Mendesak Perdana Menteri tidak salah, tapi jangan salah desak. Desakan yang dibuat mesti kena pada tempat. Anda sendiri yang akan sakit hati jika orang yang didesak itu tidak mahu tunduk dengan desakan anda.
Antara perkara yang "tidak boleh desak" ialah hal-ehwal berkaitan dengan prerogatif beliau sebagai Perdana Menteri atau sebagai Presiden Parti ataupun sebagai individu.
1. Jangan desak sesuatu perkara yang berkaitan dengan hal-ehwal rumahtangga atau hal suami-isteri. Itu hak prerogatif semua suami-isteri.
2. Jangan desak supaya buang penasihat PM atau mana-mana pegawai ibupejabat UMNO. Itu hak prerogatif PM atau presiden parti untuk melantik siapa yang dia rasa suka serta mudah bekerja dengan presiden atau PM.
3. Jangan desak supaya tidak dilantik orang itu dan ini dalam kabinet. Itu hak prerogatif beliau sebagai Perdana Menteri.
4. Jangan desak supaya tidak melantik SUPOL PM dari kalangan itu dan ini. Itu hak prerogatif beliau sebagai Perdana Menteri.
5. Jangan desak supaya tidak melantik wakil NGO ala-Hindraf atau wakil cina ke dalam kabinet kerana itu hak prerogatif Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional.
6. Jangan desak PM supaya jangan layan lagi segala kehendak dan kemahuan cina yang telah terbukti tidak menyokong BN dan kepimpinan DS Najib dengan segala program transformasinya. Itu hak prerogatif PM untuk terus berpegang kepada Manifesto Akujanji Janji Ditepatinya. Dan adalah hak PM juga jika beliau masih yakin dengan caranya untuk terus tanpa jemu menarik kembali sokongan cina.
7. Kita tiada hak prerogatif untuk desak PM supaya kembali kepada komitmen untuk memperjuangkan segala hak istimewa dan kedaulatan bangsa atau agenda melayu ditempat yang sewajarnya. Komitmen ini tiada di dalam manifesto Akujanji Janji Ditepati.
8. Pendek kata jangan buat desakan apa-apa. PM sudah bentangkan agenda kepimpinannya kepada rakyat dan rakyat pun telah terima. Tandanya, rakyat telah beri semula mandat untuk memerintah dan mengambil tanggungjawab memimpin negara ini sehingga PRU14.
Tetapi "pemegang mandat rakyat" juga harus ingat;
1. Bukan hak prerogatif Presiden atau Timbalan Presiden Parti untuk tidak boleh ditandingi atau dicabar di dalam pemilihan parti.
2. Bukan hak prerogatif Ketua Wanita, Ketua Pemuda mahupun Ketua Puteri untuk tidak boleh dicabar.
3. Bukan juga hak prerogatif Presiden Parti untuk memaksa ahli UMNO menerima apa saja konsensus yang diputuskan di kalangan sesama MKT untuk menyelamatkan kedudukan masing-masing dengan cara "memajak gadaikan" retorik-retorik "demi perpaduan, demi mengelakkan perpecahan di kalangan akar umbi, demi pengukuhan parti dan "pelbagai demi" lagi yang bertujuan untuk mereka terus kekal memegang jawatan dan kepimpinan.
4. Bukan juga hak prerogatif Perdana Menteri untuk memaksa rakyat khususnya rakyat melayu supaya menerima pendekatannya yang masih lagi memperlihatkan kecenderungan untuk terus "takut-takut" dengan desakan kaum chauvinis cina dan terus mengalah dengan pelbagai tuntutan pembangkang hingga SPR pun terpaksa dicabut dari bawah kuasa Agong dan diturunkan setingkat lagi ke bawah, iaitu di bawah kuasa parlimen.
5. Pendek kata, bukan juga hak prerogatifp Perdana Menteri dan Presiden untuk kecewa jika suatu hari nanti orang melayu yang semakin hilang keyakinan terhadap kemampuan Perdana Menteri dan Presiden UMNO dalam mempertahankan agenda melayu, akan menyisih diri dan tidak mahu lagi mengambil pusing tentang apa-apa yang berkaitan dengan kepentingan perjuangan agama, bangsa dan tanah air mereka.
Jangan sampai majoriti melayu berkata, adalah menjadi hak atau prerogatif kami sebagai orang melayu untuk tidak lagi mempercayai dan meyakini kepimpinan dan pemimpin yang memimpin UMNO hari ini.
"Ini kali nak jadi apa lantaklah". "Janji anak bini selamat, sudah".
AKU AHLI UMNO. AKU MAHU SEMUA JAWATAN TERMASUK PRESIDEN DAN TIMBALAN DIPERTANDINGKAN AGAR KALAU MEREKA KEKAL DI TEMPAT MEREKA SEKARANG SELEPAS PENGUNDIAN MAKA KEKUATAN UMNO BARULAH TERSERLAH, KALAU TIDAK ORANG RAMAI AKAN KUTUK UMNO ATAS DAN BAWAH YANG AKU SEBAGAI AHLI AKAN TURUT TERPALIT DENGAN Kemaluan.
ReplyDeleteDesakan itu bersebab ,bukan membabi-buta ,sebagai yang dilantik kalau tak mendengar kata-kata yang melantik dan meletakan dikedudokan ,jalan penyelsaianya mudah sahaja ,tidak dilantik semual atau digugorkan.
ReplyDeleteItu hak prerogatifp ahli yang melantik.
salam,
ReplyDeletepm tak kisah pun. aku dah jadi pm. lantak la orang lain. kalu orang lain nak jadi pm, ikut pandai la. yg penting aku dah jadi pm. bila dah jadi pm, ikut aku la pasal aku pm. aku nak semua sokong aku jadi popular. kalu TDM ambil masa 22 tahun untuk terus dikenang, aku nak ambil masa singkat untuk dikenang sebagai pm popular macam selebriti gitu. nak lawan, tarak berani, ikut aku la nak pakai kondom atau tidak