul atau benda salah sama.

Raja Buluh Betong bawa jantan dalam hotel. Pas kena tutup mata. Raja Buluh Betong bawak masuk chinadoll, Pas tutup mata dengan jari tapi jarang-jarang.

Pas terpaksa bertahan dengan berpegang kepada tafsir Surah Al Maidah yang menyebut selemah-lemah iman, iaitu "cukup dengan bencikan perbuatan Anwar dalam hati". 

Itu saja yang Pas mampu lakukan. Tapi PAS mungkin tipu tuhan juga sebab pendirian PAS ketika ini menampakkan PAS bersubahat dengan kekotoran Anwar. Bukan berpegang kepada tafsir Surah Al Maidah, tentang selemah-lemah iman.

No comments:

Post a Comment