Friday, May 17, 2013

KJ TOLONG UBAH NIAT. JGN KHIANATI PASUKAN SENDIRI!!

Pasukan kabinet baru dinasihatkan jangan pandai-pandai sendiri membuat analisa dan post-mortem kenapa BN gagal mendapat sokongan lebih baik dari PRU12.

BN kena buat post-mortem terlebih dahulu dan setelah diketahui punca, kesilapan atau kelemahan sebenar yang menyumbang kepada keputusan yang tidak dijangka ini barulah pasukan kabinet boleh membuat penjelasan dan mencari jalan untuk mengatasinya berdasarkan kepada konsensus bersama dari rumusan post-mortem yang dibuat.

PM kata faktor "Tsunami Cina" yang telah terpengaruh dengan kempen DAP bahawa "ini kali BN pasti tumbang",  KJ pula kata bukan, dan penolakan terhadap BN ini disebabkan pengundi urban tidak mengundi BN dan jangan salahkan pengundi cina. Nanti mereka bertambah marah. Mereka nak undi siapa adalah hak mereka. 

Bila MB Mat Said kata mahu tumpuan utama diberikan terlebih dahulu di kawasan yang menyokong BN, KJ pula balas jangan berdendam pada rakyat.

"KJ jangan nak popular sendiri" dengan membuat pelbagai kenyataan yang populis yang boleh menjejaskan persepsi umum terhadap pemimpin BN yang lain, khususnya Perdana Menteri! Jangan makan pandangan baik umum sorang-sorang! Ini soal BN. Bukan soal populariti sendiri. "Jangan nak "jobo" tak bertompek", kato orang Rombau.

KJ jangan jadi macam Anwar, "menawan persepsi umum agar menyebelahi diri sendiri di tengah-tengah kesengsaraan orang lain"!

KJ jangan nak tunjuk dan cuba membina persepsi umum "dialah satu-satunya saki baki pemimpin yang paling rasional yang masih tinggal" di kalangan seluruh pemimpin BN termasuk Perdana Menteri sendiri.

KJ kena fikir dan cari jalan menggunakan kecerdikan, walaupun tidak wisdom yang dimilikinya untuk membina semula persepsi umum yang baik untuk UMNO dan BN. Bukan untuk populariti sendiri!

Kepal Nasi dah lama tak tegur KJ ni, pasal;

1. Dia adalah individu dan Naib Ketua Pemuda atau "suspek utama" yang pernah dianggap menjadi penyumbang "baggage" terbesar hingga BN hampir lumat dalam PRU12 lalu. Maka Kepal Nasi fikir dia pun dah jadi "Ketua Pemuda", bagilah dia peluang, walaupun telah didapati bersalah melakukan  "rasuah politik wang yang berat tetapi hanya diberi amaran disebabkan campurtangan Pak Lah. Mahu tidak mahu dia mesti diberi ruang dan peluang untuk memperbetulkan semula rumah yang hampir runtuh dikerjakannya dulu.

2. Nak bagi dia ruang yang selesa untuk menawan semula minat golongan muda supaya kembali bersama BN kerana anak muda diberitakan minat gila dengan KJ. Tak taulah minat disebabkan kebolehan dan kejujuran sebagai pemimpin muda atau minat kerana spinning media yang betul yang dijalankan oleh group media sosialnya. Buktinya, tak lama lagi berduyunlah cybertrooper KJ masuk bagi komen mempertahankan KJ dalam Kepal Nasi.

Itu sebab Kepal Nasi yang pernah duduk di dalam Barisan Exco Pemuda UMNO Malaysia bersama dengan beliau, membuat pendirian untuk berhenti mengkritik beliau secara terbuka, demi menjaga kepentingan BN.

Tapi hari ni, ke lain pulak cuba nak dibawanya minat golongan muda ni. Nak bagi minat pada dia no.1, nak bagi minat pada BN pulak sudah jatuh no.2. Nak bagi minat pada PM jauh sekali.

Kepal Nasi taadalah nak keluar perkataan tak elok sampai "haram jadah" macam Parpukari tu kerana Kepal Naai tetap menghormati jawtan Ketua Pemuda yang disandangnya, walaupun pada hakikatnya, dia sepatutnya "disqualified" bertanding macam Ali Rustam. 

3 comments:

  1. Perlantikan kj sebagai sebahagian barisan kabinet adalah atas kapasiti kj ahli perlimen, ketua pemuda dan menantu paklah + dll.
    Pandangan kj kini adalah pandangan rasmi kerajaan najib.

    Membuat apa sahaja persepsi ke atas kj adalah seperti menidakkan najib, seolah najib buta dan tuli untuk kensl kj sebelum dilantik, bukankah kj dilantik atas penelitian teliti najib. Kevuali kj dilantik dari pintu belakang.

    ReplyDelete
  2. Najib perlu berhati-hati KJ ni bukan boleh dopercayai perangai lebih kurang Anwar ja.. jangan biar pisang berbuah dua kali

    ReplyDelete
  3. klon Anwar ni sudah mula langkahnya.Pm dan rakyat mesti pantau dia. Dari malam keputusan PRU 13 lagi reaksi dia ghairah happy semacam...belum dilantik dalam kabinet,belum pun mula tugas,dah melaluk bukan2.,nak tunjuk cerdik. geng2 tgkt 4 dah mula berkeliling pinggang KJ...bersedia memberi khidmat saranan idea2 pelik2.nanti keluarlah idea2 dan projek2 untuk belia.dah mesti tuntut budget lebih lebih.tugas red bean tgkt4 tu ialah promokan serta bentengkan ketuanya.Najib tolong tengok strategi KJ and the gangs ni. .....target nak jadi PM umur berapa? Pastikan dia tidak ada strategi awal kumpul kader kader setiakawannya dari sekarang untuk siap sedia merebut kuasa. .........ke putrajaya mcm Anwar!

    ReplyDelete