Thursday, May 16, 2013

KABINET PASCA ANCAMAN!!

Dalam entry dulu-dulu Kepal Nasi kerap kali menulis tentang matematik politik di Malaysia.

Bukan bermaksud untuk mengiktiraf analisa atau telahan sendiri tetapi itulah yang berlaku hasil dari keputusan PRU13.

Kepal Nasi kerap kali mengingatkan Perdana Menteri, kegagalan memahami matematik politik Malaysia atau political Equation yang pernah menghasilkan kecemerlangan terhadap agama, bangsa dan tanah air di dalam suasana menang-menang dan toleransi boleh mendatangkan bahaya kepada Barisan Nasional. 

Political Equation di Malaysia realitinya harus berasaskan dan mengambil pertimbangan "Kepelbagaian kaum dan kepercayaan yang wujud".

Political Equation ini harus difahami kecenderungan, matlamat, budaya dan mentaliti setiap kaum yang ada. Ia pasti berbeza.

Hanya satu persamaan yang wujud pada setiap kaum ini, iaitu mereka sangat sensitif dengan segala kepentingan yang berkait dengan kaum masing-masing. Ia adalah naluri semula jadi kejadian manusia yang dijadikan berbagai bangsa. Di samping itu setiap kaum ini sensitif dengan sentimen kepercayaan masing-masing.

Impian untuk melahirkan sebuah bangsa Malaysia dalam ertikata sebenar yang melangkaui kepentingan kaum dan kepercayaan adalah yang terbaik tetapi ia juga terlalu ideal. Seringkali ia lebih kepada retorik dari realiti. Lebih kepada nilai kosmetik dan hanya dilihat pada permukaan sahaja. Ini realitinya.

Hakikatnya, kaum melayu, cina dan India yang menjadi 3 kaum teras di negara ini tidak mungkin akan melupuskan kepentingan kaum mereka demi untuk menjadi bangsa baru yang bernama bangsa Malaysia. Tidak mungkin mereka akan melupuskan kepercayaan masing-masing semata-mata untuk membina  satu kepercayaan bersifat baru untuk seluruh rakyat Malaysia.

Apa yang mungkin boleh dilakukan ialah mencapai kata sepakat dan titik persefahaman atau lebih tepat lagi bertoleransi dan memahami realiti kehidupan dan kepentingan masing-masing kaum. Caranya ialah masing-masing kaum tidak boleh menyentuh sensitiviti kaum yang lain dan masing-masing kaum bebas mengamalkan kepercayaan dan adat resam masing-masing, seperti yang diunjurkan oleh Islam, "engkau dengan agama engkau, aku dengan agama ku".

Satu lagi rukun penting yang boleh diusahakan ialah memelihara hak dan kepentingan sah masing-masing kaum dan tiada siapa di kalangan kaum ini dibenarkan menuntut melebihi dari apa yang telah dipersetujui dan diakui akan hak masing-masing kaum.

Hakikatnya semua ini sudah termaktub di dalam perlembagaan di atas persetujuan masing-masing kaum.

Itu adalah asas dan realiti yang menjadi rukun wajib kehidupan di dalam kepelbagaian yang wujud di Malaysia. Sebarang pelanggaran atau pengengkaran terhadap persepakatan ini pasti akan menyumbang kepada perkara-perkara baru yang akhirnya akan menimbulkan keresahan, kebimbangan dan syak wasangka di antara kaum. Kehidupan menjadi tidak selesa sepertimana sebelumnya. Masing-masing kaum akan mula tuntut-menuntut hak. Semangat toleransi di antara kaum akan beransur pupus. 

Bila budaya tuntut menuntut berkembang subur, maka masing-masing kaum akan mula berasa tidak selamat dan melakukan pula tindakan pencegahan, iaitu mencari jalan mempertahankan hak masing-masing dari jatuh ke tangan orang lain.

Secara keseluruhannya norma kehidupan rakyat berbilang kaum di negara ini akan berubah  dari suasana toleransi dan saling tidak menyentuh sensitiviti serta hak masing-masing kepada suasana tuntut-menuntut dan saling mempertahankan hak-masing-masing.

Tanda-tanda keruntuhan nilai ini sudah jelas dan kesan atau "produk" akhirnya adalah keputusan PRU12 & 13 lalu.

Apabila kerangka dan asas kehidupan secara permuafakatan di antara kaum dan kepercayaan di dalam kepelbagaian sudah berubah bentuk, maka "produk" akhirnya pasti berubah wajah.

Bagaimana untuk negara dan pemimpin negara mahu memikirkan dan mengatasi perubahan pola dan norma kehidupan rakyat di dalam kepelbagaian berbentuk baru yang merugikan semua pihak ini?

Apakah kita mahu menjalankan kaedah merawat semata-mata tanpa perlu kepada mekanisma pencegahan dan memperbetulkan semula asas-asas persefahaman antara kaum dan kepercayaan yang sedang dilanggar dan diengkari oleh kaum dan kelompok tertentu melalui "slogan" manis liberalisasi dan hak kesamaratan?

Ketempangan kabinet disebabkan ketiadaan wakil MCA yang sudah ditolak oleh kaum cina adalah manifestasi dan menjadi bukti jelas kebenaran hujah saya bahawa apabila bentuk dan asas-asas kehidupan bernegara yang selama ini mengikat kukuh pertalian melalui perkongsian kuasa dan permuafakatan telah dikesampingkan dan tidak dipegang dengan kukuh oleh kerajaan, maka secara otomatik struktur pemerintahan negara akan menjadi tempang.

Membiarkan keadaan ini berlarutan akan menyebabkan sistem dan nilai yang ada semakin "longsor".

Percubaan untuk memperbetulkan kembali tetapi dengan cara yang tidak menepati kehendak-kehendak dan prinsip-prinsip asas yang telah membawa kejayaan, pasti akan menemui jalan buntu.

Jika tiada keyakinan, kekuatan dan keberanian untuk mengembalikannya, ia tidak akan kembali.

Jika tidak dibuat, kaum-kaum di negara ini akan cenderung untuk menanam 2 jenis pokok sahaja, iaitu "pokok kek kau" dan "pokok kek den".

6 comments:

  1. Semuanya kehendak allah jangan analisa buang fikiran dan tenaga.

    ReplyDelete
  2. Allah tahu kau tak tau. jangan menungkah arus. Allah redo dgn Najib dan redo dgn Mad Hasan. kau kena belajar Taat dgn pemimpin dikalangan kau.

    ReplyDelete
  3. Anon 11.11
    Dari komen yg dibuat jelas sdr tak baco pun entry di atas. Hanya masuk utk beri komen yg tak lebih dr personal.. Belajarlah utk mentaati pemimpin dgn akal dan bersandarkan kepentingan parti. Bukan di atas personality centric

    ReplyDelete
  4. Let's wait for the grand wiseman, Tun Mahathir's comment.

    Personally, I am not convinced with Tun Dollah's henchmen still around (the root of UMNO's downfall). DSN never learn from past mistake. Why not he be like his late father and Tun Dr. Mahathir? I'm afraid his transformation might turn to be deformation. Anyway, good luck to him.

    ReplyDelete
  5. Semua kaum berani menghina satu sama lain sebab .... ISA dah tiada. Najib lah orang yang bertanggungjawab jika terjadinya permusuhan kaum.Sifat perkauman orang cina menjadi-jadi la ni sebab ada melayu yg tak sedar diri menyokong mereka.

    ReplyDelete
  6. Worih,
    Esei sokong ponuh hujah ekau pasal matematik politik tuhh...kan pru12 & 13 dah torang lagi bosuluh. Soal eh, pemimpin kito buek apo? Sei bimbang klu takdo perubahan secaro strategik, pru14 kito melopong yooo...kito kono ingek, pengundi cino bkn tertipu dgn PR, dio org secaro sodar dan sengajo menolak bn dongan ponuh bonci!

    ReplyDelete