Tuesday, July 2, 2013

MAT HASAN TUBUH KERAJAAN MELAYU N.SEMBILAN!!

Apakah UMNO sudah memikirkan bagaimana langkah-langkah dan strategi bagi memastikan agenda melayu/bumiputera tidak terus menjadi "mangsa kelalaian para pemimpin" dalam proses SPR untuk melakukan persempadanan semula kawasan pilihanraya?

Sudahkah dikaji apa kekuatan, peluang, kelemahan dan ancamannya terhadap kuasa politik melayu/bumiputera?

Minggu lepas dalam satu majlis perkahwinan anak YB Dato Norhayati Omar, Dun Pilah, saya sempat memberi soalan cepu emas kepada YAB Menteri Besar N.Sembilan sewaktu sembang-sembang di meja makan.

Disebabkan beliau begitu berbangga dengan perancangannya untuk membentuk "kerajaan melayu" di Negeri Sembilan telah berjaya, saya lantas menyoal beliau, "apakah perancangan dan strategi UMNO dalam proses persempadanan semula kawasan pilihanraya yang akan dilakukan, khususnya bagi kawasan Bandar Baru Nilai?"

Saya mengingatkan beliau bahawa majoriti pemastautin di Bandar Baru Nilai tersebut lebih 70% majoritinya adalah melayu, tetapi DUN Nilai      yang mempunyai 20,670 orang pengundi, diwakili oleh MCA kerana terdapat 45 peratus penguni Cina, 31 peratus Melayu dan 22 peratus India.
Kawasan berhampiran, iaitu Dun Labu terdapat 66% melayu, 13% cina dan 18% melayu dan lain-lain 3%.

Jika pemastautin kategori pengundi baru didaftarkan di Dun Nilai dan dilakukan usaha penerangan supaya pemastautin yang sudah berdaftar di luar memindahkan kawasan mengundi di Nilai, sudah pasti pengundi melayu akan menjadi majoriti di Dun Nilai.

Saya agak kecewa kerana jawaban yang diberikan oleh Mohamad Hasan bukanlah jawaban yang sepatutnya keluar dari mulut seorang pemimpin yang kononnya begitu "passionate" untuk membentuk kerajaan melayu di Negeri Sembilan jika pengundi cina tidak mahu mengundi BN.

Malah, parlimen Telok Kemang sendiri sepatutnya boleh dimenangi oleh BN, jika Ketua Perhubungan N.Sembilan ini sama-sama memperjuangkan parlimen ini agar ditandingi oleh wakil UMNO, kerana jika berdasarkan senario semasa seperti faktor pengaruh Tan Sri Isa Samad dan faktor dominasi pengundi melayu di Telok Kemang, parlimen ini pasti boleh menjadi milik BN.

Tetapi Mohamad Hasan sendiri mahu supaya dikekalkan status quo. Saya tidak pasti samada keputusan yang dibuat oleh Tok Mat ini "demi semangat BN" atau "demi semangat untuk memicitkan TS isa Samad" hingga beliau terpaksa bertanding di Jempol.

Berbalik kepada jawaban Tok Mat kepada soalan saya. Jawaban beliau hanyalah satu jawaban "escapisme" atau "muek namo nak nyawab" saja. Defensive dan saya sangat pasti beliau tidak terfikir pun strategi untuk mencapai agenda melayu/bumiputera seperti yang saya maksudkan.

Undi melayu di Nilai diluted by undi cina di Mantin la. Kita tak boleh paksa pengundi pindah kawasan mengundi la... Mesti sukarela la... Perlu 2/3 la. 

Saya "tak botah" mendengar jawaban yang keluar dari mulut para pemimpin UMNO yang "kosong" pemikiran agenda melayu seperti ini. Asyik "beretorik" tapi "kosong pendekatan serta inisiatif" untuk melakukan sesuatu sebagai pemimpin yang "gah buta-tuli" mahu menubuhkan kerajaan melayu N.Sembilan tanpa melihat realiti komposisi etnik.

Selaku penasihat RM1 kepada kerajaan Barisan Nasional pimpinan UMNO dan DS Najib, saya mencadangkan jika tidak dapat diusahakan pertambahan kawasan baru yang memerlukan sokongan 2/3, para penasihat "perang dari dalam bilik" UMNO buatlah perancangan sekurang-kurangnya;

1. Memastikan rombakan persempadanan yang tidak melibatkan pertambahan kawasan memberi kelebihan kepada agenda pengukuhan kuasa politik melayu/bumiputera.

2. Buatlah gerakerja, tak kira la secara sulit atau secara terang-terangan. Buat beberapa sasaran untuk beberapa kawasan bagi memastikan;

    2.1. Pemimpin UMNO jangan tidor dan jangan syok sendiri.
    2.2. Rancang dan cari kaedah untuk daftarkan melayu/bumiputera
         yang layak mengundi. Fikir la luar kotak sikit!
    2.3. Rancang dan cari kaedah "pindah kawasan mengundi" ke
         kawasan mereka bermastautin.
    2.4. Jangan serahkan nasib melayu bulat-bulat kepada SPR untuk
          buat semua benda ni. Nanti SPR yang separuh mati dituduh jadi
          barua UMNO. Pemimpin UMNO tahu nak berkuasa saja.

Tak terikirkah oleh para pemimpin UMNO untuk membuat pemutihan kawasan yang kelabu peratusan pengundi melayu? Tak terfikirkah oleh pemimpin UMNO untuk "mengkelabu-putihkan" kawasan yang kelabu hitam pengundi melayu?

Dari 120 kawasan majoriti peratusan melayu/bumiputera, terdapat sekurang-kurangnya 50 kawasan kelabu putih pengundi melayu. Kawasan kelabu hitam melayu, iaitu di mana komposisi melayu, cina dan india yang hampir seimbang dan tiada mana-mana kaum yang melepasi paras 50%, sekurang-kurangnya terdapat di 30 kawasan lagi.

Tidak bolehkah mesyuarat MKT bincang dan rancang agenda untuk memutihkan kawasan kelabu putih dan sekurang-kurangnya memgkelabu putihkan kawasan yang kelabu hitam melayu?

Pemimpin UMNO kena keluarlah dari "sindrom salah diagnosis punca masalah". Pemimpin UMNO semakin rosak pemikiran kerana asyik tersalah makan ubat. Lain penyakit lain ubat yang dimakan. Bila selalu sangat makan salah ubat, otak boleh jadi biol.

Bila sudah biol, barangkali itulah yang menyebabkan keluar cadangan macam-macam. UMNO boleh bersatu dan kuat kalau jawatan tertinggi tak dipertandingkan. UMNO boleh pulih kalau hanya jawatan yang bawah daripada itu dipertandingkan. UMNO makin kuat. Yang lemah MCA. Dan lain-lain lagi.....   

No comments:

Post a Comment