Tuesday, June 4, 2013

PENASIHAT CADANG SPR DILETAK BAWAH PARLIMEN!!

BN salah "address" isu yang ditimbulkan pembangkang. BN juga menggunakan formula yang salah dalam berhadapan "secara politik" dengan pembangkang.

BN terlalu mengikut rentak politik pembangkang. BN seperti merasakan diri mereka berada di pihak yang bersalah apabila kerap kali bertindakbalas dan mengurus kerajaan secara reaktif, iaitu melakukan pendekatan yang bertitik-tolak dari tekanan dan kritikan serta pelbagai isu yang timbul dari pihak pembangkang.

Pembangkang semakin "ketagih" apabila setiap isu, kritikan dan tekanan yang mereka lakukan mendapat reaksi istimewa dari pihak kerajaan.

Cara BN mengendalikan karenah pembangkang hanya menyebabkan mereka menjadi semakin naik lemak dan semakin bertambah agresif. Cara BN memakan setiap umpan yang disangkut pada mata kail pembangkang, sangat menyeronokkan mereka hingga pembangkang tidak ada kerja lain selain dari terus memancing dan terus memancing. Ramai pemimpin UMNO sudah rabit-rabit mulut disebabkan terlalu banyak memakan umpan pembangkang.

Kelemahan BN sungguh jelas. Kerap kali setiap isu yang dibawa oleh pembangkang walaupun tidak sebesar mana, akhirnya akan berlarut-larutan dan melarat-larat tanpa kesudahan, disebabkan kegagalan BN menukar rentak permainan.

Kadang-kadang jiwa ahli dan penyokong senyap kerajaan di peringkat akar umbi memberontak kerana tidak "betah" melihat pucuk pimpinan seperti "takut-takut" serta "peholik", malah dalam keadaan tertentu kelihatah seperti orang bersalah. Tindakan mahupun jawaban yang diberikan pihak kerajaan tidak benar-benar berupaya meyakinkan rakyat bahawa BN  sebenarnya berada di pihak yang benar dan telah bertindak betul, serta apa yang dituduh oleh pembangkang sebenarnya adalah salah dan tidak sepatutnya.

Terbaru lihatlah cara kerajaan BN mengendalikan isu pembangkang yang tidak mahu mengiktiraf keputusan PRU13. Penyelesaian yang diunjurkan oleh BN ialah dengan meletakkan SPR yag sebelumnya berada di bawah Yang Dipertuan Agong akhirnya diletakkan di bawah parlimen.

Tidakkah ini hanya akan menyebabkan wujudnya persepsi rakyat bahawa "mungkin benar apa yang dituduh oleh pembangkang selama ini, jika tidak masakan BN membuat keputusan untuk meletakkan SPR di bawah parlimen". Bermakna, pandangan umum akan terbentuk bahawa memang ada "masalah besar" dengan SPR ini. Inilah yang dimaksudkan BN hanya bertindak secara reaktif.

Sebenarnya cara "peholik" BN inilah yang telah menyebabkan rakyat dan majoriti senyap, "nak kata meyokong BN tidak, nak kata menyokong pembangkang pun tidak". Jika menyokong BN pun mereka menyokong tanpa suara, dan hanya bertindak menjadi pengundi setia BN. Tenaga, buah fikiran dan komitmen mereka tidak dapat digunakan untuk menyumbang kekuatan terhadap  BN.

Tapi cakap dan beri nasihat percuma kepada pucuk pimpinan bukan ada guna pun. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. 

Tak bolehkah BN memikirkan bagaimana untuk merampas semula war cry "Suara Rakyat Suara Keramat" yang dimainkan dan digunakan oleh pembangkang hari ini, sedangkan itulah war cry yang selama ini telah menyebabkan majoriti rakyat tiada fikiran lain, kecuali hanya memikir UMNO/BNlah satu-satunya parti dalam negara ini yang boleh mereka dipercayai.

Kemenangan dari segi persepsi inilah yang telah mereka terjemahkan dl dalam peti-peti undi yang telah menyebabkan BN sentiasa menang 2/3.  






2 comments:

  1. BODOH sangat ker Najib nih. dia tak tau kerja ker? SPR yang telah mendapat pujian dan setiap kalangan pulak nak diusik. sebelum nih BN sebagai parti tunggal sedang UMNO dah bertambah KUAT. apa dah jadi dengan Najib nih. kalau pun ada penasihat tapi takkanlah pula Najib nih langsung tak dapat berpikir. adakah mungkin text ucapanya pun disediakan orang lain dan dia hanya menghafal tanpa memahami kandunganya. dia sendiri cakap UMNO kuat dan SPR terbaik, dan apa masaalahnya pulak. aku yakin Najib yang sebenarnya bermasaalah dan penasihat adalah menyebabkan berlakunya masaalah. kemudian yang terakhir dia cakap baru nak belajar memerangi persepsi. apa nih????????? aku kecewa dan terasa amat malu. katakanlah CUKUP pada Najib. selamatkanlah UMNO dari tersungkur di PRU akan datang. Najib berilah lalua kepada orang lain agar sejarah hidup anda tidak tercalar.

    ReplyDelete
  2. Sangat setuju dengan admin... saya tercari-2 blog yang dapat mengesan kebodohan BN ini. Telah banyak isu yang menyaksikan BN telah bertindak mengikut rentak pembangkang seperti isu AES, Dakwat Kekal, Biometrik, ISA serta banyak lagi. Sebenarnya dalam umno kini tiada seorangpun menterinya yang boleh diharap.... lebih-2 lagi PM sendiri.
    Semalam RTM1 membuat wawancara khas/istimewa tentang 'salah laku SPR'... ini sebenarnya secara tidak langsung mempromosi idea Anwar yang menuduh SPR berada dipihak BN. Kenapa diperdulikan dgn isu ini? kenapa tiada menteri yang berani berkata bahawa SPR betul dan telus, pembangkang berniat jahat kerana menuduh yang bukan2 kpd SPR?.

    ReplyDelete