Saturday, May 18, 2013

KINI SURVIVAL POLITIK MELAYU BERADA DI TANGAN CINA...INI KALILAH!!

Perpaduan nasional = Perpaduan melayu + cina + india + bumi Sabah + bumi Sarawak.

Formula "Perpaduan nasional" ini sudah mula terungkai. Terungkai kerana tangan-tangan para pengamal politik luar batasan dan melampaui kepentingan prinsip perpasuan naaional.

Teras kepada perpaduan nasional adalah perpaduan melayu/bumiputera Tetapi pengamal politik telah berjaya memecahkan perpaduan melayu kepada 2 kumpulan yang sudah hampir seimbang kekuatannya i.e. setengah menumpahkan sokongan mereka kepada BN/Umno dan setengah lagi menyokong pembangkang.

Perpaduan melayu/bumiputera masih dikira berada di bawah keadaan terkawal jika perpecahan tersebut berada pada kadar 70:30 atau kurang. Tetapi apabila perpecahan melayu hampir seimbang, i.e. berada pada kadar di antara 65:35 hingga 50:50, maka perpaduan melayu mula terancam dan secara tidak langsung pasti mendatangkan implikasi buruk terhadap perpaduan nasional kerana perpaduan melayu adalah teras kepada perpaduan nasional.

Jika perpaduan melayu/bumiputera kekal pada kadar 70:30 atau lebih, iaitu sekurang-kurangnya 70% sokongan bersama UMNO, maka tiada mana-mana pihak atau kaum yang mampu menjadi kuasa tawar-menawar yang boleh mengancam perpaduan nasional.

Begitu juga jika perpaduan melayu/bumiputera diandaikan bertukar sebaliknya kepada 30:70 atau lebih, iaitu 30% atau kurang bersama UMNO dan 70 atau lebih bersama PAS. Tiada mana-mana pihak juga akan mampu mengancam perpaduan nasional jika senario ini "swithcing" tetapi pada kadar peratusan yang sama. 

Itulah signifikannya perpaduan melayu/bumiputera di dalam menjamin kelangsungan perpaduan nasional.

Orang melayu/bumiputera hanya mempunyai kekuatan kuasa politik. Itu sebab orang melayu/bumiputera lebih cenderung mengikat diri mereka dengan parti politik kerana melalui politik saja kuasa akan dapat dipertahankan.

Ia berbeza dengan kaum cina. Mereka mempunyai kekuatan ekonomi. Maka kemestian untuk terikat atau bergantung terhadap parti politik samada MCA, DAP atau Gerakan bukan keutamaan mereka sepertimana kaum melayu.

Kaum cina lebih terikat kepada badan NGO yang boleh menjamin survival ekonomi dan pendidikan kaum cina secara keseluruhannya. Parti politik bagi kaum cina hanyalah sebahagian dari platform mereka dalam memastikan agenda ekonomi dan pendidikan anak bangsa mereka dapat dicapai dan terjamin.

Di sinilah perbezaan yang wujud di antara pertimbangan utama sebagai kaum melayu dan pertimbangam utama sebagai kaum cina.

Pertimbangam politik kaum cina adalah berdasarkan kiblat "opportunity" yang paling menguntungkan survival agenda ekonomi dan pendidikan kaum mereka.

Sebaliknya, pertimbangan politik orang melayu/bumiputera berkiblatkan kuasa politik sebagai satu-satunya jaminan untuk survival dan masa depan umat melayu/bumiputera di tanah air ini.

Pertimbangan dan percaturan yang berbeza di antara kaum melayu/bumiputera dan kaum cina inilah yang meletakkan survival kuasa politik melayu/bumiputera sentiasa berada di antara hidup dan mati atau di antara kekuatan dan ancaman.

Jika perpaduan melayu/Islam sentiasa berada dikedudukan selesa sekurang-kurangnya 70:30, tidak kira samada UMNO atau PAS yang menguasai majoriti 70%, maka selagi itulah kuasa politik melayu/Islam akan terus kuat.

Sebaliknya, jika kekuatan politik melayu beransur bergerak kearah keseimbangan peratusan di antara UMNO dan PAS@pembangkang, maka ancaman secara beransur-ansur juga akan menerjah kekuatannkuasa politik melayu/bumiputera.

Ancaman ini sudah pasti datangnya dari pihak@kaum yang lebih mengutamakan "opportunity" yang boleh menjamin agenda ekonomi dan pendidikan mereka dapat dicapai.

Survival MCA atau DAP sebagai parti politik bergantung kepada opportunity ini. Kita boleh lihat "trend" sokongan yang diterima oleh ke dua-dua parti ini sering berbeza mengikut opportunity untuk jaminan agenda ekonomi dan pendidikan kaum cina yang wujud "ketika itu".

Jika kuasa politik melayu berada pada kadar sekurang-kurangnya 70:30, iaitu 70% atau lebih kekal bersama Umno, maka majoriti kaum cina pasti akan memberikan sokongan mereka samada kepada MCA atau Gerakan.

Tetapi, jika kuasa politik melayu/bumiputera sudah terbelah dua dan tidak lagi tertumpu kepada UMNO, seperti yang berlaku pada PRU12 dan 13, maka pertimbangan politik kaum cina yang lebih mengutamakan kelangsungan agenda ekonomi dan pendidikan cina, pasti akan mengundi berdasarkan "opportunity yang wujud ketika itu".

Itu sebabnya jika berlaku senario kuasa politik melayu/bumiputera terbelah dua, seringkali pihak yang bakal mendapat keuntungan politik paling besar adalah DAP. Dalam senario begini, MCA dan Gerakan hanya mampu bertahan di kawasan subsidi yang bermajoriti melayu. Malah, Dalam PRU 13, MCA dan Gerakan sudah tidak mampu bertahan di kawasan majoriti melayu kerana kadar 70:30 kekuatan undi melayu masih tidak mampu memenangkan calon MCA disebabkan kadar sokongan kaum cina yang menyokong DAP terlalu luar biasa, iaitu melebihi 90% di kebanyakkan kawasan.

Kesimpulannya, semua formula atau "political equation" yang xuba dilakukan master politik melayu, tidak akan menjadi jika tiada mana-mana parti politik berasaskan melayu/bumiputera tidak mampu mendapat sokongan sekurang-kurangnya 70% sokongan dari kaum melayu/bumiputera sendiri. 

Pra-syarat untuk mengangkat sesuatu beban, ialah mesti cukup tenaga dan kekuatan. 

Beban ancaman terhadap hakisan kuasa politik melayu/bumiputera hanya boleh diangkat dan diselesaikan hanya jika kekuatan melayu dapat digembeling kembali oleh UMNO pada kasar sekurang-kurangnya 70%. 

Jika pra-syarat ini gagal diperolehi, maka selagi itulah survivak kuasa politik melayu/bumiputera akan menjadi "mangsa buli"  kaum opportunis yang hanya inginkan agenda pendidikan dan ekonomi kaum mereka tercapai di dalam setiap dan apa keadaan pun.

1 comment:

  1. bila UMNO/BN gagal.. macam mcam analisis diutarakan oleh para blogger pro UMNO/BN. Walaupun kita berjaya membentuk kerajaan, namun mentaliti kita sebenarnya telah gagal. Segala analisis yang di utarakan hanyalah bersifat assumption dan bukan disebabkan fakta yang tepat. Melayu dan hak keistimewaan takkan hilang, kerana melayu adalah majoriti di malaysia. hakikatnya, sepandai2 orang cina, mereka ini mudah di tipu oleh melayu dari PKR dan PAS. Melayu adalah suatu bangsa yang bijak selain daripada yahudi, sebab tu UMNO sukar untuk ditumbangkan oleh DAP dan sekutunya bangsanya. Saudara/i penulis jangan lah terlalu risau, atau menulis dengan merisaukan hati orang lain dengan penulisan sebegini. Percayalah, andaikata, PR memerintah sekalipun, ianya bersifat sementara, kerana DAP akan sedar bahawa mereka telah tertipu dengan agenda PKR/PAS dan mereka tidak akan dapat menguasai kerajaan PAS/PKR seperti mana yang digembar gemburkan selama ini. Sekian sahaja.

    P/S: tapi aku akan tetap sokong UMNO walaupun tak pernah mengundi kerana malas nak layan orang2 politik!

    ReplyDelete