Friday, June 7, 2013

KJ MAMPU MENYAINGI KEPIMPINAN NAJIB-MUHYIDIN!!

Khairy berkata, "walaupun kita menghormati proses demokrasi dalam UMNO, tetapi atas kesedaran perlu diperkukuhkan lagi UMNO, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia telah membuat ketetapan dan mengusulkan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan dan menyokong agar Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal sebagai Presiden dan Timbalan Presiden UMNO untuk pemilihan yang akan datang"

Naib Ketuanya, Datuk Razali Ibrahim berkata, "memandangkan tidak ada lagi pencalonan di peringkat bahagian untuk satu-satu calon melayakkan diri untuk bertanding, jadi Pemuda "merayu" agar Khairy mengisi borang pencalonan sebagai calon Ketua Pemuda UMNO dalam pemilihan akan datang dan Pemuda UMNO telah sepakat untuk membantu beliau untuk menjadi Ketua Pemuda dalam pemilihan nanti".

Cuba anda nilai kenyataan Ketua dan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia di atas.

Kenyataan KJ "ditujukan kepada ahli UMNO" supaya mempertimbangkan cadangan Exco Pemuda supaya dikekalkan DS Najib dan TS Muhyidin sebagai Presiden dan Timbalan Presiden. 

Manakala kenyataan Razali, pula terbalik. Bukan ditujukan kepada ahli pemuda, sebaliknya "merayu bagi pihak ahli pemuda" agar KJ "tolonglah isi borang kerana kami sangat memerlukan kepimpinan kamu".

Dalam hal KJ, akar umbi merayu KJ supaya terus memimpin.

Dalam hal DS Najib dan TS Muhyidin, pemuda merayu akar umbi supaya mereka berdua dikekalkan.

Siapa hebat? 

2 comments:

  1. Syabas KJ teruskan membangunkan Sukan Tanahair dengan lebih cemerlang dan awas yang kan cuba mengambil kesempatan mengaut keuntungan demi kononnya dapat meningkatkan mutu sukan Negara Malaysia. Karut saja.Awas.

    ReplyDelete
  2. saya pelik dengan cara pemuda umno. tak gentleman langsung. saya tak pelik dengan najib & muhyidin sebab kepimpinan mereka berani pinda perlembagaan agar lebih ramai perwakilan mengundi untuk tentukan kepimpinan. jadi mereka berani. kalau tak berani mereka tak pinda. kalau tak bertanding pun kita dah tahu keputusan. kita yakin najib & muhyidin diperlukan untuk terus kemudi umno. yang saya pelik yang jawatan kecik macam ketua pemuda pun tak mahu dipertandingkan? mula-mula keluar statement minta najib & mahyudin tak dicabar. rupanya nak selit sekali jawatan ketua pemuda jangan dicabar. hehe.

    lk

    ReplyDelete