"Transformasi dalam UMNO – Ezam Md Nor menjadi 1 ASET yang sangat tak ternilai kpd parti. Jasa dan pengorbanan dia begitu besar dan tiada bandingan. Atas dasar itulah dia akan dilantik sbg senator, barangkali mewakili generasi pelapis dlm parti yg sudah ketandusan pemimpin. Ramai pemimpin dalam UMNO tak layak menduduki kerusi dewan negara. Bertahun-tahun lamanya kita berperang dgn mereka, bertahun2 lamanya UMNO hampir hilang kuasa kerana perbuatan manusia spt dia, tapi alangkah bangganya kita pd hari ini dia sebaliknya mendapat sanjungan tinggi dan diberi tempat yg baik dlm parti.
Kemasukkan kembali dia dlm parti menggembirakan sbhg pemimpin UMNO tp percayalah, perlantikan dia nanti akan menyedihkan berjuta2 ahli yg taat setia pd parti. Selama bertahun2 di dlm parti kita tak pernah menyusahkan UMNO, tp org spt Ezam juga yg akhirnya dilihat sbg taruhan terbaik parti. Apa sudah jadi?
Betullah kata pepatah ‘gajah depan mata tak nampak, kuman seberang laut yg dilihat, dipuji…kera didi hutan nak disusukan, anak dlm parti dibiar tanpa perhatian’. Brgkali juga strategi Anwar nak memusnahkan UMNO dari luar tak berkesan, skrg dia ada org dalam yg boleh memecahbelahkan kekuatan UMNO yg semakin rapuh. Sedih kerana pemimpin masih mahu menjaga hati seorg manusia yg tbukti tidak berpendirian, merosakkan nama negara, pengkhianat bangsa, menjual maruah Melayu dan agama, hanya kerana kononnya dia insaf, maka dia wajar diberi layanan paling baik. Bagaimana perasaan dan hati jutaan ahli diprkt akar umbi?"
Jurublog hanya tulis semula sms ini untuk diberi komen yang wajar…
Sabarla nanti yg dah lama setia tu dapatla habuannya pokoknya kena kuat berkerja....Itu la berkerja mesti bersungguh-sungguh,bukan niat nak dapat habuan lumayan...seperti Sdr Ezam ni dia pun tak percaya dilantik jd senetor...Kalau berkhidmat dgn penuh ikhlas Allah akan balas berlipat kali ganda...
ReplyDeleteSo untuk ahli UMNO yg dah lama setia tu gandakan usaha anda buktikan yg anda semua boleh...Bukan boleh BLAH...
Setuju. Najib dah jadi macam pak lah. hanya dengar cakap punahsihat. Apakah berbaloi jasa nya hanya utk satu kerusi parlimen?
ReplyDeleteGadailah banyak2 maruah ahli2 yang setia. Pengkhinat dan pelompat di "hero" kan. Sekarang pun pasang poster BN guna pendatang haram. Hidang makan mesyuarat umno pun guna pendatang haram.
ReplyDeleteKami di johor perhati dengan sebak dan geram.
Atas dasar kasih kepada Tok Guru Nik Aziz kami telah cipta satu page goup facebook "Kami akan lindungi Tok Guru Nik Aziz"
ReplyDeletehttp://www.facebook.com/group.php?gid=117576414938578
Ini janji kami Anak-anak Kelantan yang berada di IPTA/S
harap pihak admin sebar2kan lama page facebook ini demi rasa kasih kita kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ... Tok Guru kami
Salam,
ReplyDeletemaaf,pandangan ini adalah pandangan peribadi saya.Bagi saya tidak salah bila ezam dilantik sebagai senator.Ada sebab kerajaan lakukan memandangkan sindrom ANWAR yg berleluasa,mungkin seperti kata tuan ramai pihaklah yg akan kecewa.Tetapi kecewa kerana apa?kalau kita setia maka kita tidak akan kecewa sebaliknya menilai dgn serius kewajaran tindakan kerajaan.Janganlah asyik berprasangka kerana jika ramai dikalangan ahli kita yang bersikap begitu ertinya tidak akan ada kemasukan ahli2 parti lain yg bertukar fikiran dan ingin menyertai parti kita.Ingatlah satu perkara 'RUNTUHNYA KERAJAN ADALAH KERANA HASAD DENGKI'
wassalam
-Pemerhati Muda-
Usahlah jadi seperti PKR yang mengagung-agungkan orang baru setahun jagung menyertai.
ReplyDeleteBertimbun mereka yang layak. Nak taknak, saya rasa simpati kepada Khairy Jamaluddin yang menang kerusi Ketua Pemuda dan Ahli Parlimen. Sekurang-kurangnya telah terbukti dia menerima sokongan rakyat dan ahli UMNO berbanding Ezam yang menyertai UMNO baru 2 tahun. Apa jasanya???
Koh Tsu Kun kalah di Batu Kawan dilantik menjadi menteri, Shahrizat kalah di Lembah Pantai jadi menteri tapi Khairy? Apa sundalnya Khairy sehingga diperlakukan sedemikian??
Oh Najib...
Ada orang berkata, Ezam amat berjasa kepada Najib kerana beliau yang membawa Saiful kepada Najib, jadi habuan nya ialah kerusi Senator.
ReplyDeleteJadi sekiranya Ezam mendedahkan pula enam kotak rahsia pemimpin saperti Rafidah Aziz, Tum Daim, agak-agaknya apa Ezam dapat.
Bagus juga jadi "mole atau whistle blower nie ya kaya raya, lagipun kan sekarang ada akta whistle blower.
Saya amat mengalu-alukan kalau Ezam dgn kapasiti sebagai Senator, boleh dengan mendedahkan enam kotak rahsia yang selalu di canangkannya. Betul atau hanya acah-acah aje?
Hidup Ezam, hidup pengkianat Melayu...
Johan Mat Diah - Calon Bebas Hulu Sgor yang bijak.
ReplyDeleteTak perlu Masuk lokap mcm Ezam, tp dah dapat habuan
Apa yang berlaku memang aku dah agak sejak Ezam rujuk perkahwinan dengan UMNO. Dalam PKR dia tak boleh naik, peluang tu hanya dalam UMNO aja. Sebab tu dia tak lepaskan peluang ini dan apa hal dengan pejuang dan ahli UMNO yang taat dan setia?
ReplyDeleteDan aku memang tak hairan jika Najib pilih Ezam, sebab memang dah perangai UMNO akan lantik sesiapa yang dia suka. Biarlah orang yang dipilih tu tidak disukai ahli yang setia dan taat. Biasalah sikap orang Melayu sejak dahulu mesti taat dan setia pada Ketua biarpun keputusan yang dibuat tidak memuaskan hati ramai ahli.
Contohnya kampung asal aku di Bekok, Segamat, Johor...nak tau ceritanya, Ketua Kampung yang dilantik sebenarnya bukan penduduk asal Mukim Bekok tapi pendatang dari tempat lain. Tanah sekangkang kera pun tak ada di Mukim Bekok. Latar belakang pun teruk juga sebab memang tak layak jadi Ketua Kampung pun...tapi pasal ada orang dalam Politik UMNO maka dia dilantik jadi Ketua Kampung sedangkan Anak Jati dan berpendidikan akademik dan agama pun ramai lagi, cuma tidak berapa aktif dalam politik aja.
Dah..lah jadi Ketua Kampung, mesyuarat JKKK sejak dilantik hampir 3 tahun sehingga sekarang tidak pernah dibuat. Macam mana nak jaga keselamatan kawasan? Nak bertanya khabar anak mukim jauh sekali. Maaflah..bukan nak burukkan Mukim sendiri tetapi nak beritahu itulah amalan UMNO. PRU ke-13 jadi penentuan, tapi BN tetap menang juga kawasan tu. Harap-harap ada Pakatan Pembangkang yang berminat bertanding kawasan DUN Bekok. Di Bekok tiada kemajuan langsung walaupun dah lama BN pegang, so lebih baik Pakatan Pembangkang pegang sama aja.
SALAM 1 MALAYSIA
ReplyDeleteKadang-kala bagus juga ada Pakatan Pembangkang ni PAS, PKR & DAP ni. Aku bukan penyokong Pakatan Pembangkang ni tapi meluat dengan KEALPAAN PEMIMPIN BN TERUTAMA UMNO. Kali ni dalam PRU Ke-13 aku cuba nak ajak kawan-kawan yang layak cuba pangkah PEMBANGKANG. BN pun bukan ada bawa apa-apa perubahan di kawasan kampung aku pun sejak aku dari bangku sekolah sehinggalah sekarang dah beranak lima sekarang ni. Bukannya nak buruk-burukkan UMNO atau BN tapi itulah kenyataannya tambah lagi seorang yang pernah jadi PENGKHIANAT BANGSA DAN AGAMA (EZAM) boleh dilantik Senator? Ketandusan pemimpin pelapis ke UMNO?
Pemimpin UMNO wajib berhati-hati dengan kenkawan yang menyeberang semula ke UMNO tak kira dari parti mana pun kerana telah banyak dihidangkan di dada-dada akhbar tentang ratusan malah ribuan ahli-ahli yang disana tu kembali ke pangkal jalan...namun benarkah mereka ini menyokong atau membawa rebah... keputusan beberapa PRK yang lalu telah menjadi saksi...
ReplyDelete