Wednesday, January 14, 2009

TONY AIRASIA PAKAI TONGKAT CURI...

Betullah macam Mesin Taip Buruk cakap. Buat airport macam buat stesen bas. Dari Subang sampai Melaka ada 4 airport. di sepanjang laluan ni, Stesen bas utama pun ada 4 juga. Pudu, Hentian Putera, Terminal Seremban dan Bandar Melaka.

Tony pun boleh tahan angkuhnya. Konon-konon MAS, MAHB dan semua yang berkait dengan kapalterbang tidak secekap AirAsia. AirAsia tak boleh perlahankan perkembangannya. MAHB dah tak termampu nak kejar perkembangan Airasia.

Walau pun Tony mengaku tak ada pengalaman berbanding dengan MAS atau MAHB yang dah wujud sejak bersama SIA lagi, tapi dia dapat mengatasi kehebatan mereka yang dah lebih setengah abad terlibat dengan industri.

Sikap Tony dalam hal ini samalah dengan sikap lain-lain kaum yang asalnya imigran. Mereka kata orang Melayu dan DEB jadi punca kepada terbantutnya perkembangan ekonomi dan daya saing negara.

Memang tak sedar diri betul si benggali yang dah dapat hak keistimewaan melebihi kaum pribumi. Syarikat dia pun lebih istimewa dari GLC. Rupanya ada benggali dapat status lebih tinggi dari status bumiputera.

Adakah betul si Tony ni mempunyai keupayaan daya saing luar biasa? Bukankah dia cepat maju kerana pakai tongkat curi?

Lembaga Tabung Haji dah terlabur 250 juta dalam AirAsia. MAHB dah bagi semua yang dia desak. Laluan sutera MAS pun dah banyak dia rampas. EPU bawah unit Dato Zaki Tingkat 4 yang tolong rampaskan bagi pihak AirAsia.

Dulu dapat kudakan orang-orang keliling Pak Lah termasuk dengan Pak Lah2 sekali. Sekarang dapat pulak kudakan penasihat no wahid Pak Lah, Tong Musang Hitam (kata org Terengganu) untuk bersubahat bagi pihak Tony dalam ‘melapon’ khazanah Sime Darby.

Dengan angkuh dia cakap, belanja tak libatkan wang siapa-siapa. Semua PFI. Memanglah PFI. Dia sendiri cakap LCCT Labu eksklusif untuk AirAsia. Jadi sudah tentulah AirAsia yang punya. Kerajaan mana pulak yang nak bagi duit untuk buatkan dia punya harta..!

Memang betullah Tony ni luar biasa hebatnya. Hebat mengguna harta orang lain, hebat mengkuda orang lain, hebat merampas hak eksklusif laluan sutera orang lain. berkebolehan meyakinkan semua ahli mesyuarat kabinet tingkap untuk luluskan LCCT Labu dengan sekali mesyuarat saja.

Kalau macam tu punya ’syafaat’ yang dia dapat, den pun buleh yo meniago dan jadi hebat macam dio. Macam sepak penalti tanpa penjaga gawang. Kalau tak yo masuk memang teramat sangatlah bangang eh...

Hampeh…

5 comments:

  1. Der oghang camtu jangan buek baik yor..habislah dikolokaiyan nyo kau..! Oghang2 yang asalnya imigrant ni memang sikap er cam tu..kalau dio nak sesuatu,,bukan main baik laei..kalau kau sughuh basuh han berak kau pun di buek er tu..bilo dio dah dapek apo yang diondak an nyo..kau pun tak kona laei de eh..! Ha tu lah yang berlaku kek PM kito dan sekutu2 er..! Diolah yang paling hebat tu ..,,perasoannyo..! Deh,, oghang camtu takleh buek baik yo..pijak-pijak an yor..ampuihh..memang hampeh..! Donga cito er boto ko Khairy pun ado syer kek Air Asia tu..!! Gilo mek ameklaah dunio ni..!Tak ingat ko kek kubur..! Beramal laahh..( Those who do not understand, please refer to Adat Pepatih Dictionary)

    ReplyDelete
  2. yang den polik eh kito ni asyik menyalak sesamo kito, tapi apo 'action' (dengan izin) eh? kito sumo dah tau dasar yang dibawak eh dek pemimpin hari ini x mampu merubah gejalo rasuah, jadi sesapo juo yang akan naik nanti totap akan buek cara yang samo, takkanlah acuan baulu boleh jadi kuih siput?, bak kata Nabil lam astro tu " Lu Pikirlah Sendiri".

    ReplyDelete
  3. goli ati den tu chuu..(dengan izin tu)..tercuit boto ati den..! macam ngolak an pemimpin2 kito nilah..!

    ReplyDelete
  4. 1)kalau kito nak mengubah bondo yang borek kito ankek ramai2, kalau ringan sensorang pun ok,
    2)kalau kito nak 'clear'kan (dengan izin) bangkai gajah kono ramai2 jugak, kalau bangkai tikuih n kucing sensorang pun boleh,tapi kalau sanggup kito cium bangkai gajah tu xyahlah buang doh, tp mana munkin sbb bangkai tikuih sekor pun dah tak tahan.
    Pokok eh skrg nak ubah ko tak? hehehe.

    ReplyDelete
  5. Oiii>> aku tak nampak batang hidung kamu di Kuala Trengganu!!! Apa kamu nak bising dalam blog ni... Pi kerja kat kuala trengganu la!!! bodhoh mu! Apa jenis EXCO kamu ni.. Menatang betul la... Do Rok Secetong!!!

    ReplyDelete