GEORGE TOWN: PKR adviser and Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim apologised for his choice of candidates in the 2008 general election.
Anwar said he was responsible for selecting the MP candidates and had made “some mistakes” by choosing “shaky and unclean” candidates.
Anwar said he was responsible for selecting the MP candidates and had made “some mistakes” by choosing “shaky and unclean” candidates.
Mintak maaf pulak dah. Mohon maaf kerana kononnya beliau tersalah pilih calon yang tidak ada pendirian dan tidak bersih seperti mana bersihnya dia.
Jawapan ‘pintas’ ini sebenarnya adalah satu percubaan untuk menutup segala isu yang melibatkan Pakatan Rakyat dan masalah hilang kepercayaan pemimpin PKR terhadap kepimpinannya.
Cekap, memang cekap. Berbuih mulut si Zahrain buat kenyataan dan beri segala fakta kenapa dia tidak boleh lagi bersama Anwar, PKR dan LGE. Semua tu Anwar bilas dengan sekali air lalu saja. “Maaflah tuan-tuan, aku terpilih calon tak berguna’.
Itulah kelebihan yang ada pada CIFU Anwar.
Zahrain…, kacang je. Kes peribadi antara dia dan Saiful pun dia boleh ‘convert’ jadi isu antarabangsa, inikan isu si Zahrain.
Laporan peribadi Saiful yang ‘claim’ jadi mangsa CIFU Anwar pun dia boleh palitkan PM Najib tak fasal-fasal, inikan orang macam Zulkifli Nordin nak buat bising. Kicik punya hal lah.
Datuk Nasir Safar yang baru popular pun tak fasal-fasal masuk share dalam kes Al’entahtentuya...Kalau Dato Nasir tak popular, tak mungkin dia akan palitkan, sebab taada weight..Bila Dato Nasir jadi bahan kontroversi dalam isu lain pun dia ambik kesempatan untuk palitkan dengan isu Al’entahtentuentahtidaknya. Bak kata Ahmad Nisfu… bijak..bijak.
Anwar bagi hadiah seluar pada Saiful, dijadikan bahan lawak. Tak terberak 2 hari pun dianggap sesuatu yang pelik, macamlah Anwar dan pendokong taksubnya tidak pernah sembelit.
Najib kena palit lumpur kerbau betul-betul disebabkan si Saiful ada jumpa Khairil Anas, Pegawai Khas Najib. Secara rasionalnya sebagai seorang yang diminta pandangan, Najib mestilah bagi pandangan dan nasihat. Nasihat Najib, yang terbaiknya lapurlah pada pihak berwajib. Kalau tak cakap macam tu, Najib nak cakap apa? Nak nasihat jangan buat apa-apa? Atau buat macam Bekas Imam Masjid Negara.,Taib Azamuddin? Bila diminta pandangan dia bagi pandangan, tapi bila sudah jadi bahan kes, dia tukar kem, subahat dengan si pemangsa. Nak suruh Najib buat macam tu, baru dikira tidak berkonspirasi?
Memang pening kita berhadapan dengan manusia macam ni. Cifu manalah agaknya yang mendidik CIFU Anwar ni. Mahu jugak kita nak belajar supaya kita dapat kemahiran macam dia ni.
Di dunia memang untung besar kalau dapat jadi macam dia. Padang mashyar belakang kira. Cuba fikir… Semua dan segala jenis kesalahan yang telah diputuskan oleh mahkamah sebagai bersalah, semua rakyat boleh terima, termasuklah kes liwat orang yang selain dari Anwar, kes bunuh, kes dadah dan macam-macam lagi jenis kesalahan.
Tapi bila berlaku saja sebarang kes atau keraguan yang melibatkan CIFU Anwar, mereka yang taksub buta akan segera tanpa ragu mengecualikannya dari kemungkinan melakukan kesalahan tersebut. Tak payah layan. Gerenti tak betul.
Penyokong taksub buta dan buat-buat tuli akan beri syafaat dan lepaskan dia dari sebarang tuduhan. Malahan, pihak pendakwa, pihak kerajaan dan pihak yang menuduh akan dimasukkan dalam satu bakul dan ditimbang kati. Mereka pula akan dilihat sebagai bersalah dan berniat jahat.
Lebih baik berpolitik dengan orang yahudi dari berpolitik dengan orang gila yang didokong oleh penyokong gila dan pengikut taksub membabi buta. Padang politik tidak samarata. Dia langgar semua sempadan demi agenda politik tapi kita terikat dengan etika tertentu sebagai sebuah kerajaan yang mendokong keluhuran perlembagaan dan undang-undang.
‘Bahan awet peng-nyah kebenaran’ yang digunakan oleh CIFU Anwar untuk mengawetkan ‘akal rasional’ manusia memang berkualiti tinggi. Akal Nik Aziz dan Taib Azamuddin yang telah di top-up dengan keilmuan yang tinggi pun boleh diawetkan dek CIFU Anwar. Apa lagilah akal panjang sejengkal para pendokong buta hati dan pemikiran ‘batat’ pengikut taksub CIFU Anwar.
Pendokong buta hati CIFU Anwar bolehlah buat permohonan kepada tuhan sama ada untuk memberi ‘status halal’ kepada segala perlakuan Anwar atau pun memohon supaya Anwar dikurniakan ‘status maksum’ seperti mana nabi saw.
asalamulikum
ReplyDeletepelawat tua itu
ReplyDeletemasih lagi melawat setor-setor kunyit
walau senjenye telah lama baganti malam
pelawat tua itu
dia masih lagi gagah melangkah
melawati setor-setor kunyit
bau dan lama,
walau dahulu pernah dikabarkan
patah pinggangnya terjtuh kuda
walau selalu dia berdrama
bertopang leher kekadang berkrusi roda(ala-ala lorar burrrrruknya)
sedang di sana
sang isteri setia menanti
kepulangan pelawat tua
dengan seribu tanda-tanya
bersiponggang di dada resah
.
Tadi ketika minum di sebuah restoren di Kelana Mall, Kelana Jaya, saya terdengar pertengkaran kecil antara dua orang yang duduk di meja yang tidak beberapa jauh dari meja saya.
ReplyDeleteKetika itu berita TV sedang menyiarkan berita penolakan kes rayuan AnWar. Dari pertengkaran tersebut sahlah kepada saya bahawa seorang merupakan penyokong tegar BN dan seorang lagi merupakan penyokong tegar PKR.
Biasalah penyokong tegar PKR tersebut mengeluarkan kata-kata cacian dan makian kepada semua pihak yang dianggapnya cuba menamatkan riwayat politik Anwar, seperti Peguam Negara, Polis, Mahkamah, hospital, TV, akhbar Utusan dan tidak ketinggalan akhirnya dihalakan semua itu adalah konspirasi DS Mohd Najib, PM.
Kenyaringan dan ketinggian suara penyokong tegar PKR tersebut telah menjejaskan tumpuan pelanggan lain untuk mendengar siaran berita di TV.
Akhirnya penyokong tegar BN tersebut mengeluarkan wang kertas RM10.00 dan sambil menepuk meja dia berkata: "Nah RM50,000 aku bagi kau, sekarang kau pergi buat report kata aku meliwat kau. Kau rekalah cerita sesuka hati kau. Kau tuduhlah aku dan aku sedia ke mahkamah untuk mempertahankan maruah aku dan aku juga bersedia untuk bersumpah yang aku tidak meliwat kau. Jika kau menang kes, aku sedia ke penjara dan aku tambah lagi RM50,000 untuk kau" Katanya
"Eleh ke situ pulak kau.." jawab penyokong tegar PKR.
"Yalah kau fikir semua itu mudah direka cipta, cubalah kau reka, pakatlah dengan sesiapa yang kau suka, bayarlah. Tapi ingat jika aku didapati tidak bersalah maka aku akan saman kau sebanyak RM100 juta kerana memalukan aku diseluruh dunia." Katanya bangun pergi meninggalkan kawannya itu dan duit RM10 tadi ditinggalkannya mungkin untuk harga minuman mereka berdua.
Tiba-tiba seorang yang bertubuh besar di sebelah meja penyokong tegar tersebut berkata kepadanya: "Yang kes 1998 dulu AnWar dilepaskan walaupun hakim berpuas hati bahawa aktiviti liwat itu berlaku. Kenapa dia tak saman kerajaan, Peguam Negara atau polis. Yang dia saman Mahathir RM100 juta tu sebab pecat dia dari TPM, buka saman malu kerana konspirasi.Kau ni bangang ko, aku tempeleng kang" katanya dan penyokong tegar tersebut terus angkat kaki.
Sah akal orang berbadan besar tersebut tidak dapat di awetkan oleh AnWar.
Jokiden