Thursday, January 30, 2014

BN DAN PR SAMA-SAMA MENGAKU SEHAT...

Rakyat semakin hilang kepercayaan terhadap sistem pentadbiran yang ada hari ini. Bukan saja di negara ini, bahkan hilang kepercayaan ini sudah lebih awal berlaku di negara-negara Islam di asia barat.

Lihat saja Mesir. Hingga kini rakyat negara itu semakin hilang arah dan berpecah. Tiada satu parti pun yang benar-benar mendapat sokongan majoriti rakyat. Masing-masing menunjuk kekuatan masing-masing. Hakikatnya tiada diantara pihak yang bertelagah itu yang benar-benar mendapat sokongan majoriti.

Di sini boleh dinilai bahawa bukanlah sistem atau institusi pentadbiran itu yang menjadi masalah tetapi pihak yang mendukung sistem itu sebenarnya yang bermasalah kerana gagal memimpin dan mentadbir secara yang boleh menimbulkan keyakinan majoriti rakyat.

Trend inilah yang sebenarnya sedang menular di pemikiran rakyat negara ini. Pemimpin-pemimpin dan parti-parti politik yang ada hari ini hanyalah pemain yang berada di dalam sistem pilihan rakyat yang ada. Oleh kerana mereka, parti dan sistem pemerintahan demokrasi yang ada ini saja pilihan yang ada, maka mereka dan parti yang diwakili mereka sajalah yang terpaksa dipilih oleh rakyat untuk diberi mandat mentadbir negara ini.

Keadaan ini akan berlangsung dengan baik dan berkesan jika pemain dan pemimpin yang memimpin parti ini mampu mentadbir dan memimpin negara seperti yang diharapkan oleh rakyat.

Jika rakyat tidak berpuas hati dengan Parti yang mereka pilih, maka mereka boleh menukar dan memilih pula parti lain yang difikir dan diyakini mampu memimpin negara dan rakyat. Sistem ini masih berkesan di Amerika Syarikat, UK dan di negara-negara yang dikatakan matang amalan demokrasinya.

Di Indonesia hari ini demokrasinya dilihat lebih terbuka dan semakin stabil. Tetapi harus diingat, kestabilan demokrasi di Indonesia hanya terjadi sesudah berlakunya tempoh ketidakstabilan, pergolakan dan pemberontakan besar yang boleh dikatakan ganas dan bersifat anarki.

Malaysia juga pernah melalui tempoh tersebut sebelum negara ini kembali pulih, stabil dan progresif. Selepas berlakunya 13 Mei, barulah kestabilan dan hala tuju baru negara dapat dibentuk.

Hakikatnya, kunci kepada kestabilan tersebut bukanlah berpunca dari sistem yang dibentuk. Ia berpunca dari kepimpinan yang diyakini atau keyakinan baru yang berjaya dibentuk oleh pemimpin di dalam pemikiran majoriti rakyat. Rakyat "termakan" dengan pendekatan dan rumusan yang dilakukan oleh para pemimpin dalam memberi penyelesaian menyeluruh dari krisis dan kemelut yang berlaku.

Berdasarkan kelaziman atau norma-norma ini, kita tidak boleh menolak bahawa mungkin negara kita akan berhadapan dengan senario ketidakstabilan yang tidak dapat dielak ini suatu hari nanti. Bibit-bibit ke arah ini sudah semakin jelas. 

Pihak ke 3, iaitu pihak yang sudah hilang keyakinan terhadap kepimpinan kedua-dua parti samada parti pemerintah mahupun parti pembangkang sudah semakin besar bilangannya. Tidak mustahil suatu tempoh yang tidak berapa lama lagi, kumpulan ke 3 ini akan membentuk majoriti secara teknikalnya.

Aspirasi kumpulan ke3 ini belum membentyk force yang kuat kerana tidak wujud lagi organisasi atau parti yang mengisi lopongan kosong yang memimpin atau menggerakkan force ke 3 ini. PERKASA sebagainya contohnya, tidak cukup kuat untuk mengisi lopongan ini kerana kepimpinan mereka juga jauh dari keupayaan untuk diyakini sebagai pilihan baru yang meyakinkan.

AMANAH yang dipimpin oleh Tengku Razaleigh pula seperti sudah tidak wujud lagi hari ini.

Jadi, apa lagi pilihan yang ada bagi pihak ke-3 yang sudah tidak percaya kepada ke dua-dua puak yang merebut kuasa setiap kali PRU berlangsung? Tidak ada.

Apabila keadaan ini berlaku, maka kekuatan pohak kerajaan dan pihak pembangkang sentiasa dilihat seimbang, seolah-olah ke dua-dua pihak ini sama-sama kuat dan sama-sama mendapat sokongan besar rakyat. Hakikatnya, ke dua-dua pihak ini sama-sama lemah.

Hasilnya, situasi politik sentiasa berada di dalam suhu panas. Setiap keadaan yang berlaku terlalu mudah terdedah kepada manipulasi. Setiap isu yang berlaku adalah peluang bagi satu pihak dan menjadi ancaman di pihak yang satu lagi. Begitulah sebaliknya. Setiap isu pasti akan dijadikan bahan politik untuk dimanipulasi oleh ke dua-dua pihak yang mahu merebut pengaruh dan kuasa.

Apakah kesudahan terhadap semua senario ini?

Setakat ini belum dapat dipastikan. Hanya satu yang sudah pasti, iaitu beras semakin kehabisan kerana ke dua-pihak hanya "menghabiskan boreh'. Mereka tak tahu bagaimana untuk menguruskan negara dan negeri yang ditadbir. Mereka sudah tak pandai untuk menyenangkan hati rakyat.

Masing-masing pihak sedang sakit, tapi kedua-duanya takut berubat. Masing-masing hanya melakukan pendekatan politik mencela penyakit yang dihidapi oleh lawan mereka dan mengaku diri masing-masing sehat dan kuat. 

Walhal, bagi yang sudah tahu hal-ehwal hingga ke bilik tidur mereka, tahulah kita betapa sakitnya mereka. Kain selimut, tilam dan bantal mereka hapak berbau minyak angin dan senggugut.

Depan rakyat semua tunjuk sehat dan mengaku merekalah yang paling terbaik dan sehat untuk diberi mandat memerintah.

2 comments:

  1. DALAM NEWSPAPER HARI INI ( 30HB JAN)..MCA KATA DIA NAK LETAK CALUNNYA DI KAJANG SEBAB ITU ADALAH KAWASAN TRADISI MCA. PERSOALAN NYA MCA TIDAK.. SAYA ULANG SEKALI LAGI.. MCA TIDAK ADA LANGSUNG WINNABLE CANDIDATE UNTUK DICALUNKAN DI PRK KAJANG..LAGI MEMBAZIR KALAU MCA LETAK CALUNNYA SEBAB DAH TENTU AKAN KALAH. NAJIB JANGAN LEMBIK SANGAT DAN JANGAN GIVE IN SANGAT KALAU NAK MENANG ATAU NAK TINGGATKAN JUMLAH UNDI DI KAJANG. MCA DAH TAK DI TERIMA..SAYA NAK ULANG..MCA DAH TAK DI TERIMA DI KAJANG. UMNO BOLEH LAH TAHAN JUGA TERUTAMA DI KAWASAN PINGGIRAN. SATU LAGI NAJIB JANGAT TERLALU DENGAR CAKAP NOH OMAR. APA NAJIB PATUT BUAT KALI INI IALAH TURUN KE KAJANG DAN DENGAR SENDIRI TERUS DARI PENGUNDI PENGINDI KAJANG SIAPA YANG DIAORANG MAHU JADI CALUN MEREKA.

    ReplyDelete
  2. I am genuinely delighted to read this website pots which includes lots of helpful information, thanks for
    providing tyese information.

    Take a look at my webpage ... gta 4 pobierz

    ReplyDelete