Saturday, June 29, 2013

KNKB TAWAR JADI PENASIHAT PM DENGAN BAYARAN RM1/BLN!!

PM sudah kerap kali mengakui BN kalah dalam "perang persepsi" dengan pembangkang. Antara alasan yang diberikan, cybertrooper BN gagal menagkis serangan cybertrooper lawan. Lambat dan gagal menjawab isu yang yang dibawa oleh pihak lawan dengan tepat dan betul walaupun isu tersebut berbentuk fitnah. Pelbagai lagi kelemahan lain yang harus di atasi, katanya.

Tapi adakah kelemahan ini yang menjadi punca sebenar hingga kita kalah dalam peperangan persepsi?

Apa hebatnya machinery perang pihak lawan hingga sesuatu perkara yang benar di pihak BN, boleh dilihat salah, yang salah di pihak lawan dilihat betul dan fitnah yang dilemparkan pihak lawan dianggap benar, malah jawaban balas yang diberikan oleh BN dianggap suatu penipuan dan tidak boleh dipercayai?

Kenapa sampai jadi begini?

Siapa yang paling bertanggungjawab terhadap kegagalan menangani persepsi ini? Sudah pasti bukan cybertrooper. Dan lebih pasti, PM adalah paling bersalah. No 2, TPM dan seterusnya para pemimpin BN yang lain.

1. PM dan kerajaan gagal meyakinkan rakyat bahawa setiap dasar yang dijalankan adalah yang terbaik untuk rakyat dan negara. Kerajaan gagal meyakinkan bahawa tiada dasar yang lebih baik selain dari apa yang telah digariskan oleh kerajaan hari ini, apatah lagi jika dibandingkan dengan dasar pembangkang. 

2. PM dan kerajaannya gagal meyakinkan rakyat walaupun sesuatu isu yang disebarkan oleh pembangkang itu terang-terangan jelas merupakan suatu fitnah dan rekacipta.

3. PM dan kerajaannya gagal meyakinkan rakyat supaya lebih mempercayai hujah yang diberikan oleh pihak BN daripada hujah pihak lawan.

4. Gagal bertindak pantas dan tegas jika timbul sesuatu isu seperti penyelewengan yang benar-benar menimbulkan keraguan. Contohnya, isu NFC. Kerajaan gagal membersihkan dirinya dengan cara "menunjukkan ketegasan dan dilihat tidak berkompromi" dengan sebarang isu yang akhirnya akan mewujudkan persepsi kerajaan seolah-olah mahu menyembunyikan sesuatu dari rakyat.

PM dan kerajaan sering bertindak secara "stereotype" dalam menghadapi peperangan persepsi. Pihak lawan tuduh, kerajaan jawab. Pihak lawan tuduh ya, pihak kerajaan balas tak. Pihak lawan fitnah, pihak kerajaan nafi sampai bersumpah-sumpah.

Pihak lawan buat "gerakan cara demonstrasi" tentang sesuatu isu, pihak kerajaan serah kepada kebijaksanaan Polis untuk menanganinya. Tapi pada masa yang sama segala akta dan undang-undang yang selama ini menjadi senjata PDRM untuk menangani pendemo dan penghasut habis dicabut-cabut. Nasib baik polis tidak sampai disuruh "memakai chota" menggantikan senjata api.

Dalam bab ini tiada siapa kalangan pemimpin UMNO yang boleh menyaingi kehebatan Tun M dalam memerangi persepsi negatif yang diwujudkan oleh pihak lawan.

1. Tun M jawab tuduhan sekali sekala tapi pukulan secara "knockout".

2. Tun M tidak terlepas dari menghadapi persepsi buruk, malah sesetengah isu yang timbul lebih meruncing seperti isu pengharaman UMNO oleh mahkamah, krisis raja-raja dan perlembagaan. Tapi perlu diingat, Tun M bangkit dengan kemenangan cemerlang pada PRU1990 bukan disebabkan dia telah berjaya menjawab semua isu dan tuduhan yang dibangkitkan oleh lawannya dari Semangat 46.

Sebaliknya, Tun M hanya menenggelamkan semua isu dan pelbagai tuduhan, kecaman dan fitnah yang dilemparkan terhadap beliau dengan faktor dan isu lain yang tidak pun kena-mengena dengan segala tuduhan dan kritikan yang dilemparkan terhadapnya. 

Tun M berjaya mendapat keyakinan dan kepercayaan rakyat dengan mencari isu dan kaedah yang berjaya menanamkan "perasaan bangga" sebagai seorang rakyat Malaysia apabila majoriti rakyat merasakan negara ini telah dipimpin oleh seorang pemimpin yang disegani oleh dunia. Apabila perasaan ini wujud, maka lain-lain persepsi negatif juga turut berubah menjadi positif.

Tun M telah berjaya membentuk persepsi meyakinkan pada pemikiran majoriti rakyat Malaysia tidak kira samada mereka itu kawan mahupun lawan politik bahawa PM Malaysia diakui telah dianggap antara pemimpin ulung dunia ke 3 dengan keberanian dan ketegasan memperjuangkan isu-isu negara-negara dunia ke 3 yang sering menjadi mangsa manipulasi kepada kuasa besar.

Tun M dengan yakin dan tanpa rasa takut telah melontarkan pelbagai kritikan terhadap kuasa-kuasa besar dunia. Singapura dan Australia juga turut menjadi sasaran Tun M. 

Platform persidangan CHOGM di Kuala Lumpur pada tahun 1989 telah menjadi titik tolak kepada kejayaan menaikkan imej Malaysia di mata dunia dan secara tidak langsung turut berjaya melonjakkan nama Tun M dipersada dunia.

Dalam kesibukan Tun M mempromosi imej Malaysia dan dirinya di peringkat antarabangsa, kerja-kerja dan masalah yang dihadapi oleh UMNO dan kerajaan banyak diserahkan kepada Timbalannya Allahyarham Tun Ghafar. Tun M hanya membuat kenyataan bila perlu, tapi bila beliau bercakap, beliau mampu menamatkan sesuatu isu atau polimik yang menjadi mainan pembangkang.

Ini kaedah Tun M dalam mengendalikan persepsi rakyat terbanyak. Dia tak pakai kaedah macam PM dan pemimpin UMNO sekarang. Tun M tidak pernah ikut atau terikut-ikut dengan rentak dan permainan politik pembangkang. Sebaliknya pembangkang yang menjadi seperti "lebai malang" mengikut rentak politik Tun M.

Akhirnya, musuh dan seteru politik Tun M pun terpaksa akur dengan kebijaksanaan Tun M dalam menguruskan persepsi rakyat. 

Isu rasuah, kroni, nepotisma, penyelewengan dana Petronas, isu kehakiman, isu raja-raja dan segala macam isu bukan tidak wujud pada zaman Tun M, malah lebih panas lagi jika dibandingkan dengan isu bodoh-bodoh yang dibawa oleh Anwar dan pembangkang hari ini. 

Tetapi kenapa rakyat ketika itu tidak termakan semua isu mainan pembangkang? Kenapa persepi rakyat tetap kukuh dan menyebelahi kepimpinannya dan kerajaan BN. Kenapa hari ini bila pembangkang main surat akuan bersumpah palsu dan cincin permata yang nilainya kerap kali diubah ikut suka pembangkang pun, kerajaan gagal menangani persepsi negatif yang timbul? 

Ketika pentadbiran Tun M, segala isu dan tuduhan yang dibawa walaupun banyak yang benar dan mempunyai asas kukuh seperti isu raja-raja dan kehakiman, pembangkang gagal memenangi persepsi rakyat. Tidak laku. Rakyat tidak percaya, kerana rakyat lebih percayakan kepimpinan Tun M. Rakyat negara ini bangga berPerdana Menterikan Tun M.

Jika PM Najib mampu mencari jalan untuk rakyat merasa yakin, bangga dan besar hati berPerdana Menterikan beliau, segala isu yang dibawa oleh Anwar hanya akan jadi ibarat mencurah air ke daun keladi saja. Atau pun Anwar akan jadi seperti anjing kurap yang menyalak burung hantu.

8 comments:

  1. well written,semua fakta betul kalau tak ada perubahan semua melayu akan undi PR

    ReplyDelete
  2. Salam...mmg persepsi hari ini senaja dibiar membusuk sbb kelemahan senfdiri..mohon share..

    mohon juga pautkan http://daengselili.blogspot.com/

    saya dah pautkan KNKB disana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika dilihat dari komen orang biasa, kaum cina dari pembangkang akan memainkan isu perkauman memburuk kan orang melayu dan membenci UMNO. Tapi golongan orang melayu professional dan di bandar (mereka ini yang termakan dakyah dan pembohongan pembangkang) mereka amat sakit hati terhadap UMNO kerana rasuah. Isu ini tak dapat diterima oleh melayu professional dan di bandar. Suka tak suka, rasuah memang ada di dalam pentadbiran kerajaan. Dan isu rasuah menjadi isu utama yang selalu dimainkan sehingga menaikkan kemarahan mereka. Maklumat disebar oleh pakatan, betul atau tidak bukan persoalan. Ada kes rasuah digembar-gembur oleh pembangkan....maklumat dari kebocoran orang dalam ia itu penyokong pembangkang, contoh NFC. Contoh lain, Bukhari. Oleh kerana ini melibatkan orang melayu, jadi pembangkang cina pun melaung dan sebar untuk rakyat membenci kerajaan dan UMNO. Tapi, bila sesuatu contract mega yang diberi kerajaan kepada golongan cina, tidak pulak dibising dan dilaung-laung oleh pembangkan, terutama pembangkang cina....contoh kontrak projek 1#BestariNet bernilai RM4.0 billion kepada YTL Commnunications. Kenapa senyap jer??? KESIMPULAN, KERAJAAN MESTI HAPUSKAN RASUAH & PENYELEWENGAN OLEH PEGAWAI KERAJAAN DAN PEMIMPIN UMNO!!!! Buktikan kepada rakyat bahawa RASUAH akan di hapuskan. Biar telus. Baru lah rakyat akan hormat kepada kerajaan. DAN lawan balik semua tuduhan-tuduhan keatas kerajaan dan UMNO melalui media alternative dan juga tindakan undang-undang.

      Delete
  3. kalau pemimpin ingin popular dan glamor seperti selebriti. nanti seperti mawi....naik mendadak,turun pun menjunam!

    ReplyDelete
  4. Sebab paling utama mengapa BN hanya menang 133 kerusi dan jauh dari sasaran 145 kerusi yg Najib sebutkan sendiri ialah kerana faktor diri Najib sendiri. Najib lah punca utama kekalahan BN (walaupun terus memerintah pusat). Najib mesti akui itu dahulu sebelum bercakap tentang khayalan dan syok sendiri beliau sahaja. Kalau Najib lah yg membawa UMNO dan BN ke PRU14 dengan karekter diri dia seperti ini, Najib akan membinasakan bangsa Melayu!!!

    ReplyDelete
  5. Salam Sdr KNKB,

    Bukankah saya telah bilang berkali-kali bahawa Najib MESTI TRANSFORMASI DIRINYA SENDIRI DULU!

    MT UMNO mesti transformasi batang tubuh UMNO diPAU kali ini.

    TOLAK pembesar yg TERLEBIH BESAR KEPALA dari kemampuan akal berfikir seperti Nazri Aziz, KJ, malah Najib sendiri.

    Najib hanya kelihatan hebat pada segala macam akronim yg molek-molek sahaja tapi JIWA MELAYU KOSONG!

    Kita MESTI TOLAK pembesar yg MENGGAMPANGKAN Perlembagaan Negara. Najib bertanggungjawab atas segala sikap biadap Evangelista DAP Bintang 3 yg terus-terusan memandang rendah keupayaan dan hak Melayu Islam!

    NGO Melayu yg berjatidiri mesti menyusup menguasai PAU kali ini. Rata-rata pembesar UMNO telah hilang idealisma perjuangan bangsa dan agama. Mereka MABUK dengan kuasa yg tak sekuat mana lagi pun itu!

    ReplyDelete
  6. Salam hormat,

    Izinkan saya berkongsi pandangan berkaitan isu tersebut:

    1. Kupasan yg sangat tepat lagi menarik! Hujah sebegini hampir sama sekali tidak terfikir malah tak upaya dijana oleh blogger sosio-politik lainnya seperti Kadir Jasin, ZAM dam KudaKepang sendiri.

    2. Ternyata saudara berjaya melihat yg tersirat di luar batas pemikiran biasa oleh kebanyakan pemerhati politik malah orang-orang politik sendiri!

    3. Jelas Najib tak punya idealisma dan jatidiri teguh lagi utuh sebagai pemimpin 'GLOKAL' yg diheboh-hebohkan beliau sendiri sedikit masa lalu. Sedangkan kemahiran asas memahami isu dan manipulasi permainan persepsi pun tak bisa ditangani dengan baik - bagaimana mungkin beliau mampu menjulang slogan 1Malaysia yg diGEGAKGEMPITAKAN oleh beliau sendiri? Tidakkah kini beliau telah hilang keberanian (atau sudah tahu malu) untuk melolongkan '1Malaysia' dan mengangkat 'jari telunjuk' itu?

    4. Sebagai pemimpin no 1 negara beliau kelihatan tak lebih bagai 'mat despatch' sahaja. Manakan tidak! Sikap dan tindakan Najib yg begitu responsif terhadap apa jua kejadah tuntutan dan desakan yg bukan-bukan oleh pembangkang, Dong Zhong, Bersih, dan Hindraf ternyata memperlihatkan KELEMAHAN DAYA FIKIR seorang negarawan. KPI Najib dalam menangani setiap perkara titik bengik yg dimainkan oleh puak chauvinist DAP khususnya seperti menghapuskan ISA hanya layak diberi markah 0!

    5. Kaedah membuat keputusan yg cukup lembab dan lemah dalam hal-hal melibatkan integriti seperti isu NFC adalah bukti kepimpinan beliau yg amat lemah! Cuba kita bandingkan bagaimana Tun M menangani isu salahlaku Rahim Tamby Chik dulu. Bukankah Tun M begitu tegas dan focus dalam arahannya. Rahim Tamby Chik terus meletak jawatan Ketua Menteri Melaka dan terus lenyap dalam arus politik perdana!

    6. Najib sebenarnya tak punya keberanian seperti ayahandanya. Jangan lupa bagaimana Najib asyik MAIN SELAMAT tatkala khalayak bloggers MYKMU dan penyokong UMNO serta gabungan NGO Melayu/Islam sendiri menekan/mendesak Pak Lah berundur. Ironinya Najib waktu itu DIAM MENIKUS!

    7. Apalah sangat diharapkan pada insan bernama Mohd Najib Abdul Razak ini yg padanya mendengar denyut nadi rakyat itu hanyalah apabila kesemua tuntutan Cinabeng DAP dan Dong Zhong dipenuhi. Bagi Najib nadi Melayu/Bumiputera ini tidak berdenyut, jantung mereka tak berbunyi!

    ReplyDelete
  7. Sambungan...

    8. KPI Najib dalam upaya mendengar denyut nadi Melayu/Bumiputera hampir 0! Jika Najib lulus dalam KPI memahami rintihan/keluhan dan tangisan Melayu/Bumiputera yg telah mengangkat beliau kembali ke persada kuasa sudah pasti:

    i) beliau MENYINGKIRKAN penasihat di seputar beliau seperti Omar Ong dan Alies Anor Abdul sebaik Tsunami Cina membaham '1Malaysia' dan 'jari telunjuk' Najib sendiri.

    ii) beliau tidak mengangkat Nazri Aziz (yg ditipu hidup-hidup oleh Theresa Kok dalam isu wanita ketuk ketampi sedikit masa lalu), KJ (yg telah didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin UMNO sendiri kerana melakukan rasuah politik semasa pemilihan UMNO sebelum PRU12 lalu) sebagai Menteri.

    iii) mengangkat martabat Sekolah Kebangsaan yg sangat daif. Ironinya Najib, Muhyiddin dan birokrat MOE seperti Ghapar Mahmud, Haji Nordin Mahmud dan lain-lain KPP yg mediocre itu TIDAK MEMAHAMI maksud 'National School'. Apa punya hawau mereka ini harap muncung saja berasap tapi OTAK KOSONG JIWA LOMPONG! Mereka tak punya rasa malu setelah 56 tahun merdeka murid-murid Sekolah Kebangsaan masih berjemur di tengah panas setiap kali perhimpunan dan acara besar sekolah dipenuhi ucapan berjela.

    iv) beliau mengangkat martabat pengusaha/usahawan Melayu/Bumiputera dalam penguasaan sektor korporat, bidang peruncitan dan borong. Tak malukah setelah 56 tahun merdeka seluruh hartanah dan pusat komersil di Bandar/bandaraya dimonopoli Cina Evangelista DAP Bintang 3? Tak malukah setelah 56 tahun merdeka mekanik Melayu/Bumiputera masih terpaksa bergantung kepada pemilik pemborong hardware Cina Evangelista DAP Bintang 3? Tak malukah setelah 56 tahun merdeka, usahawan optic Melayu/Bumiputera masih terpaksa dipermainkan oleh pembekal Cina Evangelista DAP Bintang 3? Tak malukah setelah 56 tahun merdeka, kontraktor Melayu/Bumiputera diperlekehkan/dipermainkan harga oleh Lee Lan Chow dan Chow Chee Bye pemborong Cina Evangelista DAP Bintang 3?

    v) menjelmakan kembali MECD yg telah DIBUNGKUSKAN oleh Najib sendiri hasil daripada nasihat punahranah Omar Ong itu? Apa punya 'low class' minda Najib ini permainan mantiq mudah sebegini tak upaya dibaca? Puak Cina Evangelista DAP Bintang 3 ini hanya mahu memastikan yg Melayu/Bumiputera terus merempat di tanahair sendiri. Hanya menjadi kuli di gedung/kilang milik mereka.

    9. Justeru atas 'outcome' yg ditunjukkan oleh KPI Najib itu maka di sini jawatan tertinggi parti mesti DIPERTANDINGKAN. Berani kerana Benar. Takut kerana Salah. Kalau takut bermain ombak jangan berumah di tepi pantai. Kalau memang Najib telah KEMATU MINDA memikirkan nasib Melayu/Bumiputera maka BERUNDURLAH dengan terhormat atau terima sahaja nasib seperti Pak Lah dulu.

    10. Apa PEKDAHNYA (faedahnya) berPresidenkan Najib Razak andai nasib Melayu/Bumiputera bagai melukut di tepi gantang. Mengemis di bumi sendiri sedang MALAUN bebas mengaut untung mengira laba siang dan malam. Barangkali Najib boleh menipu diri sendiri dengan mengatakan UMNO semakin kuat atas kemenangan 9 kerusi tambahan (sekadar memberi alasan klise penyedap hati) TETAPI percayalah Melayu/Bumiputera tidak selamanya rela membiarkan opportunist seperti Najib/Nazir/Azran/Nazri Aziz/KJ mendominasi dan mencorakkan nasib bangsa sesuka semahu hati. Kami Melayu/Bumiputera akan GANYANG kalian termasuk Cina Evangelista DAP Bintang 3. Nantikanlah PENANGAN protes senyap yg bergerak meluas kini sehinggakan sakitnya tak terkata, bisanya tak tertanggung, ranapnya tak terasa, penderitaannya tak terbayang dik mata. TSUNAMI CINA? Apalah sangat...

    ReplyDelete