Sejauh mana atau hingga tahap mana kesanggupan para pemimpin Islam untuk turut sama berkompromi dalam hal-ehwal agama demi mempertahankan kebatilan politik yang didokong?
Hingga kini pemimpin parti pemerintah masih belum menampakkan ketegasan dalam isu kalimah Allah.
Pemimpin Islam pembangkang pula hingga kini bukan saja membiarkan kesucian agama menjadi bahan kejian sesetengah pemimpin DAP, malah akan turut sama menyokong dan menjadi benteng mempertahankan para pemimpin bukan Islam yang mengeji agama dan bangsa melayu.
Lihat saja unit amal PAS. Lihat saja bagaimana pemimpin Islam pembangkang yang lain. Apabila timbul saja 2 keadaan, iaitu samada mempertahankan kesucian agama atau mempertahankan assobiyah politik, maka pasti mereka akan lebih cenderung untuk mempertahankan assobiyah politik.
Inilah keadaan rata-rata pemimpin melayu atau pemimpin Islam yang ada di Malaysia. Samada mereka dari UMNO, PAS mahupun PKR, semuanya akan lebih mendahulukan keputusan politik melebihi kepentingan dan kesucian agama Islam, apabila muncul satu-satu isu agama yang menghendaki mereka membuat pilihan dan keputusan.
Inilah sebab utama kenapa isu kalimah Allah tidak kunjung-kunjung terlerai. Inilah sebabnya pemimpin DAP mahupun pemimpin gereja semakin yakin dan berani untuk memperjuangkan sesuatu yang jelas mengancam kesucian agama Islam dan keharmonian antara kaum serta agama di negara ini.
Kepada siapakah lagi umat melayu dan Islam di negara ini boleh mengharapkan pergantungan dan harapan untuk jaminan masa depan agama dan bangsa mereka dalam situasi di mana para pemimpinnya sudah muflis jati diri, muflis keikhlasan perjuangan dan muflis kejujuran di dalam menjalankan amanah agama dan bangsa yang terbeban di bahu mereka?
Maha Suci Allah..., Allah swt tidak cacat sedikit pun dengan hinaan yang berlaku terhadap kesucian agama dan umat Islam yang sedang berlaku di negara ini.
Allah sudah pun memperingatkan bahawa apabila hati umat Islam beransur luput dari cahaya agama yang suci, maka Allah akan timbulkan rasa takut di dalam hati mereka terhadap musuh-musuh agama, dan Allah akan menjadikan setiap musuh dan apa saja yang ada di muka bumi ini sebagai alat yang bakal mengancam dan menyusahkan umat Islam.
Itu janji Allah.
Jadi kita sudah boleh meramalkan masa depan umat Islam dan melayu di negara ini akan semakin suram dan terancam kerana apa yang sedang berlaku ini benar-benar sudah bertepatan dengan saat dan ketikanya janji Allah itu pasti berlaku.
Kepada seluruh raja-raja melayu dan seluruh pemimpin Islam samada yang sedang berkuasa di negeri-negeri mahupun persekutuan, samada pemimpin UMNO, PAS mahu pun PKR, adalah diperingatkan bahawa anda dan kami seluruh umat Islam di negara ini umpama sedang menanti saat dan ketikanya hukuman di tali gantung benar-benar dijalankan.
Apabila sampai saat dan ketikanya Allah menghendaki hukumanNYA berlangsung, itu bukan bermakna Allah itu zalim dan Allah itu jauh dari bersifat dengan sifat zalim. Allah itu maha pengasih serta maha penyayang, lagi maha adil.
Anda yang sedang berkuasa dan kami yang di bawah inilah yang menzalimi diri sendiri kerana membiarkan keadaan yang berlaku sehingga sampai ke satu tahap janji Allah itu berlaku dengan sendirinya di atas kehendak serta izinNYA.
Janji Allah itu tidak lewat mahupun tidak cepat walau sesaat.
Hidup berpendirian dan berprinsip akan lebih dihormati, dan bila prinsip dan pendirian itu atas dasar Islam, insyaAllah akan dibantu Allah swt, siapa pun kita.
ReplyDeleteSultan pun ada ruangan hapuskan isu kecil macam Kalimah Allah, Racist .....tapi buat bisu atau takut hilang rezeki..... Sekali Gus Sultan-Agong boleh kata - Allah adalah untuk semua, Siapa yang keliru dia Bodoh!!
ReplyDelete