Sunday, February 9, 2014

APAKAH NEGARA INI AKAN MENCIPTA SEJARAH KHAS?

Umat islam di negara ini semakin hari semakin tersepit. Bukanlah umat kristian yang menyebabkan umat islam tersepit, sebaliknya sikap dan amal perbuatan pemimpin dan umat islam sendiri yang telah menyebabkan mereka tersepit.

Isu kalimah Allah hanyalah "password" yang telah di "log in" yang telah menyebabkan jalur lebar permusuhan antara kristian dan islam menjadi kelihatan semakin terbuka.

Amal perbuatan pemimpin-pemimpin Islam telah menyebabkan umat Islam di negara ini semakin terkeliru. Jika umat Islam sendiri sudah terkeliru gara-gara sikap dan amal perbuatan para pemimpin Islam dalam menangani isu kalimah Allah, umat kristian apatah lagi. Sudah pasti keliru berkali ganda.

Selalunya, setiap dan apa saja masalah dan konflik yang berlaku akan "surut dan serap" dengan wujudnya intervensi peraturan dan undang-undang yang wujud di sesebuah negara.

Isu kalimah Allah di Malaysia terus berlarutan seolah-olah sudah tidak wujud undang-undang sebagai jalan terakhir kepada penyelesaian yang menyeluruh.

Rakyat dan pemimpin pelbagai pihak bebas mengeluarkan kenyataan dan melakukan tindakan yang boleh menyumbang kepada kenaikan suhu permusuhan antara agama.

Polisi kebebasan mengamalkan agama dan menyentuh sensitiviti antara agama seolah-olah sudah ditentukan oleh market forces sepertimana amalan ekonomi kapitalis.

Kebangkitan apakah sebenarnya yang sedang berlaku di Malaysia kini?

Apakah kebangkitan rakyat menentang kerajaan dan parti pemerintah? 

Atau, apakah kebangkitan melayu Islam melalui NGO-NGO sedang berlaku di negara ini?

Atau, apakah kebangkitan umat kristian yang sedang dan akan berlaku sebenarnya?

Atau apakah kebangkitan suatu situasi permusuhan antara agama yang belum pernah berlaku akan terjadi di negara ini? Atau apakah ulangan permusuhan antara kaum sebenarnya yang sedang berkembang pantas?

Di mana dan apakah langkah intervensi pihak pemerintah dalam menangani isu yang berkemungkinan menjemput semua mala petaka ini untuk berlaku?

Mana dia undang-undang gantian yang dikatakan menjadi alternatif kepada ISA yang telah dimansuhkan? Alternatif bermaksud penggantian atau pilihan kepada sesuatu yang setara. Mana dia undang-undang yang dikatakan setara dengan undang-undang ISA?

Setegas-tegas dan sekuat-kuat kepimpinan Tun Razak, Tun Ismail, Tun Hussein dan Tun Mahathir pun, mereka tetap berpendirian bahawa negara ini wajib ada undang-undang ISA.

Tapi, anakanda Tun Razak dan Tun Hussein yang lemah dan lembik serta jauh panggang dari api dari sifat ayahanda mereka pula begitu berani membuang senjata kebal yang selama ini digunakan oleh ayahanda mereka yang tegas dan keras terhadap isu-isu yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama.

Anakanda Tun Razak dan Tun Hussein ini patut berasa malu dan merasa bersalah serta berdosa untuk terus duduk di tampuk kekuasaan negara peninggalan ayahanda mereka ini.

Jika tidak mampu membina dan memimpin negara sepertimana kehebatan ayahanda mereka, janganlah biarkan diri dari menjadi sebutan sejarah yang telah menyumbang dan menyebabkan negara yang dibina oleh ayahanda mereka hancur di tangan anakanda mereka.

2 comments:

  1. Perkara mcm ni x akan berlaku kalo pas tak jadi barua dap. Dulu mana ada? Tp smjak pas dipimpin org syiah. Mcm ni la jadiknya.

    ReplyDelete