Tahniah Zahid....! Tahniah! Apa yang kepal nasi tengok, silent majority sangat teruja dengan ketegasan Zahid secara peribadi dan juga ketegasan PDRM di bawah IGP baru.
Ada ramai lagi senarai pemimpin dan aktivis pro-pembangkang yang beranggapan negara ini "kepala bapak dia yang punya", yang wajib ditangkap.
Antara ciri-ciri mereka yang layak ditangkap kerana merasa "negara ini kepala bapak dia yang punya", ialah;
1. Mereka yang menghina undang-undang negara dengan cara melanggar apa saja peraturan dan undang-undang sediada.
2. Mereka yang mengisi ceramah dan ucapan dengan bahan serta maklumat palsu hingga begitu ramai rakyat yang terkeliru, termakan hasutan dan akhirnya memandang hina dan keji para pemimpin kerajaan dan UMNO disebabkan maklumat palsu tersebut.
3. Mereka yang mempertikai keputusan PRU13 dengan menuduh wujud penipuan, tetapi hingga kini pembangkang belum pun membawa apa-apa bukti. Apabila mereka menuduh tanpa bukti, maka ia akan jatuh kepada niat untuk menghasut rakyat supaya percaya kepada mereka.
Pembangkang mengharapkan agar rakyat yang telah termakan hasutan ini akan bangkit menjatuhkan BN kerana beranggapan kerajaan BN yang ada ini sebagai kerajaan HARAM yang telah menang melalui cara penipuan.
Bila anggapan ini wujud, maka Anwar dan pembangkang bolehlah menyorokkan diri di sebalik kononnya "kuasa rakyat" untuk menjatuhkan kerajaan, yang juga secara HARAM.
Lain-lain kalangan yang beranggapan "negara ini kepala bapak dia yang punya" yang layak ditangkap ialah;
"Mereka yang beranggapan segala tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa terhadap mereka adalah SALAH dan ZALIM serta MELANGGAR HAK DAN KEBEBASAN MEREKA UNTUK BERSUARA DAN MENYATAKAN BANTAHAN, sedangkan SPR sudah pun mengumumkan tempoh 21 hari untuk menghantar sebarang petisyen bantahan dengan membawa segala bukti-bukti yang mereka heboh kata kukuh seperti yang telah mereka temberangkan di pentas-pentas himpunan".
MAKA, sehubungan dengan tindakan tegas KDN dan PDRM terhadap "gerakan palsu yang sedang memutar-belitkan di antara fakta dan fitnah secara agresif hingga menimbulkan "perasaan benci minoriti" rakyat yang termakan hasutan menimbulkan prasangka terhadap kerajaan yang "dipilih secara sah oleh majoriti rakyat" ini adalah satu tindakan paling wajar. Harus "dikerjakan dan diajar cukup" mereka-mereka yang sedang merasakan "Negara ini kepala bapak dia yang punya".
Kumpulan ini boleh diistiharkan sebagai kumpulan yang paling berpotensi untuk menjahanamkan negara dari sekelian pengkhianat negara yang berada di bumi Malaysia ini.
Kepal nasi membatalkan hasrat untuk publish 1 komen anon yang dihantar jam 3.53 disebabkan anon ini beri lagi komen pd 3.58 yang marah kerana tidak keluarkan komen walaupun komen yg pertama hanya dibuat 5 minit sebelumnya.
ReplyDeleteAnon yg tidak bertamadun yg ingat blog ini kepala bapak dia yg punya mcm juga Anwar yg ingat negara ini bapak dia yg punya telah mensial babikan admin kepal nasi. Sebagai denda atau dam, maka kepal nasi bukan saja tidak akan publish komen tersbt, malah anon ini diharamkan membaca walaupun sepotong ayat dari blog kepal nasi. Jika anda membaca juga kepal nasi sumpah anon ini jadi batu atau terkenanbusung.
hahhahahha.. itulah yg dinamakan orang yang perasan negara nih dia punya sama macam puak2 yg disana tuh sampai blog orang pun dia nak tawan.. syabas admin!
ReplyDeleteDalam bahasa lain, puak minoriti yg dah kalah dalam PRU yg menentang majoriti mmg tak mau terima kekalahan sebab mereka dah malu dgn kelancangan mulut mereka yg konon bole menawan Putrajaya dgn slogan inikalilah (ubah) tuh... ditambah dgn dendam kesumat terhadap BN/UMNO khasnya Anwar yg tak dapat terima kenyataan bahawa dirinya dah tak releven sekarang...jadi jln yg mudah divert isu spt yg anda bahaskan diatas....