Thursday, July 25, 2013

KAKITANGAN SEKTOR SWASTA PUAS HATI, KAKITANGAN AWAM DAPAT RM500!!

Ramai yang memberi komen supaya kita bersyukur dengan pemberian bonus hari raya yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri.

Alhamdulillah, masih ramai di kalangan rakyat yang berterimaksih kepada kerajaan dan bersyukur kepada Allah swt. Itulah yang terbaik.

Artikel agak provokasi yang KNKB keluarkan adalah khusus untuk menguji respon rakyat terhadap pemberian bonus raya oleh kerajaan yang agak jauh berkurangan dari apa yang mereka perolehi sebelum ini.

Walaupun ada juga komen yang menyetakan kekecewaan terhadap quantum yang diberikan, tetapi sebagai penerima, apa saja yang kita terima kita harus bersyukur, walau sekecil mana pun pemberian atau rezeki yang kita perolehi. Itu tanggungjawab kita selaku individu, apatah lagi kita sebagai muslim. Itu sebab di awal artikel itu lagi KNKB sudah menyatakan "apa pun kita terpaksa bersyukur".

Di pihak yang memberi pula, itu terpulang kepada niat mereka. Jika niat mereka baik dan sama saja samada sebelum PRU mahupun selepas PRU, tidak berbeza, iaitu semata-mata untuk meringankan beban rakyat, itu adalah terbaik.

Kita tidak mahu pihak yang memberi melakukannya di atas maksud untuk kepentingan mereka. Tindakan bermusim di atas maksud tertentu untuk beroleh menafaat tersirat untuk menarik hati dan mendapat undi rakyat tidak harus berlaku.

Jika mampu katakan mampu. Jika tidak mampu katakan tidak mampu. Jangan berbelanja diluar kemampuan kerajaan. KNKB agak skeptikal bukan dengan soal pemberian RM500 untuk tahun ini. Apa yang KNKB skeptikal ialah "pemberian yang sebelum ini" kerana secara peribadi KNKB memandang pemberian sebelum ini agak tinggi berbanding dengan hakikat kemampuan yang ada pada kerajaan. 

Pada zaman ekonomi memuncak di zaman Tun M dulu pun kerajaan tidak mengamalkan sikap generous dengan memberi "imbuhan buta-buta" kepada rakyat begitu saja, melainkan ia diberi di atas sesuatu sebab yang ada merit seperti berkaitan dengan prestasi kerja.

KNKB berpendapat, kaedah "memberi imbuhan tidak pasal-pasal" yang tidak berasaskan fundamental ekonomi dan kedudukan sebenar kewangan negara adalah amalan tidak sehat bagi sesebuah kerajaan. Ia seolah-olah kerajaan sedang mewujudkan persepsi terhadap rakyat hingga rakyat merasakan negara ini adalah "negara welfare" yang mana kerajaan mesti membantu dan menyuapkan bantuan hingga sampai ke mulut mereka walaupun pun mereka seorang penganggur dan tidak mahu bekerja.

Sudah terbukti kenaikan gaji dan pemberian bonus yang tinggi serta lain-lain imbuhan tak pasal-pasal ini tidak akan menyebabkan kakitangan kerajaan yang menentang kerajaan akan bertukar menjadi menyokong kerajaan. Mereka tidak tahu bagaimana untuk menanamkan rasa berterimakasih kepada kerajaan dan bersyukur kepada nikmat Allah. 

Seolah-olah mereka beranggapan pemberian BRIM dan sebagainya sebelum ini adalah sebahagian dari tanggungjawab wajib kerajaan dan kerajaan mesti lakukannya dalam apa keadaan sekalipun.

Walaupun kerajaan telah menjaga hal-ehwal kebajikan dan kenaikan skim serta pelarasan gaji baru, mereka masih membenci kerajaan dan masih mengatakan negara dan kerajaan lain lebih baik dari negara dan kerajaan yang memimpin mereka. Ramai kalangan rakyat sudah tidak lagi mengagungkan bekerja di swasta seperti sebelumnya. Malah ramai pekerja swasta yang bertukar kerjaya dan memohon kerja kerajaan. Semua ini bukti yang menunjukkan pekerjaan di sektor perkhidmatan awam sudah berupaya menyaingi kelebihan sektor swasta dari sudut kerjaya.

Untuk itu, kerajaan masih berkesempatan untuk belajar dari pelbagai kesilapan membuat keputusan.

Berhentilah dari amalan suka terikut-ikut dengan gaya pembangkang. Berhentilah dari sikap suka berlumba-lumba dengan pembangkang dalam menawarkan janji dan pelbagai tawaran agar kelihatan lebih menarik, konon. Mengukur baju jangan pakai tubuh badan orang lain. Kena pakai batang tubuh sendiri supaya saiz "sedang elok", tidak sempit dan tidak "gheboyh".

Tahun lalu pakai baju raya "gheboyh dan longgar", tiba-tiba tahun ini pakai baju raya sempit, maka nampak ketaralah perbezaan. Cuba pakai baju "sedang elok" saja ikut ukuran badan sendiri, tak siapa akan pertikai kita.

15 comments:

  1. kita tahu kemampuan sebenar kewangan negara. Yang diharapkan oleh rakyat adalah kemampuan kerajaan mengawal inflasi, kenaikan harga barangan, harga rumah yang terlalu melambung tinggi sehingga tak terjangkau akal fikiran. Perkara2 untuk kesan jangka masa panjang yang perlu kerajaan pertimbangkan bukan dengan memberi wang imbuhan atau bantuan BR1M shj. Pembaziran projek kerajaan yang menguntungkan sesetengah pihak. Pembangkang yang di Msia ni byk kelemahannya, jika ada yang lebih baik nescaya kerajaan BN tidak kekal lama

    ReplyDelete
  2. Memang kakitangan awam dapat 2 kenaikkan tangga gaji (KGT) dan dapat Bonus Raya 1 Malaysia (BR1M) RM500 dan RM250. Tapi masalah yang timbul bagi kakitangan awam bergaji lebih RM3,000 kenaikan tiada maknanya kerana cukai pendapatan yang dipotong adalah tinggi.

    Bagi bergaji RM1,000 kebawah, dapat bonus ni bersamaan dengan 1/2 bulan gaji. Tapi yang berpendapatan lebih dari itu?

    Selagi wang bonus tidak dibelanjakan diluar negara selagi itu ia dapat menggerakkan ekonomi hatta menyimpan dalam bank sekalipun dapat menggerakkan sektor perbankan negara.

    Kepada penjawat awam, bersyukurlah dengan rezeki ni walaupun pahit menerimanya. Daripada tak de langsung. Dah dapat bonus jangan perabis di kedai cinabeng plak. Jihad Ekonomi ABC, BBC, BCL!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sdr,

      Berkatnya wang bukan pada BERAPAA AMAUN YG DITERIMA tetapi BAGAIMANA KITA BELANJAKAN.

      Delete
    2. Bantuan RM500 ni dikecualikan dari cukai pendapatan sebagaimana tahun yang lalu. Sebaliknya Bonus akan dikenakan cukai pendapatan

      Delete
  3. Saya kurang bersetuju dengan agihan pemberian bonus raya tersebut. Sekiranya boleh saya memberikan sedikit pendapat.... Agihan yang diumumkan adalah RM 500.00 kepada kakitangan kerajaan dan RM 250.00 bagi pesara Kerajaan. Pada hemat saya agihan itu sepatutnya diterbalikan kerana mereka yang telah bersara lebih memerlukan kerana kebanyakan dari mereka tiada sumber pendapatan lain dan hanya mengharapkan wang pencen semata-mata. Manakala mereka yang masih lagi bekerja dengan Kerajaan mempunyai banyak peluang untuk meningkatkan pendapatan; dari segi kenaikan tahunan, bonus tahunan, kenaikan pangkat dan sebagainya.

    Bagaimana pula dengan pekerja di sektor swasta? tak ada sesiapa ke nak bersimpati dengan mereka yang sudah pasti rata-ratanya tiada bonus raya? Kalau ada pun mungkin hanya segelintir sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bijak! Sdr upaya menyelami masalah sebenar di lapangan. PM Najib hanya duduk dalam bilik air-cond dan tidak merasa perit jerih pesara yg berdapatan kecil.

      Orang kampung yg bekerja sendiri, nelayan, peladang, petani, pemandu teksi, pengayuh beca dll markaen di luar sana terlebih lagi memerlukannya...

      Tapi...siapa peduli? Kakitangan kerajaan tak semestinya penyokong kerajaan. 2 orang abang saya pegawai tinggi kerajaan penyokong totok PKR dan PAS.

      Gaji makin besar, pencen turut naik. Kerajaan tetap salah.

      Delete
  4. ok lah tu, yg swasta ada juga yang tak merasa bonus.... ni nak menangis ni

    ReplyDelete
  5. Pastikan berbillion wang gaji kakitangan Melayu setiap bulan harus berlingkar dalam kawalan orang melayu jangan pergi ke Cinabeng, sampai kat mereka wang tersebut tidak akan kembali lagi kepada Melayu, percayalah.....perjuangan memastikan ekonomi melayu berkembang akan terus dilakukan sedikit demi sedikit dengan menghadkan pembelian dengan Cinabeng, beli dari mereka untuk barang2 yang terdesak sahaja yang tiada dari pengedar melayu. Ingat kalau diamalkan separuh dari pengguna Melayu, kesannya amatlah hebat....umpama api dalam sekam, sekam nampak elok diluar namun musnah di dalam.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kasi mampos bisnes Cinabeng!

      Bersatu EKONOMI MELAYU Teguh!

      Delete
  6. Terima kasih kita ucapkan kepada kerajaan Najib. Perbelanjaan semkin tinggi, keperluan hidup semaklin meningkat, namaun apakah RM500 mencukupi untuk perbelanjaan di musim perayaan? Bersyukur kepada ilahi atas pemberiannya. Cuma nak minta renungkan sejenka berapa ramaikah rakyat Malaysia yangberpenapat melebihi RM2000.00.? BRIM bukan semua kakitangan awam dapat. Keprihatinana kerajaan melihat keperluan keadaan semasa amat lah wajar dan sekiranya diberiklan imbuhan RM1000.00., saya yakin ramai yang dapat memberangsdangkan ekonomi tempatan. Syabas kerajan Selangor atas keprihatinan memberi bonus sebuoan gaji. Terima kasih sekali lagi.

    ReplyDelete
  7. Artikel yg ni mmg aku sokong.....beri ikut kemampuan & yg paling penting adalah

    "KNKB berpendapat, kaedah "memberi imbuhan tidak pasal-pasal" yang tidak berasaskan fundamental ekonomi dan kedudukan sebenar kewangan negara adalah amalan tidak sehat bagi sesebuah kerajaan. Ia seolah-olah kerajaan sedang mewujudkan persepsi terhadap rakyat hingga rakyat merasakan negara ini adalah "negara welfare" yang mana kerajaan mesti membantu dan menyuapkan bantuan hingga sampai ke mulut mereka walaupun pun mereka seorang penganggur dan tidak mahu bekerja."

    mmg sedari mula lg aku kurang bersetuju dgn inisiatif kerajaan "memberi ikan" drpd "memberi mata kail & mengajar cara memancing"....contohnya BR1M sbb ada yg mengambil kesempatan terhadap pemberian ni.....bukanlah tak bagus kerajaan tabur duit mcm ni, tp lebih baik digunakan utk membangunkan mana2 tpt yg kurang membangun & memberi bantuan pd mrk yg lebih layak...kalau program BERSAMAMU & mana2 program seumpamanya dah tak boleh cari org susah, silalah kerajaan tabur pada mereka yg sederhana atau lebih afdhal gunakan utk melunaskan sedikit hutang PTPTN warga pelajar (ringan sikit bebanan).

    "Seolah-olah mereka beranggapan pemberian BRIM dan sebagainya sebelum ini adalah sebahagian dari tanggungjawab wajib kerajaan dan kerajaan mesti lakukannya dalam apa keadaan sekalipun."

    nasi sudah menjadi bubur sbb kerajaan sendiri sudahpun berjanji utk menaikkan lg pemberian BR1M....hendak atau tidak, mampu atau tidak (rasanya mampu sbb mungkin kajian tlh dibuat cuma dr mana sumber kewangan itu menjadi persoalan) kerajaan akan beri & mungkin terpaksa diteruskan oleh kepimpinan akan dtg semata2 utk undi (berckp ttg politikus tak mungkin lari dr undi).....anyway terima kasih la pd kerajaan sbb suka memberi & kpd yg menerima walau sekecilmanapun sbg org Islam kita perlu bersyukur atas pemberian Allah ini.

    ReplyDelete
  8. Tuan Kepal,
    Kita memandang berat pemberian begitu-begini disitu-disini tanpa alasan yang munasabah. Di tempat saya ada keluarga yang bapa diserang strok dan ibu menjual burger dengan anak 4 orang bersekolah tetapi tiada sebarang bantuan! Apa caranya untuk saya beritahu YAB Perdana Menteri - jadilah pemimpin yang baik bukannya yang popular. Kerajaan akan ditanya ke mana duit di belanjakan sedang ada janda, anak yatim dan orang sakit tidak terbela? Bonus bukan wajib, membela orang susah itu wajib. Sayangi rakyat dan rakyat akan menyayangi kerajaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pusat Zakat HANYA SEBOK bikin kempen kutip zakat dan laung jumlah kutipan. TAPI tak terfikir langsung nak kempen CARI ASNAF FAKIR MISKIN yg tak terbela seperti kes di atas. Justeru saya agih terus wang zakat kepada yg layak.

      Tolong siar alamat ibu tunggal tersebut. Dapatkan no akaun bank beliau sekali.

      Delete
  9. Salam, blog tuan amat menarik dan mempunyai infomasi yang terkini, jesteru itu sama-samalah kita memberi sokongan sesama kita, harap pihak tuan dapat menambah pautan portal http://orangkampungcyber.blogspot.com ke bloglist pihak tuan... Sekian, terima kasih

    ReplyDelete