Suatu hari Saidina Umar Al Khattab sedang membaca dan membelek-belek kitab musyhaf Nabi Isa dan dengan bangganya beliau menunjukkan musyhaf tersebut kepada Rasullullah SAW.
Rasulullah menjawab, “Seandainya Isa hidup di zamanku, nescaya dia juga akan mengikutiku dan beriman dengan apa yang aku bawa”.
Bagaimana pula dengan usaha-usaha terbaru golongan yang cuba bergerak di atas ‘common ground’ antara kepercayaan agama, pendekatan ‘Islam friendly’, cuba bertoleransi dalam penggunaan nama Allah dengan menjadikan perkataan Allah sebagai ‘multi-purpose vehicle’ untuk semua tuhan-tuhan pelbagai agama?
Benarkah fahaman-fahaman keterbukaan, ketelusan, persamaan atau kesamarataan itu bersumber asal dari Islam? Atau kita sebenarnya mencedok fahaman tersebut dari sumber lain dan terus mengakui ini semua memang wujud dalam Islam serupa seperti maksud yang mereka fahami?
Maka, ada yang mula menyeru, ‘Ayuh, kenapa kita tidak boleh bersama’. ‘Mari kita bergerak di atas titik persamaan dan lenyapkan perbezaan antara agama kita’. ‘Hapuskan penyelewengan, ketidakadilan dan penindasan yang dibenci oleh semua tuhan-tuhan agama kita’.
Kepada semua melayu Islam janganlah dilepas pandang tentang peringatan Rasulullah saw ini.
Janganlah hendaknya kerana ‘KUASA’ anda menjadi terlalu kreatif dalam meraih sokongan dan dokongan dari rakyat hinggakan semua kaedah ingin diguna walaupun terpaksa berkompromi dengan ajaran agama orang lain, mengelirukan kefahaman sesama penganut agama dan membohongi tuhan melalui cara menipu manusia.
Batasilah percaturan politik kamu kepada had-had tertentu dan jangan rentasi sempadan ini hanya semata-mata ingin berkuasa atau ingin terus kekal berkuasa.
Hentikanlah pendekatan mengada-adakan fahaman yang nabi tidak pernah lakukan hanya kerana ingin dilihat sebagai pemimpin Islam yang paling diterima oleh semua penganut agama.
Jika wujud pemimpin Islam yang dapat diterima oleh semua agama dan kepercayaan, bermakna pemimpin tersebut telah mengatasi karisma dan kehebatan Nabi Muhammad saw.
Kepada melayu Islam, cina Islam atau pun India Islam, hentikanlah keterlibatan dalam perbalahan-perbalahan yang akhirnya pasti akan merugikan kita.
Memperkudakan orang lain atau penganut agama lain walaupun atas maksud untuk memartabatkan agama kita pun sudah dikira salah, apa lagilah memperkudakan mereka untuk mendapatkan mahkota kekuasaan negara dan negeri. Hakikatnya kitalah yang sedang diperkudakan oleh mereka.
Pak Lah, Najib, Anwar, Hadi dan Nik Aziz….Pertandingan bermain api sangatlah tinggi risikonya kepada agama, bangsa dan tanah air.
Anda menyangka dengan mencampurkan air ke dalam minyak, maka minyak akan kering. Hakikatnya airlah yang akan terlebih dahulu kering jika dipanaskan bersama minyak. Minyaklah akhirnya yang menjadi raja dalam kuali.
Api yang sedang membakar seluruh asas-asas penting pembinaan negara bangsa ini, tidak akan menghanguskan mereka. Kitalah yang akan terlebih dahulu kehangusan sumber kekuatan yang sudah sedia dimiliki.
Semakin marak api yang membakar kerangka asas negara, maka segala yang berunsurkan air akan lebih dulu hangus dan kering.
Jika perbalahan antara kamu tiada keputusan dan tiada pemenang mutlaknya, maka sudah pasti kemenangan akan berada di pihak sebelah sana.
Jika itu yang berlaku, bagaimana kamu akan ‘berhadap muka’ dengan kami yang akhirnya akan menanggung risiko hasil dari perjudian anda…?

Salam,
ReplyDeleteSikap MEMBAGAKAN DIRI dan SOMBONG juga akan membawa kepada kemusnahan Agama, Bangsa dan Negara. Rasa MALUlah pada Yang Maha Kuasa kerana KITA semua bergantung kepadaNya sahaja.
Kemballi lah ke pangkal jalan ketika luang masa masih lagi terbuka.Takut nanti KITA mensyirikkan Allah...nauzubillah.
Hanya kepada ALLAH kita berserah.
Artikal yang sungguh menarik.
ReplyDelete"bagimu agamamu, bagiku agamaku".
ReplyDeletesebab politik! DAP sokong PAS nak tubuh kerajae islam, MIC & MCA ikut aje UMNO pasal islam (setuju).
mu orang islam smuo, tak kira PAS, KEADILAN atau UMNO, paham tak maksud ayat di atas!tak kira orang gelar kita apa, tok guru ke.. menteri ke.. kalau tak paham maksud ayat diatas maka bergurulah semula. bab agama kita islam ni jgn dibabitkan orang kafir. menentangke.. menyokongke.. setujuke.. membantahke.. tidak membawa apa2 makna pada akaun amalan kita. sila hayati dan renungi dgn mata hati ayat diatas ini, jika masih tak paham carilah mereka yang berilmu yang boleh mentafsir dan menjelaskan ayat diatas