Wednesday, May 15, 2013

KABINET TRANSFORMATIF: TAHNIAH DATO RAHMAN DAHLAN!!

Tahniah dan selamat menjalankan amanah dan tanggungjawab kepada barisan kabinet baru sekelian.

Nasihat pertama;

Barisan kabinet harus betulkan "persepsi sendiri" terlebih dahulu sebelum berusaha memperbetulkan persepsi umum.

Persepsi kamu salah, jika kamu beranggapan jawatan yang ditawarkan oleh Perdana Menteri tersebut sebagai "rezeki atau tuah badan". Apatah lagi untuk beranggapan ia sebagai satu privilege. Persepsi yang betul ialah apabila kamu menerima dan beranggapan jawatan yang ditawarkan itu sebagai suatu amanah dan tanggungjawab. 

Jiika kamu menerima jawatan tersebut dengan persepsi yang betul, iaitu sebagai suatu "amanah dan tanggungjawab yang wajib atas ku", maka langkah pertama kamu menjejak kaki ke Kementerian tersebut adalah langkah permulaan yang betul.

Tetapi, jika kamu menerima jawatan tersebut dengan persepsi yang salah, ia akan menyebabkan diri kamu akan terdedah kepada tendency untuk melakukan ketidakjujuran dalam kamu melaksanakan amanah dan tanggungjawab.

Ketidakjujuran ini akan berkembang-biak di dalam pelbagai bentuk dan wajah yang akan menyebabkan kamu dipandang hodoh oleh persepsi umum. 

Semua bentuk dan wajah hodoh yang berkembang-biak hasil dari ketidakjujuran dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab ini akan menyebabkan parti dan kerajaan yang kamu wakili menerima padah dan mudarat paling besar pada pandangan atau persepsi umum.

Jika kamu tidak mampu menjadi agen penyumbang persepsi positif terhadap parti yang kamu wakili, janganlah pula hendaknya kamu menjadi agen penyumbang kepada bertambahnya persepsi umum yang buruk terhadap parti yang telah memberi kamu amanah dan tanggungjawab ini.

Berusahalah menjadi agen pembasmi dan pemansuh persepsi buruk yang telah menyebabkan parti kamu dipandang sinis.

Janganlah jadikan diri kamu sebagai agen pembawa virus persepsi negatif terhadap parti samada secara langsung atau pun tidak langsung.

Jika kamu menjalankan tugas di atas dasar amanah dan tanggungjawab, pembangkang tidak akan berdaya untuk membina persepsi umum yang buruk terhadap kamu.

Tetapi jika kamu menjalankan tugas hanya di atas dasar untuk membalas budi Perdana Menteri yang telah memberi kamu privilege ini, maka kamu cuba memberi yang terbaik. Persepsi sebegitu melambangkan kamu masih belum benar-benar jujur kepada diri dan terhadap amanah yang ditugaskan. 

Ketidakjujuran sebeginilah yang akan menyebabkan "amalan yang diragui" berkembang biak. Akhirnya, secara tidak disedari persepsi buruk akan terbina lagi. BN juga nanti yang dihukum rakyat.

Selamat menjalankan amanah dan tanggungjawab!    

No comments:

Post a Comment