Tuesday, June 4, 2013

PM WAJIB SIASAT PENDEDAHAN THE UNSPINNERS!!

PM menyatakan UMNO tidak gagal, malah semakin baik apabila berjaya menambah 9 kerusi dari PRU12 kepada 89. 

Ku Nan pula sebelum ini menyanggah suara pengkritik yang mengaitkan kegagalan war room BN antara punca yang telah menyebabkan kegagalan BN memperbaiki prestasi. Malah dengan "perasaan penuh rendah diri dan insaf", Ku Nan telah menafikan semua tuduhan tersebut dengan berhujah BN telah memperbaiki kedudukan di Kedah dan di Perak. 

Nyiru-nyiru telah dihantar berkontena-kontena ke seluruh negeri-negeri selain dari Kedah dan Perak bagi menutup segala bangkai gajah BN yang bergelimpangan. 

Ku Nan ingat semua kelemahan ini boleh ditutup dengan nyiru dan ahli akar umbi akan menerima bulat-bulat segala hujah yang dikemukakannya.

PM mempertahankan prestasi BN dengan menggunakan pencapaian UMNO yang lebih baik, manakala Ku Nan mempertahankan prestasi BN dengan menggunakan pencapaian di Kedah dan Perak.

Akhirnya, tiada siapa yang boleh dipersalahkan dan tiada apa yang perlu disalahkan. Kata Ku Nan, BN berjaya memenangi semula mandat rakyat dan masih kekal memerintah negara. 

Adakah ini yang cuba digambarkan oleh pucuk pimpinan? Jika ini yang cuba digambarkan, maka BN tidak perlu melakukan apa-apa dan apa perlunya MT UMNO menubuhkan jawatankuasa khas untuk mengkaji segala punca dan kelemahan yang telah menyebabkan BN semakin menirus sokongan.

Jika semua kritikan dan pandangan pelbagai pihak dinafikan dan ditolak mentah-mentah, bermakna pasti ada faktor lain selain dari kelemahan "war room". Jika war room telah bekerja dengan baik dan tiada salah apa-apa, bermakna Ku Nan tidak langsung bersalah kerana dia yang bertanggungjawab secara langsung dengan war room.

Jika Ku Nan cuci tangan, bermakna mereka yang lebih tinggi kedudukannya dari Ku Nan la yang bersalah. Apakah Ku Nan mahu supaya Presiden dan Timbalan Presiden mengambil tanggungjawab sepenuhnya?

Kepada seluruh MKT adalah diperingatkan, jangan sesekali cuba menjadi "Bapa Denial syndrome" kepada "Anak Denial Syndrome" yang lahir selepas PRU12 dahulu.

Jika anda tidak mahu menerima hakikat bahawa prestasi BN PRU13 lebih buruk dari dari PRU12, adakah anda cuba meyakinkan rakyat bahawa angka 133 itu lebih besar dari angka 140? Adakah anda duba meyakinkan rakyat, undi popular yang diperolehi oleh BN sebanyak 48.14% itu lebih besar dari undi popular 50.86% yang telah diperolehi pembangkang?

Sekarang sudah keluar pengakuan dan pendedahan melalui email yang dibuat oleh kakitangan Zeal hitech Solution Sdn Bhd berkaitan salah laku kakitangan ibupejabat BN/War room berkaitan tender mencetak manifesto BN. 

Sila kunjungi sekali lagi blog The Unspinners untuk lebih jelas.

Kalau tidak timbul tuduhan ini, saya setuju untuk ianya dipendam dan dipadamkan terus. Tetapi apabila ia sudah "terpelancut" keluar dari orang dalam sendiri, maka tiada lagi alasan, melainkan PM DS Najib wajib menyelesaikan isu ini dengan cara menunjukkan "ketegasan" dan PM wajib menampakkan kepada seluruh rakyat dan ahli UMNO/BN khususnya, untuk tidak bertolak-ansur di dalam isu ini. 

Jika PM masih cuba menggunakan "hati perutnya" yang bersifat lembut dan yang amat berperikemanusiaan itu pada tempat yang salah, saki-baki kepercayaan dan keyakinan ahli dan rakyat atas pagar yang masih ada ini mungkin akan menjadi semakin lupus.

Pendedahan yang dibuat terhadap peranan Dato Raof, Dr Zuraidi dan lain-lain yang dikatakan membuat "silent profit" dalam urusan bahan cetak ini pasti akan dipercayai oleh ramai ahli dan aktivis UMNO.

Ramai yang akan mempercayainya, jika tiada siasatan dan penjelasan yang meyakinkan dari pihak yang bebas dan tiada kepentingan dalam isu ini. Pihak ibupejabat parti tidak layak memperjelaskan isu ini. 

Ku Nan jangan hanya sekadar membuat penafian dengan ungkapan template, "SAYA MENAFIKAN SEKERAS-KERASNYA TUDUHAN PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB INI". Jawaban template ini sudah basi!

Saya adalah orang pertama yang mempercayai wujudnya "kebenaran"  dalam pendedahan melalui email tersebut, jika ianya didiamkan saja tanpa siasatan, kerana sewaktu saya menjadi Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, saya juga mempunyai pengalaman yang hampir "mirip"  seperti ini dalam "suatu urusan" yang diamanahkan kepada Dato Raof. Dato Hishamuddin Tun Hussein sendiri boleh diminta menjadi saksi. Tapi, saya tidak kisah kerana ingatkan Dato SUSK ini sudah berubah. Rupa-rupanya cacing sudah naik ke mata....

8 comments:

  1. Inilah masanya bertindak. Janji jangan jadi munafik yang pandai berbicara. Cerita ni dah pecah. Apa tunggu lagi.... sama ada saih atau tidak siasatan perlu dibuat. SPRM perlu diletakkan kepercayaan melakukan siasatan yang tulus.
    Rakyat sedang memerhati.

    ReplyDelete
  2. ini masanya rakyat hendak melihat janji ditepati.
    Bertindaklah dengan segera sebelum rakyat muak dengan janji yang tidak dipenuhi dan akhirnya tanda Munafik tertera di dahi setiap kali wajah di paparkan.
    Biar SPRM membuat siasatan.

    ReplyDelete
  3. Sprm nak siasat..kaungila..ikan jerung kang ngap sprm, kalaunikan bilis wow cepat meka ambil tindakan , kes mudah..jgn lah menaruh harapan pada si Ajib gho, da meluat, lambang 1Malaysia yg terlekat kat kereta da kami buang, malu,
    Ah Jib Gor has been stabbed in his back by the scheming Chinese who gleefully lined up to accept the BR1M cash handouts of RM500 all over the country twice whilst pretending to want to support Najib's hollow slogans of 'Satu Malaysia!'

    But the irony of all these treachery seems to be lost on Najib Tun Razak as he keeps trying to woo the Chinese or namely the Malaysian Opposition by still kowtowing to their incessant demands for the abolishment of this and that security apparatus or subjugating the Elections Commission to their every whim and fancy!

    The Malaysian Opposition have succeeded in getting the Elections Commission to be under the Parliament's watch now!
    'What other remaining Malay rights can I surrender next?'

    ReplyDelete
  4. Ku nan nak jaga perut dia....tapi as usual,macai camni yg najib sayang....u shud go najib....

    ReplyDelete
  5. Negara ni berbilang bangsa. Mana boleh jual pada rakyat umno kuat pasal ini bukan pertandingan umno bahagian. Barisan Nasional bukan parti umno saja. Apalah bangang sangat ku nan ngan najib ni. Boleh bagi komen untuk nak menyelamatkan 2 atau 3 kerat biawak hidup yang cari kekayaan dari perjuangan
    ahli umno yang setia.
    Umum tau raof, ku nan dan alies semua mengumpul kekayaan. Raof tu makin hari makin gemuk hisap duit umno. Takkan najib tak tau. Lagi dia simpan orang2 macam gini.
    Sebenarnya kita ada pemimpin umno yang tak berani buat perubahan. Najib ni pemimpin yg cakap tak serupa bikin.

    ReplyDelete
  6. Dato Raof tak payah lah berdiri belakang Presiden Parti setiap kali MT UMNO mengadakan sidang akhbar di PWTC. Kadang-kadang nampak macam kain langsir yang lebar. Tak reti berdiri tegap pulak tu, goyang sana garu sini. Kot ye nak enter frame pun, tak usah lah berdiri kat belakang tu.

    ReplyDelete
  7. Ado dongar, negori kito pun org dokek pejabat umno dah lotak hargo. Abihlah sigadai negaro kito ni pulak. Sapo yang ado duit jelah yang berkuaso. Yang tak berduit sumo jadi bangsat.

    ReplyDelete
  8. Kalau bejuang untuk agama,bangsa dan negara pekara ini tidak belaku. Eloklah dikikis keluar mereka-mereka yang sebagini ,Najib harus dipertangongjawabkan.

    ReplyDelete