Melakukan perubahan atau "change" bak kata Lim Kit Siang, mestilah bertujuan perubahan ke arah lebih baik dari keadaan sediada.
Di Malaysia, kalau sekadar untuk mengubah parti yang memerintah, itu bukan perubahan kerana kepimpinan pembangkang yang ada hari ini adalah kumpulan yang sama yang telah sekian lama ditolak oleh majoriti rakyat negara ini.
Perubahan sebegini bukanlah perubahan yang sehat. Ia hanyalah sekadar untuk mengubah-ngubah selera. Soal pembentukan kerajaan bukan seperti mengubah menu makanan. Bila sudah muak makan daging, makan ikan. Bila sudah muak makan sayur petola, tukar pula sayur pegaga.
Kalau sekadar mahu menukar kerajaan disebabkan mahu menghukum kerajaan BN seperti yang diingatkan oleh Tun Daim, adakah selepas BN dihukum maka perubahan yang berlaku secara automatik akan menjadi lebih baik?
Untuk menghukum BN, mesti ada sebab yang jelas. Sebab yang jelas itu mestilah yang berhubungkait secara langsung dengan kehidupan serta keperluan rakyat seperti faktor kestabilan politik, agama dan ekonomi, faktor keselamatan dan perkhidmatan kepada rakyat.
Adakah BN gagal memenuhi semua tuntutan ini?
Semua tuntutan dan amanah yang dipertanggungjawabkan ini, terbukti sangat berjaya di bawah pentadbiran BN. Program yang begitu transformatif di bawah "Dasar Najib" diakui oleh dunia akan keberkesanannya.
Keyakinan pelabur luar meningkat. Perniagaan dalam negara berkembang. Petunjuk-petunjuk ekonomi menampakkan peningkatan ketara. Petunjuk kepada semua peningkatan ini boleh dilihat dari pungutan hasil cukai yang meningkat dan dijangka pada tahun taksiran 2012/2013, jumlah pungutan akan meningkat lebih RM5 billion kepada jumlah keseluruhan RM130 Billion.
Golongan sasaran terutama yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan, dan golongan belia serta pelajar dibantu dan ditampung "keperluan hidupnya" secara langsung oleh kerajaan melalui BRIM, BLIM, KedaiR1M, Klinik Rakyat 1Malaysia, tuisyen fee, sumbangan tunai pelajar dan mahasiswa dll program.
Tiada kerajaan dan negara di dunia ini yang menjalankan "mekanisma bantuan rakyat" sepertimana yang telah dilakukan oleh pentadbiran DS Najib.
Pembangkang mempergunakan "slogan rakyat" untuk memikat hati rakyat, manakala BN bertindak memenuhi segala aspirasi dan keperluan rakyat yang memerlukan.
Pembangkang mempergunakan "janji-janji" hanya sekadar untuk menarik sentimen dan perhatian rakyat, tetapi BN tangkas memenuhi segala janji-janji melalui program "janji ditepati".
Pembangkang hanya "melalak" dihadapan rakyat, tetapi BN mengorak langkah dan sentiasa mengkaji apa lagi yang kurang dan harus dilakukan untuk rakyat.
Pembangkang bermatlamat hanya sekadar mahu menyahkan Bn dati Putrajaya dengan senjata "janji" di atas kertas, tetapi BN mahu mengekalkan kuasa kerana BN mahu meneruskan dan memperbaiki lagi agenda kejayaan yang telah dijanjikan dan dipenuhi untuk rakyat dan negara.
Letakkan muka Lim Kit Siang, Anwar dan Hadi berserta dengan senarai janji-janji di sebelah, dan letakkan muka DS Najib dan TS Muhyiddin berserta dengan segala rekod pencapaian BN sepanjang 4 tahunbmelakukan transormasi.
Buatlah perbandingan secara realistik dan berpijaklah di bumi nyata. Perubahan apa sebenarnya yang dimahukan oleh oleh pembangkang untuk rakyat?
Adakah pembangkang mahu mengubah dari keadaan kestabilan ekonomi kepada ketidaktentuan ekonomi?
Adakah pembangkang mahu mengubah dari "matlamat untuk berkuasa" bagi memastikan kestabilan dan keharmonian rakyat dan negara kepada "matlamat untuk menyahkan BN dari Putrajaya" di atas faktor marah dan keagungan kuasa semata-mata?
Adakah pembangkang mahu mengubah "amalan perkongsian kuasa" yang adil dan saksama secara muafakat melalui dasar BN yang telah terbukti berjaya kepada amalan perkongsian kerajaan secara "perkahwinan cina buta" yang penuh dengan niat dan agenda tersendiri di antara komponen pakatan?
Bagaimana PAS mahu mentadbir negara yang cenderung kepada Islam dengan rakan DAP yang akan berjuang "over my dead body" jika OAS cuba untuk cenderung ke arah Islam.
Bagaimana PAS mahu berjuang mempertahankan kesucian Islam dengan rakan yang mahu kebebasan mutlak, yang mahu kalimah Allah dikongsi bersama dan yang mahu LGBT dibenarkan asalkan ianya dilakukan secara sembunyi-sembunyi?
Bersediakah rakyat memberi peluang kepada pakatan yang jelas berbeza kecenderungan dan prinsip perjuangan mereka di antara satu sama lain hanya semata-mata kerana mahu menghukum BN?
Siapa yang akan dihukum dan terhukum akhirnya nanti, bila DAP memperjuangkan agenda kesamarataan dan chauvinismanya, PKR menekankan prinsip kebebasan mutlak, manakala PAS menekankan soal Islam?
Siapakah yang sanggup makan "sup daging campur" yang terdiri dari campuran daging kambing, babi dan lidah ular?
Rakyat Malaysia sudah lebih 50tahun makan sup daging campur(kambing,babi,lembu ijat dan lidah ular)....so apa nak heran???
ReplyDelete