Saturday, July 13, 2013

TUN M DEDAH RANCANGAN SULIT KERAJAAN NAJIB!!

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran bahawa Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) adalah merugikan Malaysia dan menyifatkan TPPA sebagai "perkongsian yang tidak sama rata". 
"Apabila penyangak mata wang menyerang kita dengan tujuan untuk mendapatkan kawalan ke atas ekonomi kita, kita menentangnya kerana pada masa itu kita masih bebas.
"Tetapi selepas kita menandatangani TPPA, kaki dan tangan kita akan terikat. Tiada lagi kawalan modal. Kami akan dijajah lagi. Presiden Sukarno memang betul tentang neo-kolonialisme," tulis Mahathir dalam blog beliau semalam. 
Beliau menyifatkan TPPA sebagai "satu percubaan" Amerika Syarikat untuk membolehkan syarikat-syarikat besar mereka menembusi pasaran domestik negara-negara kecil, khususnya dalam perolehan kerajaan. 
Percubaan sebelumnya, menurut Mahathir, adalah melalui Perjanjian Am Mengenai Perdagangan dan Tarif (GATT), Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec). 
Sehubungan itu, Mahathir menggesa kerajaan persekutuan untuk menunjukkan ketelusan mengenai rundingan TPPA dan abaikan kata-dua supaya memuktamadkan rundingan mengenainya pada Oktober. 

Mahathir berkata, beliau tahu bahawa MITI sudah bersedia untuk bersetuju dengan TPPA dan tidak akan melayan hujah-hujah sebaliknya. - MK


Sanggupkah rakyat Malaysia, khususnya bumiputera bangkit menyatakan untuk tidak bersetuju dengan langkah kerajaan Malaysia yang kembali bersetuju setelah pernah menyatakan kerajaan tidak akan meneruskan rundingan TPPA?

Bagaimana untuk bangkit jika majoriti rakyat tidak faham apa "menatangnya" TPPA ini?

 Jika TPPA ini menjadi kenyataan, sudah pasti rakyatlah yang akan menerima kesan langsung. Jadi kenapa rundingan dilakukan secara sulit? Kenapa kerajaan tidak berterus-terang dengan rakyat?

Jelas sekali kerajaan sedang bermain kayu tiga dengan rakyatnya sendiri.

Sepatutnya dalam hal-hal yang sebeginilah rakyat patut bangkit menentang. Bukan bangkit menentang di atas perkara yang diada-adakan seperti kebocoran maklumat palsu 40 ribu bangla impot.

Kenapa perundingan sulit hal yang boleh memberi implikasi besar terhadap eko-sistem ekonomi negara ini tidak dapat dihidu oleh pembangkang atau NGO-NGO seperti SUARAM, SAMM dll?

Dengan bersandarkan maklumat palsu pun pembangkang boleh keluarkan puluhan ribu rakyat untuk menyatakan penentangan. Kenapa pembangkang yang diketuai Anwar tidak gunakan "isu besar lagi benar" ini untuk mengheret rakyat berhimpun dan membuat roadshow menyatakan penentangannya terhadap langkah sulit kerajaan untuk menandatangani perjanjian TPP?

Sepatutnya pembangkang bertindak sebagai "check and balance" secara berkesan terhadap isu nasional seperti ini. Barulah pembangkang negara ini boleh duduk setaraf dengan pembangkang di negara yang telah maju demokrasinya. 

Dengan memperjuangkan idea dan hujah terhadap isu-isu berkepentingan nasional, barulah pembangkang akan lebih dihormati oleh rakyat. Jika mahu membuktikan pembangkang layak untuk mentadbir negara mereka harus menukar mentaliti mereka agar menjasi pembangkang yang konstruktif dan berwibawa.

Jika sekadar bergantung jepada isu sentimen, maklumat palsu dan kaedah menghasut, memainkan isu agama isu perkauman dll isu sensitif, sampai bila-bila pun pembangkang di negara ini tidak akan mampu menjadi kerajaan alternatif menggantikan BN walaupun BN dipimpin oleh pemimpin lemah dan dayus.

Lainlah kalau pembangkang berjaya membangkitkan budaya menjatuhkan kerajaan ala-arab spring. Itupun pembang harus mendapatkan segala sokongan samada propaganda media, sokongan kewangan dan tektikal yang berkesan dari Amerika.

Jika setakat dana Soros semata-mata, sudah terbukti pembangkang telah beberapa kali gagal.

6 comments:

  1. Kalau Najib terima juga perjanjian TPPA, gua seluruh keluarga dan saudara mara akan boikot UMNO untuk selama-lamanya. Ini bukan lagi amaran, ini perjanjian juga.

    ReplyDelete
  2. Ini tak bolih jadi. Memang rakyat tak faham banyak soal ini,tapi belang sudah pecah. Ada ajenda buruk yang di sembunyi dari mata telinga rakyat. Siapa lagi yang tau, yang benar benar tau silalah beri PENJELASAN lebih detail lagi.Bentangkan clear picture kepada kami takyat marhaim. Kami tak mau lagi dipersenda dan dilelong "dua seduit".
    Haai!!..bila lagi Negara ini akan wujud pemimpin yang benar benar bolih memimpin...entahlah...

    O. p. b.

    ReplyDelete
  3. Belum sampai lagi, kita menerima perjanjian TPPA sebab banyak sektor ekonomi berteknologi tinggi yg kita belum ceburi dan mempunyai daya saing yg kuat serta pembangunan teknologi kita masih keterbelakang.Ia akan mematikan usaha kita, ke arah membudayakan pelbagai bentuk inovasi baru dan mencintai produk tempatan.Apa yg kena patut belajar dari perjanjian TPPA ialah dgn membudayakannya di dlm negara.Menjaga hak intelek bagi pencipta dan di daftar mengikut penilaian antarabangsa.Adakah kita tahu jumlah pasaran rekacipta kita,di perdagangkan di peringkat antarabangsa, selain dari minyak kelapa sawit.Industri automotif tempatanpun, kita tidak mampu bersaing dgn persaing2 automotif dunia,perlu di adakan kerjasama dan pemilikan teknologi tetapi kita masih gagal.Lebih baik kita dlm keadaan sekarang,sbb kita masih mampu menarik pelabur dgn konsep kita sendiri seperti pembukaan koridor,kerjasama perkongsian dan pemindahan teknologi,TRX ,dgn negara2 maju,membangun dan sebagainya.Kita tidak perlu dlm keadaan terdesak,tertekan dalam memakmurkan rakyat kita.Kita perlu bersikap sederhana,tidak terikat dgn mana2 perjanjian dan jgn sekali2, kita terjerumus kpd sikap tamak sehingga mengorbankan masa depan anak bangsa kita.

    ReplyDelete
  4. Tidak rela, rakyat hidup susah walaupun nilai dagangan mencecah angka yg menyiurkan.Sampai bila ianya akan berterusan?sedangkan kedudukan kaki dan tangan kita terikat.Belum lgi,masuk bab era krisis ekonomi.Adakah kita hidup asyik tunduk merendah diri pada bangsa lain.Cukuplah kita tunduk pada masa penjajahan jepun dahulu.Perbuatan penuh kerahsiaan adalah tidak sihat utk masa depan negara.

    ReplyDelete
  5. Belajar dari krisis hutang di eropah,negara yg kuat akan terus kukuh,negara yg lemah akan menjadi muflis dan hanya menjadi masyarakat pengguna dan menghasilkan produk tetapi terikat pada kaki dan tangan.Tidak mampu berdikari.Bila berlaku krisis ekonomi,di sbb sistem ekonomi berteraskan riba,maka negara kita terserap dgn cepat,tanpa boleh buat apa2.Melutut kpd petunjuk IMF dan badan kewangan dunia yg lain.Apa gunanya dgn angka yg besar dari nilai pelaburan dan perdagangan,sedangkan kos hidup sehari2 rakyat meningkat mendadak.Sedangkan hidup kita sekarang ini, di belenggu dgn sistem riba dan tertekan.Ibarat keluar dr mulut singa,masuk ke mulut buaya.Maka, kita wajib fokus kepada ekonomi islam utk membina kekuatan dlm negara supaya menjadi lebih kental dari melayan perjanjian TPPA/FTA yg rata2 konsepnya gagal, dan terbukti di zone eropah.Negara maju dan kaya dgn produk inovasi mereka, masih di belenggu hutang mencecah trillion dolar melebihi KDNK negara mereka.Maknanya, nilai kemajuan produk mereka tidak mampu di perluaskan pasaran di seluruh dunia utk negara2 membangun dan miskin di sebabkan nilai matawang dan harga.Maka, malaysia harus memikirkan ke arah memperluaskan pasaran yg bersesuai dgn nilai matawang dan inovasi kita seperti negara china ke negara2 miskin.Bersifatlah sederhana dan merendah diri seperti negara china.Janganlah kita mengikut rentak dan lagak seperti negara barat.

    ReplyDelete
  6. Dihujung penulisannya Kamarulzaman Kamdias menyalahkan Anwar dan pembangkang yg kononnya tidak menentang perjanjian TPPA, kaulah yg sebenarnya tidak menentang apa juga yg di buat oleh Umno kerana semangat bodek engkau, Anwar dan pembangkang sememangnya menentang apa juga yg merugikan rakyat yg di buat oleh Umno, aku tahu kau tidak berani siarkan komen aku ini kerana kerap yg lepas2 kau delete je apa juga komen aku, kau ni jenis kokok berderai2 tetapi ekor bergelumanmg dng tahi.

    ReplyDelete