Saturday, May 11, 2013

ZAIN BADAK MASUK KABINET UNTUK TARGET AMBIL SELANGOR?

Backbenchers BN bagi penggal 2008-2013 hanya berjumlah 73 orang setelah ditolak 3 wakil SAPP yang keluar meninggalkan BN. 

Backbenchers BN bukan saja kurang dari segi jumlah, malah tidak berdaya melawan dan berhujah dengan MP pembangkang dalam banyak perbahasan di Dewan Rakyat. Hanya beberapa kerat wakil BN saja yang mampu berhujah dengan fakta dan meyakinkan dalam mempertahankan setiap dasar kerajaan di dewan rakyat. Keadaan menjadi lebih sukar bila 27 dari 73 BN Backbenchers berada dalam kategori menopause kerana terkejut turun pangkat dari Menteri menjadi Backbenchers.

Pada penggal kali ini dijangka bilangan Backbenchers akan terus berkurang jika saiz kabinet yang sama dikekalkan. Jika keadaan ini berlaku, BNBC hanya akan berada di sekitar bawah 70 orang. Dengan pertambahan MP pembangkang dari 80 kepada 89, sidang dewan pasti akan lebih hangat.

Dulu kita masih bernasib baik kerana ada 8 MP bebas yang mesra BN. Merekalah yang menjadi peluru dan meriam BN setiap kali berbahas di dewan sedangkan ramai MP BN hanya bertaraf ayam mati dan duduk mengeram di bangku dewan.

Barisan MP pembangkang pasti akan lebih bertenaga kali ini.

PM tentu sedar akan kemungkinan senario ini tetapi apakah penyelesaian yang PM akan lakukan untuk menghadapi kemungkinan ini?

Adakah dengan mengecilkan pasukan kabinet?

Adakah dengan memperbanyakkan anggota kabinet dari kalangan senator?

Atau adakah PM akan membiarkan saja dewan rakyat dikuasai oleh suara pembangkang setiap kali Dewan Rakyat bersidang?

Kita sebagai pendokong bawahan parti sudah takut untuk meletakkan harapan yang terlalu tinggi terhadap Perdana Menteri. Kita takut kecewa untuk kali ke-2. 

Harapan majoriti pendokong parti dan golongan muda "middle class mesra BN" yang mengharapkan PM mengotakan janjinya untuk membuat kejutan, membawa perubahan besar dan seterusnya memperkenalkan pasukan transformasi yang diterima akar umbi dan boleh menang, terbukti meleset sama sekali.

Walaupun Nazri Aziz menang di Padang Rengas, tetapi imej pemimpin berkarat yang ada pada batang tubuhnya mampu menimbulkan persepsi secara meluas di kalangan pengundi saluran 4 & 5 mahu pun "saluran 6 yang mahu mengundi BN tapi secara bersyarat" bahawa DS Najib tidak berani untuk membuang kawan walaupun ia boleh menaikkan "imej tegas" DS Najib untuk memberi nafas baru di dalam kepimpinan parti dan kabinet.   

Harapan segmen pengundi yang berhasrat memberi undi kepada BN tetapi secara bersyarat" iaitu mereka mahu melihat PM terlebih dahulu mengotakan janji untuk membariskan "pasukan transformasi Najib yang "winnable & acceptable"" ternyata kecewa dengan keputusan dan pendekatan PM di saat akhir dalam membariskan pasukan transformasi Najib. 

Sebaik saja senarai calon diumumkan, ia memang benar-benar memberi kejutan sepertimana yang disebut oleh DS Najib, tetapi kejutan yang mensahihkan kepada mereka bahawa gambaran yang digembar-gemburkan tidaklah sepertimana yang diharapkan. "Keyakinan bercampur harapan" yang ditunggu-tunggu dari DS Najib benar-benar memeranjatkan dan mengecewakan mereka. 

Akhirnya segmen golongan muda yang mengundi secara bersyarat ini menarik kembali niat mereka untuk mengundi BN.

Jika tidak kerana kesilapan saat-saat akhir PM DS Najib, mungkin BN sudah menang bergaya dengan majoriti 2/3 dan mungkin Selangor yang terdapat paling ramai pengundi dari saluran 6, "golongan yang mahu mengundi BN tetapi secara bersyarat", mungkin sudah berjaya ditawan semula.

Akibat terlalu percayakan Badak yang bernama "Zain" sampai membiarkan saja gate kandang terdedah, badak "Zain" bebas berbuat apa saja di dalam Zoo BN Selangor hingga pelancung yang sedang berkunjung lari lintang pukang meninggalkan Zoo BN dan pelancung yang sudah berhasrat untuk berkunjung membatalkan kunjungannya di saat-saat akhir.

Inilah kelemahan-kelemahan saat akhir yang dilakukan oleh DS Najib yang telah menyebabkan seluruh rancangan besar tranformasi dan produk 1Msia kerajaan BN tenggelam begitu saja. Tenggelam disaluti  "penantian dan harapan menggunung sebahagian besar pengundi bersyarat" yang kecewa apabila apa yang mereka nantikan dari Perdana Menteri hanyalah harapan dan janji kosong.

Pendek kata, cakap tidak berapa dibikin. "Cakap berdagar-dagar, ciriak tersangkuik dicelah galagar".

Minggu depan, mungkin hari Rabu, pengumuman barisan kabinet baru. 

Golongan yang menyokong BN secara bersyarat yang mahu melihat terlebih dahulu keberanian DS Najib "untuk berubah, sebelum rebah", sebahagian besarnya mungkin sudah "give up" dan tidak mahu lagi mengharapkan sesuatu yang terbaik akan diumumkan oleh Dato Seri Najib.

Buat apa nak mengharap dan terus mengharap tak pasal-pasal. Buat menambah kecewa. Kalau PM nak buat dia buatlah.  Ada aku kisah?

5 comments:

  1. Harapan RAKYAT selangor... jgn lantik ORANG yg dah kalah terlungkup utk jadi MENTERI atau timbalan MENTERI... ORANG nya ialah seperti ZIN BADAK SUMBU ni.. dia nilah yg telah menyebabkan BARISAN nasional tewas teruk di selangor... lain kali jgn jgn nk memandai kata ORANG lain tak layak bertanding Di selangor.. macam ler dia hebat sangat.. rupanya terlungkup Dan menyungkur Di sepang.. nasib baik si NOH womar pun tak terlungkup... jadi DS NAJIB kalu nk bentuk jemaah MENTERI Dan timbalan MENTERI kabinet pastikan yg fresh Dan calon yg transformasi.... ORANG yg dh kalah biarkan dia pi duk surau..

    ReplyDelete
  2. Frust nampak bro
    Jgn la mcm tu.tgu dsn umum kabinet baru.baru kita komen.
    Sebagai cadangan mcm mana pula kinaBatangan.
    APa komen?.

    ReplyDelete
  3. Dah kalah, kalahlah. Ambil semula buat apa. Sama juga dengan Noh Omar. Banyak lagi yang lain yang berkemampuan. Dua pemimpin ini nyata lebih mengutamakan kepentingan sendiri daripada parti. Letak calon pun entah apa-apa. Calon boleh kalah. Kemudian bersembunyi di belakang nama Presiden.

    Bagi Irmohizam jer jadi kepala untuk ambil alih Selangor. Lebih kurang sebaya Mukhriz yang berjaya ambil alih Kedah. Noh Omar dan Zin mewakili generasi lama, tak laku dah.

    ReplyDelete
  4. Kepada PM kesayangan , nasihat kami sebagi melayu dan pengundi, jika mahu melantik barisan kabinet baru calun-calun nya mesti ;
    1. Bukan veteran BN dan yang kalah kalah dalam PRU13
    2. Carikan barisan pemimpin yang berumur kurang dari 45 tahun sebagai persedian PRU14 bila 5 tahun lagi umur mereka mencecah 50 dan matang
    3. Cari calun popular walau pun kurang buat kerja kerana kerja boleh diberi dan dibentuk
    4. Nasihatkan semua MB-MB yang mahu melantik Pegawai Khas dan sebagainya sebagai pendamping MB dikalangan pemuda yang berjiwa besar kerana parti . Cara nya boleh buat temuduga terbuka dikalangan pemimpin 4 sayap.

    Insyaalah imej parti akan berjaya dipulihkan kembali dan sokongan orang muda boleh meningkat

    Akhirnya dicadangkan komposisi barisan kabinet biarlah 60 / 40 antara dewasa dan golongan muda

    ReplyDelete
  5. Salam
    Pernah berjumpa dengan zin biadap untuk tujuan menyumbang. Tak sampai 5 minit dah diperlekeh oleh zin biadap.
    Itulah pengalaman saya dengan manusia yg amat bongkak dan sombong. Di zaman paklah dia hidup dan di zaman najib dia lagi berkuasa.
    Mintaklah PM lantik zin biadap semula dan kalau boleh ke jawatan menteri penuh dan paling kanan. Kalau nak punahkan selangor, biarlah punah ranah betul. Bagilah kuasa kat zin biadap untuk memilih calon dan memimpin bn negeri.

    ReplyDelete