Monday, June 29, 2009

NIK AZIZ SANGGAH SAIDINA ALI

Kata-kata Saidina Ali karamallahuwajhah ‘Salah satu perkara yang mematikan hati umat Islam ialah berdebat dengan orang yang bodoh lagi tolol.’

Kalau Nik Aziz beranggapan orang UMNO itu bodoh lagi tolol, maka tindakan Nik Aziz mencabar Ds Najib berdebat hanyalah tindakan yang bakal mematikan hati beliau sendiri.

Sebagai orang yang merasa diri lebih baik dan alim dari orang lain, cabaran yang dilakukan itu hanyalah membayangkan bahawa Nik Aziz sedang melakukan satu tindakan yang bertentangan dengan agama seperti yang dikatakan oleh Saidina Ali.

Tapi orang alim ada banyak kelebihan. Dengan keilmuan yang tinggi dia boleh mentafsir dan berijtihad dan akan mengeluarkan hujah lain yang datangnya dari agama juga untuk membolehkan si jahil dan golongan taklid buta mengiyakan saja apa yang mereka perkatakan.

Sekian untuk renungan.

5 comments:

  1. Assalamulaikum Tuan,

    Di akhbar dan juga media2 alternatif kita sibuk memperkatakan tentang kerajaan perpaduan antara PAS dan UMNO. Nampaknya harapan ini mungkin hanya tinggal mimpi. Namum saya yakin masih ramai orang2 kita yang berdoa agar suatu hari nanti ia akan jadi kenyataan.

    Bagaimana pula di kalangan bolggers. Tidak pernah timbulkan cadangan untuk mengadakan muzakharah sesama bloggers. Munkin jika kerajaan perpaduan terlalu jauh untuk di gapai. Kenapa tidak kita mulakan dengan bloggers perpaduan diantara bloggers UMNO dan PAS.

    Sekian, buah fikiran saya.

    ReplyDelete
  2. SALAM
    Dasar perjuangan yang telah menjadi penghalang antara 2 parti, namun masih lagi terdapat ruang untuk mencari titik persamaan perjuangan, sama2 diusahakan.

    ReplyDelete
  3. Assalamulaikum Tuan,

    Di akhbar dan juga media2 alternatif kita sibuk memperkatakan tentang kerajaan perpaduan antara PAS dan UMNO. Nampaknya harapan ini mungkin hanya tinggal mimpi. Namum saya yakin masih ramai orang2 kita yang berdoa agar suatu hari nanti ia akan jadi kenyataan.

    Bagaimana pula di kalangan bolggers. Tidak pernah timbulkah cadangan untuk mengadakan muzakharah sesama bloggers? Mungkin jika kerajaan perpaduan terlalu jauh untuk di gapai. Kenapa tidak kita mulakan dengan bloggers perpaduan diantara bloggers UMNO dan PAS.

    Sekian, buah fikiran saya.

    ReplyDelete
  4. ore klate

    ada hati UMNO nak perpaduan dengan PAS, kamu dah buat mace2 kat PAS, kata PAS Taliban, parti tolak dunia, kamu dera kerajaan klate bebelas tahun,tiba tiba nak berpadu, gila ke apa UMNO ni,

    UMNO ni kalu dia kuat mace tahun 2004 jangan kata nak berpadu dengan PAS, dengan rakyat yang sokong dia pada PRU 11 tahun 2004 pun dia tindas, naik harga minyak, api, air, tambang pengangkutan awam yang melampau2.

    kawe sampai mati pun kalu spesis mace umno ni nak bebaik dengan PAS atas dasar melayu konon. Pergi Mampooooooooooooooooh lah

    ReplyDelete
  5. ore klate, kawe sokong 100% sanggahan demo nih. Umno la ni macam melukut tepi gantang atau idung tak mancung, pipi tersorong-sorang. Dah tau awak kupang busuk masih nak jual mahal. Tak sedar bahtera nak karam tapi masih berlagak. Tahun 2004 dulu, Ali Rustam haramkan kakitangan melaka ke Kelantan kerana dia bongkak tapi dah kalah, orang umno buat muka tak malu nak bersama Pas.

    ReplyDelete