Friday, May 17, 2013

SPR BILA NAK SAMAN ANWAR NI!?

SPR nak kaji dan tunggu berapa lama baru nak saman Anwar yang bebas menuduh SPR menipu undi untuk menangkan BN?

Nak tunggu berjuta-juta lagi rakyat Malaysia percaya dengan apa yang dituduh oleh Anwar?

Nak tunggu berjuta rakyat yang ditipu hidup-hidup oleh Anwar ini bangkit dan menggulingkan kerajaan yang sah kerana telah hilang pertimbangan haail dari maklumat tidak benar akibat dirasuk Anwar?

Memang malapetaka besarlah buat negara jika rakyat memberontak terhadap pemerintah yang sah di atas sebab-sebab bukti palsu, fitnah dan tuduhan tanpa bukti yang dibawa oleh manusia yang tidak beriman dengan rukun iman ke-6, Qada dan Qadar Allah.

SPR harus sedar bahawa SPR sedang berhadapan dengan usaha terancang manusia penolak takdir yang sedang giat menjatuhkan dan mencemar kredibiliti SPR sampai ke tahap dianggap oleh "penyokong tidak berotak" mereka, SPR "barua" BN, dengan mitos dan kisah yang tidak ada asas dan hujung pangkalnya.

Hingga kini manusia anti-takdir Allah ini belum membawa apa-apa bukti melainkan hanya memberitahu dan menaikkan darah para pendokong gerakan anti-takdir bahawa dia ada bukti jelas wujud penipuan oleh SPR. 

Karpal Singh tidak setuju dengan langkah merbahaya yang sedang digerakkan oleh Anwar. Azmin Ali juga tidak bersetuju dengan tindakan Anwar membawa rakyat bermain politik terlampau. PAS langsung tidak ikut campur. Masing-masing menerima dan beriman dengan takdir waklaupin ada di kalangan mereka bukan islam

Jika SPR lambat saman manusia anti-takdir ini, gerakan menghasut rakyat yang sedang digerakkan ini akan terus meningkatkan momentum dan sokongan rakyat. Berjuta rakyat akan percaya dan mempunyai bahawa SPR menipu dan BN kerajaan haram.

Belajarlah dari Anwar. Apa hal pun saman dulu. SPR kena bijak pertahankan diri. Perkara palsu pun Anwar boleh berlindung disebalik saman, apatah SPR saman untuk mempertahankan kebenaran. Perbicaraan dan proses mahkamah lambat selesai. Kadang-kadang bertahun. 

Takkan SPR nak biarkan Anwar menjelajah seluruh negara menghasut rakyat dan jutaan sokongan sudah berjaya ditanamkan persepsi "memang SPR" menipu, baru SPR nak saman! Masa tu silap haribulan, Pejabat SPR pun dah kena bakar akibat dari sentimen hasutan siang-malam yang dibawa oleh Anwar!

4 comments:

  1. Betul saman dulu, tahan dia dari bercakap benda yang karut marut. Jika dia ingkar, dakwa pula atas menghina mahkamah.

    Nuar ni kalau dia bawak bukti sohih pun Jokiden sudah ada mindset sendiri iaitu Jokiden tidak akan percaya dengan segala bukti dia kerana bukti itupun dia boleh tipu dan reka.

    Walaupun bukti dia hampir 99.99% tepat, Jokiden akan tolak mentah-mentah. Mana boleh kita terpengaruh dengan bukti rekaan orang macam Nuar ni.

    ReplyDelete
  2. minta anwar tunjuk mcmana nak tipu.baru counter balik.

    ReplyDelete
  3. Spr nak saman DSAI.....takut banyak perkara terbongkar....

    ReplyDelete
  4. mustapha kamal ataturk pun tipu rakyat dan fitnah sultan turki sedasyat fitnah skrg dan runtuhlah pemerintah yg adil

    ReplyDelete