Friday, June 28, 2013
MELAYU BUTA DIBERI PISTOL, MELAYU CELIK DIBERI TONGKAT!!
Kempen "Buy Malay first, Chinese Last" masih berjalan. Selama mana sentimen ini mampu menjadi pemangkin untuk memberi pengajaran kepada kaum cina belum dapat dipastikan.
Keberkesanan kempen ini juga belum dapat dipastikan sejauh mana pengajaran dapat diberi. Sejauh mana kempen ini boleh menaikkan ekonomi orang melayu juga tidak pasti kerana kempen begini tidak memberi apa-apa statistik atau indicator.
Kempen ini hanya sebahagian dari marketing tools dalam market distribution yang kita namakan advertising & promotion.
Orang melayu hanya ada kelebihan sedikit dalam "kuasa beli" kerana majoriti rakyat negara ini terdiri dari orang melayu. Ini saja kelebihan yang kita ada, iaitu sebagai pengguna.
Dati segi sejarah, belum pernah terbukti kuasa beli melayu mampu menutup kedai cina. Kuasa beli melayu tidak pernah terbukti bersatu. Jika diukur dalam bentuk perpecahan, maka perpecahan kuasa beli melayu lebih terok dari perpecahan melayu dalam politik. Cuma ia tidak pernah diperbincangkan sebagaimana kita berbincang soal politik. Maka sebab itu kita tidak ambil pusing.
Lihatlah di kampong kita sendiri. Saya beri contoh dalam persekitaran saya di Kuala Pilah.
Bandar DiRaja Sri Menanti hampir 100% dihuni oleh orang melayu. Begitu juga dengan pekan Tg Ipoh, pekan Senaling dan pekan Batu Kikir.
Dari segi logiknya jika kuasa beli melayu bersatu, tidak mungkin akan wujud rangkaian kedai perniagaan cina di kawasan sebegini. Tapi untuk makluman semua, kedai-kedai runcit, kedai tayar basikal dan motosikal dan lain-lain kedai perniagaan cina masih tegak berdiri sejak sebelum merdeka hinggalah hari ini. Malah kedai jual batu nisan tulisan jawi pun masih dimonopoli oleh kaum cina.
Mungkin ada sedikit kesan dari kempen yang dijalankan tetapi kempen ini tidak cukup impact factor. Ia umpama guru yang menghukum rotan murid dipunggung yang dilindungi oleh dompet wang dipoket belakang. Ia tidak menyakitkan.
Kaum cina punya kekuatan modal dari segi kewangan, sumber pembuatan produk dan lain-lain rantaian nilai yang akan terbina dan membentuk menjadi cartel dengan sendiri.
Mereka boleh bersaing dengan kedai melayu walaupun di kawasan yang didominasi 100% oleh orang melayu. Kuasa beli melayu akan tewas dan berpecah-belah disebabkan harga barangan yang ditawarkan oleh rangkaian kedai cina.
Sebagaimana kedai cina terus hidup di kawasan melayu akibat dari perpecahan kuasa beli melayu, begitulah dengan kuasa politik cina jika politik melayu terus berpecah.
Asas dan pokok utamanya tetap faktor kesatuan.
Asas kedua adalah faktor polisi kerajaan. Ketidak tegasan kerajaan dalam mempertahankan dasar-dasar yang mendokong apa yang telah dimaktubkan di dalam perlembagaan, juga turut menjadi faktor penting akan menyumbang terhadap perpecahan kuasa politik melayu.
Ramai melayu hilang kepercayaan terhadap UMNO apabila parti harapan bangsa melayu ini tidak lagi dilihat komited terhadap dasar-dasar mempertahankan hak melayu. Jadi, UMNO tidak boleh mempersalahkan semata-mata kepada politik PAS dan parti melayu lain apabila orang melayu berpecah.
Rantaian nilai bangsa melayu yang telah dibina melalui DEB semua sudah lenyap ditelan "arus kelalaian" pemimpin melayu UMNO.
Ramai melayu sudah tidak tahu apa itu PERNAS atau PERNAS EDAR yang sudah hampir menjadi cartel pemborongan, pengedaran dan peruncitan melayu.
Ramai melayu sudah tidak tahu apa apa peranan sebenar yang sepatutnya dimainkan oleh UDA, iaitu memperbanyakkan premis dan kompleks perniagaan melayu. Ramai melayu tidak tahu Sg Wang Plaza itu milik UDA tetapi "sadoallah" lot kedai dimonopoli oleh cina.
Ramai melayu sudah tidak tahu apa itu vendor petronas yang sepatutnya berfungsi untuk melahirkan ramai usahawan melayu dalam industri hiliran oil & gas.
Kompleks dan kedai MARA di seluruh negara pula hidup segan mati tak mahu. Ia menjadi pilihan terakhir para pengguna untuk shopping.
Skim payung di bawah Guthrie yang membangunkan pereka dan pengilang perabut melayu juga sudah hilang.
Skim kontrek pusat untuk membangunkan usahawan melayu dalam bidang-bidang pengeluaran, pembuatan dan pengilangan produk tertentu sudah hanyut.
Apa lagi yag ada? Semua entiti yang menjadi core rantaian nilai yang sepatutnya menjadi impetus kepada pembangunan ekonomi melayu sudah lunyai begitu saja melalui pelbagai alternatif cara perlaksanaan baru yang kononnya lebih berkesan. Kononnya entiti ciptaan DEB ini sudah tidak relevan dan perlu pendekatan yang lebih holistik. Holistik pundek.
Semua ini terjadi disebabkan pemimpin melayu yang berkuasa atau yang diberi kuasa sudah tidak tahu bagaimana mahu menggunakan kuasa menurut kehendak perlembagaan dan maksud serta kehendak dasar-dasar kerajaan yang telah digubal.
Kerajaan banyak beri pistol pada melayu yang buta. Dan beri tongkat pada melayu celik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
pedas...tapi Apa kah pemimpin melayu yg ada sekarang mempunyai tahap pemikiran yang mampu untuk melihat jauh kehadapan?
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteMasih lagi memikirkan kenapa gambar Azeez Putera diletakkan pada artikel yang begitu baik tulisannya.
Kita kena mulakan boikot ini dari sekarang dan jangan berhenti jika kita sayangkan Islam. Berjihatlah. Jika kita tidak mampu berniaga pun, berjihatlah dengan tidak membeli barangan/service cina. Ingat, jika kita mahu kuasa melayu dan Islam berterusan di bumi ini, kita kena melakukannya. There are no other choice.
ReplyDeleteAdeh sedihnya mengenangkan apa akn jadi kpd nasib bangsa melayu nanti. Pemimpin terdahulu bersungguh sungguh usaha memartabat bangsa tetapi pemimpin sekarang dengan mudah melunyaikannya apabila di amanah kuasa.
ReplyDelete