Sunday, March 31, 2013

HARI MINGGU PUN ANWAR SEMPAT BUAT "bende" TU!!

"Anwar melanggar disiplin kerana didapati "terkencing" dalam kelas. Cikgu rotan dia dihadapan murid-murid secara public sebagai denda".

Jika menurut versi pembangkang, beban kesalahan adalah kepada guru di atas alasan;
1. Guru bertindak zalim dengan merotan dia.
2. Guru juga bersalah kerana telah mengaibkan dia dihadapan khalayak. 
3. Guru juga dituduh mempergunakan murid lain untuk mentertawa dan mengejek dia.

Ibubapa Anwar juga tidak sebut "kenapa Anwar dihukum". Yang disebut cikgu garang dan zalim kerana merotan anaknya hingga birat-birat dan memalukan anaknya dihadapan murid lain serta menggunakan murid-murid ini untuk mengejek dan mentertawakan anaknya. Guru berniat jahat untuk menghancurkan masa depan anaknya, Anwar.

Perangai hodoh dan tak bertanggungjawab kerana terkencing dalam kelas dan tidak di tempat yang sepatutnya, adalah tindakan luar tabie atau kelaziman. Yang lazim dan halal adalah terkencing di tandas.

Tapi, bagi pembangkang isu moral dan kelaziman yang sepatutnya sebagai seorang insan bukan lagi topik sebenar kepada persoalan.

Isu yang di "highlight" dan di "divert" oleh pembangkang bukan isu sebenar, iaitu kesalahan "terkencing dalam kelas", sebaliknya kepimpinan gurubesar dan guru-guru di sekolah itu harus ditukar dan digantikan dengan guru-guru yang dipilih dan ditentukan oleh pembangkang kerana tindakan guru yang zalim dan mengupah murid lain untuk mengejek dan mentertawakan Anwar.

Siapa yang bodoh dalam senario ini? 

Anwar bijak sebab pandai menggunakan ibubapa dan adik-beradik untuk memindahkan kesalahan kepada pihak sekolah.

Yang bodoh adalah orang-orang yang menerima bulat-bulat tanpa menggunakan akal terhadap apa yang diceritakan oleh Anwar dan keluarganya kepada umum mengenai penganiayaan yang dialaminya hasil dari ketakutan pihak sekolah terhadap kemungkinan Anwar dipilih oleh murid-murid untuk menjadi Ketua Pengawas.

Orang yang menerima bulat-bulat versi kisah Anwar terlalu percaya tindakan guru dan pihak sekolah menghukum Anwar ini adalah sebahagian dari perancangan rapi pihak sekolah untuk "mengekang" pengaruh Anwar di kalangan murid-murid di sekolah tersebut.

Versi kisah ini dipaparkan adalah bagi menggambarkan betapa bodoh, taksub dan butanya hati para pengikut Anwar yang enggan menerima hakikat dan kebenaran yang tidak menyebelahi pihak mereka.

Kasihan sungguh melihat para pendokong tegar Anwar yang dijadikan singa sarkas dan dolphin yang paling taat kepada tuannya. 

4 comments:

  1. Nuar berjaya mengatakan pihak guru besar, penolong kanan, guru biasa, pengurus kantin dan murid-murid 'berkonspirasi' berniat jahatttttttttttt untuk menghalangnya menjadi Ketua Pengawas.

    Logiknya kalau dah terkencing di dalam kelas samada secara sengaja atau tidak sengaja mana layak untuk jadi Ketua Pengawas. Kah..kah..kah..kah itupun penyokong tegar tak faham.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana memautkan blog MB di blog tuan. Sama2 kita berjuang demi alif ba ta...

    ReplyDelete
  3. DSAI tetap jadi PM,tunggu dan lihat.....

    ReplyDelete
  4. Anak murid TERkencing dalam kelas. Perbuatan tak sengaja. Kenapa guru menghukum dia sebegitu. Guru perlu siasat samaada dia sengaja atau sakit. Apa2 pun bukan fitrah GURU menghukum murid sebegitu. Senario ini tidak sesuai untuk dijadikan kiasan. Memalukan semua GURU sebenar yg berdedikasi

    ReplyDelete