Wednesday, July 17, 2013
MENU RAMADAN: RAKYAT MUSLIM DIMINTA RUJUK KPDNKK!!
Sempena ramadan dan hari raya ini, ada banyak menu alternatif selain ayam, daging lembu atau ikan pasar. Malah lebih murah. Ada yang boleh diperolehi secara percuma, lebih sedap dan exotic serta hygienic.
1. Lauk ayam hutan.
- Jika pakai senapang perlu kos beli peluru.
- Dicadangkan pakai "racik".
- Hanya perlu kos rencah dan rempah ratus.
2. Lauk landak, kijang, napoh dan pelanduk.
- Hanya perlu kos beli peluru dan petrol untuk ke lokasi hutan.
- Kos rencah dan rempah ratus.
3. Mengoca dan menjala ikan atau memasang jeramak, bubu atau lukah di sungai, parit dan paya.
- Kos rencah dan rempah ratus.
- untuk lebih murah hanya perlu bakar dan salai.
KPDNKK menjangkakan harga ayam, ikan laut dan daging akan jatuh merudum jika seluruh kuasa pengguna bersatu dan dapat digembeling serta mengajak para pengguna menukar menu kepada menu alternatif seperti ayam hutan, kijang, pelanduk, landak, ikan kelah dan ikan kerai Kuala Tahan atau empangan Kenyir dan lain-lain menu exotic yang boleh diperolehi secara percuma.
Sempena Ramadan dan Syawal yang mulia ini, Jabatan Mergas Tua digesa agar tidak menangkap atau menahan para pemburu menu exotic ini buat sementara waktu sehingga harga ayam kembali stabil.
Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan khidmat nasihat bagaimana cara "tukar menu" kepada yang lebih menjimatkan, sila berhubung dengan KPDNKK Putrajaya atau mana-mana cawangan yang berhampiran.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
lawak der...hehe
ReplyDeleteHi,hii, terbaik der....demo menu2 tu di siaran 'ketuk ketuk ramadhan' Shiela Rusli..
ReplyDelete