Friday, August 2, 2013

HARI SEORANG LAGI DITEMBAK....BESOK?

Hari ini seorang lagi menjadi mangsa tembakan jarak dekat dengan modus operandi yang sama, iaitu mengekori kenderaan dan melepaskan tembakan di persimpangan lampu isyarat.

Lebih membimbangkan belum ada lagi tangkapan dibuat, kecuali tangkapan terhadap suspek pembunuhan pengarah kastam. Itu pun suspek ini mati sewaktu dalam tahanan polis. 

Bila mati dalam tahanan polis, pihak pembangkang pun apa lagi terus ambil kesempatan mempertikaikan layanan dan prosedur tahanan polis.  Bukan isu sebenar yang diperdebatkan. Mereka tidak fikir isu keselamatan dan ancaman terhadap orang awam yang dibimbangkan. Malah Anwar pun turut ambil kesempatan dengan mensensasikan isu dirinya tidak dibenarkan melawat mangsa tembakan di hospital. 

Pundek betul. Apa yang dia sibuk-sibuk nak melawat mayat? Bukan mayat mati biasa. Ini mayat mati disebabkan unsur jenayah. Jangan campurlah urusan polis dan pihak hospital. Ini hal kematian. Janganlah nak "transform basi" jadi isu politik. Hal menyiasat motif pembunuhan dan mencari bukti dan suspek yang mebawa kepada kematian adalah bidang kuasa polis. 

Apa yang Anwar sibuk-sibuk? PM sendiri pun tak ada sibuk-sibuk nak campur la Anwar! Ini kerja polis! Apa perasaan anta kalau aku sibuk tak pasal-pasal campurtangan pergi melawat mangsa liwat kau dan buat kenyataan mangsa liwat Anwar teraniaya dan tidak mendapat keadilan yang sewajibnya atas dirinya?

Anwar sepatutnya campurtangan dan nasihatkan DAP supaya akur dengan undang-undang ROS jika mahu berpertubuhan atau berorganisasi di negara ini. Bukan pakai undang-undang rimba ciptaan sendiri.

Heii.. Malaslah nak komen lagi. Hidup bernegara di negara ini sudah lintang pukang. Dari penggubal dasar, pelaksana sampailah kepada pengguna dan pelanggar undang-undang, semua sudah cacau. 

Something wrong somewhere...

1 comment:

  1. Parpu Insung MatkajiAugust 3, 2013 at 3:29 AM

    Tian Chuah kalau memberi komen pasal isu ini akan berkata...Ini semua konspirasi BN/UMNO untuk menakut-nakutkan rakyat terutama menjelang PAU13. Tidak ada mangsa yang ditembak atau terbunuh kerana saya tidak nampak, Anwar pun tidak dibenarkan melihat dan mengesahkan mangsa yang terbunuh. Jadi ini semua adalah lakonan terancang UMNO dan PM Najib....

    DAN ada baghal-baghal Melayu yang tutup mata dan percaya.

    ReplyDelete