Apakah isu sebenar yang patut dianalisa dari isu PPSMI yang semakin kuat suara penentangannya?
1. Adakah penentangan ini kerana memperjuangkan kesucian Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan?
1. Adakah penentangan ini kerana memperjuangkan kesucian Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan?
2. Adakah penentangan ini kerana faktor ilmu matematik & sains?
3. Adakah penentangan ini kerana untuk memperjuangkan nasib pelajar?
4. Adakah penentangan ini kerana mahu menegakkan bahasa ibunda?
5. Adakah penentangan ini kerana untuk memartabatkan bahasa inggeris?
6. Adakah PPSMI ini isu pendidikan atau isu politik?
Jika penentangan ini semata-mata untuk memartabatkan bahasa melayu, kenapa Dong Zhio Jong, gerakan chauvinist cina pula yang begitu bersemangat? Semua orang maklum Dong Zhio Jong adalah pejuang ekstrimis bahasa mandarin dan isu-isu berkaitan kepentingan pendidikan kaum cina.
Jika disebabkan semata-mata kerana kepentingan matematik & sains, mungkin ada kebenarannya, tapi kenapa tidak dilatih semua pelajar menguasai bahasa inggeris terlebih dahulu? Kenapa subjek komputer yang memang berasal dari bahasa inggeris pula yang dimelayukan hingga terpaksa diwujudkan perkataan tetikus dan papan kekunci? Bahasa ibunda melayu pun tidak pernah wujud perkataan ini.
Jika disebabkan mahu menggalakkan penggunaan bahasa inggeris, kenapa pula matematik & sains yang mesti menjadi mangsa? Adalah lebih baik dilipatgandakan jam kredit mingguan pengajaran bahasa inggeris kepada semua peringkat persekolahan agar semua pelajar dapat menguasainya seawal dari pendidikan peringkat rendah.
Jika penentangan ini disebabkan mahu memperjuangkan nasib pelajar, kenapa setelah 6 tahun perlaksanaannya baru mahu mendesak supaya PPSMI dihapuskan atas alasan boleh menjejaskan prestasi pelajar? Kenapa bila sudah mengandung baru buat keputusan tidak mahu anak, lantas mahu memaksa isteri menggugurkan kandungan?
Jika menentang PPSMI kerana yakin matematik & sains lebih berkesan diajar dalam bahasa ibunda, apa jadi pula dengan nasib kaum iban dan kadazan yang bukan sedikit bilangannya di negara ini? Asal usul matematik & sains bukan dari bahasa inggeris, melayu, cina atau pun tamil. Algibra diasaskan oleh Ibnu Sina. Ibnu Sina ni orang arab. Jadi kalau ada hasil kajian mengatakan pengajaran S&M dalam bahasa ibunda lebih berkesan, jurublog rasa itu tidak ‘valid’. Kalau yakin penggunaan bahasa ibunda lebih baik, cadangkan saja semua subjek Kementerian Pelajaran diajar dalam bahasa ibunda kerana subjek lain pun berkesan juga kalau diajar dalam bahasa ibunda masing-masing.
Jadi, kerana apa semua desakan penghapusan PPSMI ini perlu dibuat sekarang? Tidak dulu dan tidak akan datang?

Jika dilihat dari watak-watak yang terlibat dalam GMP, ‘macam-macam orang ada’. Segala jenis pejuang ada. Ada pejuang bahasa melayu, mandarin dan tamil. Ada pejuang chauvinis kaum, ada pejuang ‘asal boleh dipolitikkan’ dan macam-macam jenis lagi ada.
Bila macam-macam ada, sudah tentu agenda pun macam-macam. Agenda tersurat hanya satu. Tapi lebih banyak yang tersirat.
Kerajaan pun satu hal juga. Tiada keyakinan untuk menjalankan dasar yang mereka sendiri putuskan. Kalau sudah buat keputusan, peganglah betul-betul dan perjuangkan secara pertanggunjawaban bersama. Bila bab kalah PRU 12 tahu pula maksud tanggungjawab bersama.
Ini tidak. Ketua Pemuda cakap lain, Naib Ketua cakap lain, MT cakap lain, MCA lain, MIC lain. Depan Tun Mahathir semua pakat sokong dan kata ‘ini satu dasar yang sangat baik dan memang Mahathir seorang pemimpin yang memandang jauh ke depan’. Bila Tun Mahathir pencen, baru berani kata, PPSMI harus diperhalusi, ditakuti pelajar luar bandar akan keciciran, perlu diajar dalam bahasa ibunda dan macam-macam ilham yang timbul.
Bila pembangkang asak, NGO dan segala mak nenek pejuang keluar membantah baru terkial-kial nak menjawab.
Macam mana dasar tak masuk angin….
1. Penentangan ini adalah atas dasar ilmu.
ReplyDeleteJemput baca Pengintegrasian Ilmu
atau muatturun PDF
2. Kenapa ia "bermula" sekarang?
Jemput baca Dialog Atuk dengan Cucu 80 tahun dari sekarang
& Jangan lupa baca Lawan PPSMI sekalipun ianya berjaya
Apa Jaminan Bahasa Inggeris Kekal sebagai bahasa ilmu
hmm apa tujuan diperkenalkan subjek sains dan matematik? untuk dikuasai ilmu sains dan matematik ka atau ilmu yang tiada sangkut paut dengannya?kalau subjek bahasa inggeris yang bermasalah, perbaiki saja program bahasa inggeris. kenapa sains dan matematik yang menjadi mangsa?hmm pelik betul orng melayu fikir.
ReplyDelete1. Penciptaan istilah baru dalam satu-satu bahasa adalah biasa. Apa yang dihairankan? Tidak semua istilah baru dipersetujui, saya misalnya lebih suka dimelayukan ejaan keyboard menjadi kibod. Tapi ia perlu. Mengapa tidak ada orang Inggeris menentang penginggerisan perkataan Arab "Sukkar" menjadi SUGAR?
ReplyDelete2. Algebra adalah sempena nama Al-Jabar atau panggilan latinnya Gebber.
3. Kenapa selepas 6 tahun? Penentangan sudah lama bermula, tapi kini setelah lengkap satu kitaran kita sudah dapat bukti kukuh untuk menentang. Kami bukan keras kepala, kami beri peluang, walau galang gantinya adalah masa depan anak-anak kami.
4. Perjuangan GMP bukan hanya untuk bahasa Melayu, tapi bahasa Ibunda juga. SRJK-C sudah lama dikecualikan dari PPSMI. Mereka juga tidak mahu ditimpa musibah yang sama. Apa salahnya mereka turut serta? Adakah anda anti mereka juga?
pada saya, penentangan ini tidak ikhlas. ianya bersifat politik.
ReplyDeleteAPAKAH HILANG IDENTITI MELAYU KALAU BALAJAR S&M DALAM BAHASA INGGERIS...
ReplyDeleteKAT KILANG AKU CAKAP BI TAPI KAT KAMPUNG & NGAN KAWAN2 AKU CAKAP BAHASA ULU BALING NU...
SENANG SEMBANG PASAL BAHASA MELAYU LAA... YANG KELATE KECEK KELATE, YANG PENANG HANG CAKAP PENANG, YANG KL DOK ADA EEEEEE, YANG NOGORI CAKAP NOGORI, APA NAK KECOH...
KADANG2 MACAM BODOH JA...
DIMANA BAHASA MALAYSIA.
TOK GURU NIK AZIZ KATA " PEKATAEE ALLAH HOK SEMUO OGHE" BAHASA APA NI...
MAI PENENG PLAK " HAMPA DOK PULUN NAK BELAJAQ S&M TU DALAM BAHASA OGHANG TU BUAT PA, HAMPA P TEMUDUGA DI PENANG NU PUAK CINA TU SEMUA GUNA BAHASA MALAYSIA" APA CHERITA....
KALAU KAT KL LAGI TERUK.." BUAT APE KORANG BELAJA BI NI, ANAK ORANG MISKIN MANE LAYAK CAKAP BI, KALAU SEMUE ANAK ORANG KAMPUNG PANDAI CAKAP BI, TAK DE PELUANG LA ANAK AKU DAPAT KEJE DENGAN MUDAH...
DI N9 (MAAF KK, DEN PUN ASAL PILAH, WAGHIH DEN ADO D K.KOPIH LAIE) "EKAU NAK BELAJO S&M DALAM BAHASO INGGERIS NI BUEK APO, TAK DO GUNO EH, SAPO YANG NAK KOJO MOTANG GOTAH MNANTI KALAU SEMUO DAH PANDAI2. KOBAU TAKDO OGHANG NAK JAGO."
DIMANA BAHASA MELAYU......DIMANA
KENAPA RAMAI PELAJAR MELAYU YANG KANDAS DI SEMESTER PERTAMA KURSUS ENGINEERING DI IPT?
SALAH SATU SEBABNYA IALAH KEJUTAN BUDAYA BAHASA.
TEPUK DADA TANYA KEIKLASAN, JANGAN IKUT NAFSU, IKUT HATI BUKAN IKUT PARTI.
KITA ANDA BANYAK LAGI MATA PELAJARAN
MAHASA MELAYU(WAJIB): BM
SEJARAH (WAJIB): BM
PENDIDIKAN ISLAM (WAJIB): BM
GEOGRAFI: BM
DAN LAIN2
anuar dah peralatkan dieoghang sumo ni.. bangang dan mada serta hampeh..! bia lah deh nak belajar sains n math dalam b.inggreis..kerajaan kito ni yg diketuai oleh PM ni sepatutnya tak layan sumo2 ni kalau seorang mempunyai pendirin teguh atas apa yang telah diputuskan olej kabinet..ni tak..sonyap n diam..dia cakap..bialah menmteri yg berkenaan jawab..ado ko camtu seorang PM..ada yer sikit desakan atas apa2 isu mulalah melatah dan suruh pinda dan ubah ..tak gheti aku de..!
ReplyDeleteaku nak jadi PM maghah lak rosmah kang..atau terjun bangunan lak die nanti..dah polis kena bukak kertas siasatan lak..susaahhh tullaahh..!
Bagi membolehkan orang melayu terus mampu bersaing dalam apajua bidang, dasar ppsmi harus di teruskan. Orang melayu tak akan hilang melayunya hanya kerana belajar sains dan matematik dalam BI. PPSMI akan memperkasa daya saing dan juang bangsa melayu. Persetan dgn penentang yang diperalatkan oleh pembangkang yang ingin menangguk diair keruh. Orang Melayu yang menentang, tak sedar dan tak tahu intipati sebenar PPSMI, mereka seolah-olah ak ingin melihat orang melau bersaing dipersada dan pentas global. KEKALKAN PPSMI
ReplyDeleteMasih tak faham-faham lagi isu PPSMI. Cubalah baca penjelasan pakar-pakar bahasa kita. Bukan ikut rasa sendiri-sendiri. Budaya merujuk sebegini perlu dibudayakan. Hentikanlah sikap sekadar nak tunjuk pandai. Padahal sebenarnya...
ReplyDelete