Sunday, June 30, 2013

KNKB MAHU PMO BAYAR LUMP SUM RM12/THN UTK NASIHAT INI!!

Pertambahan 10 kerusi yang dimenangi UMNO pada PRU13 telah diguna dan dimanipulasi sepenuhnya oleh pemimpin UMNO dan "para pembonceng" serta para pengekor dan "juru defence", bahawa UMNO sudah kuat dan pulih sokongan.

Penasihat RM1/bln Perdana Menteri, KNKB sekali lagi ingin mengingatkan penasihat PM yang dibayar jutaan ringgit melalui pelbagai consulting fees samada berbentuk cash, kedudukan, kuasa  mahupun lain-lain bentuk benafaat supaya membatalkan dan meminda semula segala nasihat-nasihat yang pernah dan telah diberi kepada PM sejak dari 2009 hingga 5 mei 2013.

Alasan kepada cadangan pindaan atau pembatalan "jenis-jenis" nasihat ini adalah disebabkan "outcome" yang diharapkan tidak memenuhi KPI. Prestasi penasihat ini jauh berada di bawah PAR.

Bukankah idea mengukur KPI melalui formula "outcome based" ini datang dari para penasihat ini?

Kenapa mereka sendiri terlepas dari sebarang pengukuran KPI, sedangkan supol-supol PM yang kalah bertanding pun turut dikenakan hukuman dengan tidak melantik semula mereka ke jawatan lama?

Jika begini taraf kekebalan yang ada pada penasihat ini, bermakna para penasihat ini lebih kebal dari raja-raja melayu. Raja-raja melayu sendiri pun terikat dengan mahkamah khas untuk membicarakan kes sekiranya berlaku salahlaku di kalangan baginda sultan.

Apakah kedudukan para penasihat ini lebih "supreme" hingga tidak diwujudkan langsung mekanisma bagi mengukur KPI dan prestasi mereka? Kenapa penasihat ini diberi taraf "untouchable"?

Malah, diberitakan baru-baru ini seluruh menteri kabinet, timbalan menteri, KSU dan seluruh penjawat-penjawat penting dalam negara diarahkan hadir dihadapan para penasihat ini bagi mendengar post-mortem PRU13 dari para penasihat supremo dan serba pakar ini. 

Jika benar adanya berlangsung "sesi nasihat dan pandangan politik" dari PEMANDU yang dipimpin oleh Idris Jala-Omar Ong ini, penasihat PM RM1/bln, KNKB beranggapan "suatu perkara yang bersifat mustahil telah menjadi tak mustahil" dan "suatu perkara yang tak mustahil boleh menjadi mustahil", tidak mustahil boleh terjadi di zaman pentadbiran PM Najib.

Penjenayah diberi mandat untuk memberi nasihat kepada polis tentang hal-ehwal keselamatan negara.

Pegawai bomba diberi tugas menasihatkan doktor bagaimana untuk merawat seseorang yang melecur terkena api.

Pendatang haram beri nasihat kepada imigresen bagaimana untuk membenteras penyeludupan buruh asing.

Banduan diberi mandat untuk kaunseling warden penjara.

Serigala telah diberi mandat menggantikan anjing untuk memantau kambing dan lembu di padang ragut.

Seorang yang mandul diberi mandat untuk menasihatkan pasangan berkahwin bagaimana cara berkesan untuk mendapatkan anak ramai.

Seorang pondan dilantik menjadi penasihat bagaimana untuk menjadi jantan sejati.

Ahli Rukun Tetangga diangkat menjadi penasihat angkatan bersenjata.

Apa sebenarnya ideologi dan anutan kenegaraan yang diamalkan oleh DS Najib?

Ke mana sebenarnya halatuju negara dan cara hidup rakyat yang mahu dibawa oleh DS Najib?

Apa yang sebenarnya yang dimaksudkan oleh DS Najib tentang  "national reconciliation"?

Bagaimana beliau mahu melakukan "national reconciliation"?

Apakah elemen-elemen dan core input yang mahu digarab oleh DS Najib didalam proses melakukan national reconciliation?

Jika kita mahu mendirikan sebuah rumah, kita harus menggaris dan memutuskan terlebih dahulu apa bentuk dan konsep rumah yang ingin kita dirikan.

Selepas itu barulah kita panggil arkitek untuk melakarkan konsep yang kita inginkan ini di atas pelan.

Selepas itu baru kita cari siapa tukar mahir yang boleh merealisasikan pelan architecture yang sudah dilakarkan.

Jika kita terus memanggil tuan-tuan penasihat dan meminta mereka memikirkan apa rupabentuk rumah bentuk baru yang harus dibina tanpa kita memberikan konsep dan ciri-ciri penting yang kita ingin kekalkan pada rumah yang didirikan, maka kita sebenarnya telah menyerahkan bulat-bulat bagaimana rupabentuk rumah yang didirikan kepada tuan-tuan penasihat ini. 

Jadi, adakah PM serahkan ikut suka tuan penasihat nak buat rumah macam mana, dan kita hanya tahu rumah siap dan selamat untuk diduduki?

Bila rumah sudah siap, tengok-tengok tuan penasihat pasang heater system dan bukan aircondition system. Tuan penasihat embedded design rumah api "chimney" macam kehidupan masyarakat Eskimo. Atap atau bumbung pulak ditiru konsep rumah arab di padang pasir. Iklim dan kehidupan realiti negara ini tidak menjadi pertimbangan di dalam rekabentuk konsep politik dan halatuju negara oleh arkitek bogus PM ini.

Agaknya inilah sebabnya rakyat di negara ini sudah tidak lagi selesa hidup di dalam suasana multiracial. Bila melayu suka, cina tak suka dan india pulak benci. Bila cina suka, melayu pulak sakit hati dan india tak kisah.

Melayu nak bakar unggun api, cina pulak sibuk nak pasang aircond.  India pulak unggun api pun boleh, aircond pun boleh. Macam mana nak hidup sebumbung kalau macam ni. 

Kalau para pembonceng, pengekor dan juru defence status quo kepimpinan UMNO hanya setakat mahu bersandar dengan pencapaian UMNO yang hanya meningkat 10 kerusi untuk menjadi "gadaijamin" semua masalah BN, itu menandakan UMNO sudah tidak layak lagi menjadi pemimpin kepada semua parti dan semua kaum di negara ini. UMNO sudah turun pangkat setaraf dengan PAS yang hanya diterima oleh orang melayu dan Islamik sikit dan setaraf dengan DAP yang hanya memperjuangkan nasib chauvinis cina di sebalik Malaysian Msia.

Bagaimana pandangan tuan penasihat lavish PM? Ok tak pandangan pandangan Penasihat PM RM1/bln ni?

3 comments:

  1. Cina bertambah kuat bila memperjuangkan kepentingan bangsa mereka sahaja. Jadi sepatutnya PM Najib juga akan bertambah kuat jika memperjuangkan bangsa Melayu dan agenda bangsa Melayu sama seperti DAP yang memperjuangkan cina. Terbukti berkesan.

    ReplyDelete
  2. DS Najib memang seorang PM yang Paling lemah dan tidak berguna langsung kepada Orang Melayu.Najib lebih lemah dariPAK LAH........UMNO akan gersang dibawah kepimpinan Najib ......selamatkan UMNO dari menuju kehancuran .
    Najib tiada idea yang bagus dan baik untuk Bangsa dan negara ......NAJIB TIDAK MAMPU BERFIKIR SECARA SENDIRI beliau terlalu bergantung kepada panisihat penisihat yang bengong .Habis harta benda dan tanah kerajaan dijualnya ....lepas ni kem mana lagi nak najib jual untuk membangunkan kawasan tersebut .Kem sungai besi sudah dijual dan ada kemunginan lepas ni Kem kinara pulak.....

    ReplyDelete
  3. Gantikan aje Najib. Jika tak mahu, kita gantikan je UMNO dengan parti baru Melayu yg berani memperjuangkan Melayu. Apa ada pada nama dan sejarah UMNO jika UMNO akhirnya "membunuh" Melayu dan menyebabkan Melayu merempat dan merana di bumi bertuah ini. Ramai anak muda Melayu pun dah menyampah dengan nama UMNO dek kerana jenis pemimpin yg ada dalam UMNO termasuk di peringkat tertinggi dan MKT. Dah semakin ramai yg tidak yakin kepada Najib tetapi pemimpin UMNO masih membisu dan tidak berani berubah. Antara sebabnya kerana nak jaga perut dan kedudukan sendiri. Matlamat dan tujuan parti UMNo sendiri mereka buangkan!!!!

    ReplyDelete