Wednesday, April 3, 2013

RASIONAL DAN SYUKUR AKAN MENANG, EMOSIONAL DAN TAMAK AKAN KALAH!!

Saya menyokong perpaduan dikalangan rakyat di dalam sebuah negara.

Saya mahu tinggal di negara yang selamat, aman dan makmur.

Saya menyokong parti yang jelas motif perjuangannya.

Saya menyokong parti yang mempunyai testimoni dan track record yang sudah terbukti.

Saya tidak akan menggadaikan kehidupan yang sediada hanya semata-mata kerana mahu mencuba sesuatu yang belum jelas hasilnya dan masih ditahap janji.

Saya tidak akan membuang apa yang saya sedang kendong demi semata-mata untuk mengejar "bunga plastik" yang cantik.

Saya tidak akan mencurahkan air di tempayan, hanya semata-mata kerana mendengar guruh di langit.

Saya tidak akan benarkan diri saya "termakan dengan hasutan" supaya BN dikalahkan hanya semata-mata kerana mendengar hasutan dari seorang pemimpin yang terbukti  "terlalu buruk moral dan kelakuannya".

Saya tidak yakin kepada pakatan pembangkang kerana saya tidak tahu siapa dan parti mana yang menjadi ketuanya. Kenapa mesti saya tolak BN yang lebih jelas struktur organisasi dan matlamat perjuangannya serta jelas ketuanya.

Saya tidak akan menggadai kestabilan, kemajuan ekonomi dan jaminan keselamatan yang ada hanya semata-mata kerana saya marah dan benci disebabkan terikut-ikut dengan kebencian pembangkang terhadap pemerintah.

1 comment:

  1. Saya tidak sokong Pakatan sebab saya tidak suka parti anak beranak sdn bhd,

    Saya tidak boleh nak menafikan jasa2 UMNO/BN selama ini.

    Saya tidak mahu bersubahat dengan orang yang hendak meruntuhkan kerajaan yang dipimpin oleh orang Islam.

    Saya tidak mahu menyokong parti yang tidak pernah ada agenda untuk membela nasib bangsa Melayu.

    Saya tidak akan menyokong parti ultra kiasu yang chauvinis,

    Saya tidak mahu menyokong parti yang mengamalkan Prularisme,

    Ish..ish..ish.. banyak laie ni, biar kengkawan tambah pulak.

    ReplyDelete