Rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu memerlukan suatu tingkat kewarasan yang sebenar bagi menilai apa sebenarnya yang sedang berlaku di negara ini dan apa kemungkinan-kemungkinan implikasinya terhadap masa depan generasi baru Malaysia di masa depan.
Dalam subjek matematik, kita tidak akan menemui jawapan yang betul jika kita gagal memahami prinsip asas dan formula pengiraannya. Begitu juga dengan subjek perakaunan. Kita tidak akan dapat jawapan yang betul jika kita gagal memahami prinsip-prinsip asas perakaunan.
Jika kita tidak memahami prinsip asas dan formula pengiraannya, tetapi kita masih memperoleh jawapan yang betul, itu berlaku disebabkan oleh beberapa kemungkinan. Antaranya ialah disebabkan ‘nasib’. Ke duanya mungkin disebabkan kita meniru atau ikut-ikutan, dan ke tiganya mungkin kerana menghafal jawapan dan secara kebetulan soalan yang keluar sama dengan latihan yang kita buat sebelum peperiksaan.
Bagaimana kita sebagai rakyat dan pengundi boleh menemui pilihan yang betul, siapa yang seharusnya diberi mandat untuk memimpin negara? Apakah prinsip asas dan formula penilaian yang kita buat untuk memilih? Apakah pilihan yang kita buat itu mengikut prinsip dan formula yang betul dan sepatutnya? Apa sebenarnya yang kita mahu hasil dari pilihan yang kita buat?
Sudah semestinya akan berlaku implikasi hasil dari pilihan yang kita buat, sama ada implikasi itu implikasi yang baik atau pun sebaliknya.
Apa yang menjadi kebimbangan hari ini ialah jika rakyat atau pengundi membuat pilihan di atas asas dan prinsip yang salah. Mereka membuat pilihan yang salah kerana mereka berpegang kepada prinsip dan formula yang disalah tafsir atau di atas fakta yang diselewengkan.
Hari ini terlalu banyak versi yang sengaja dilemparkan bagi tujuan mengelirukan rakyat dari mendapat fakta dan maklumat yang sebenar tentang sesuatu isu.
Memang sudah lumrah alam bahawa akan ada di kalangan manusia yang akan bertindak mengikut agenda dan kepentingan mereka. Mereka mahu agar orang lain juga mengikuti kehendak dan agenda mereka. Kitab samawi seperti Taurat, Zabur dan Injil yang datang dari tuhan pun diselewengkan, apa lagilah kalau perkara-perkara yang dibawa oleh manusia.
Tetapi malang, secara persepsinya maklumat dan tindakan dari kerajaan yang memerintahlah selalunya yang akan disalah anggap oleh rakyat, kononnya setiap apa yang dibuat oleh kerajaan itu penuh dengan muslihat dan kepentingan diri. Setiap rancangan pembangunan kerajaan akan terus dianggap ada sebab, iaitu untuk memperkayakan kroni. Suatu projek untuk rakyat yang dibangunkan oleh kerajaan itu semuanya dilakukan semata-mata kerana rasuah, seolah-olah pemimpin kerajaan hanya berfikir untuk rasuah, rasuah dan rasuah atau untuk kroni, kroni dan kroni. Semua tuduhan dianggap benar tanpa perlu bukti apa-apa.
Rakyat yang telah berjaya diselewengkan pemikiran oleh pihak pembangkang sudah pasti akan membuat keputusan memilih untuk menjatuhkan kerajaan yang ada bersandarkan pandangan dan maklumat dari pihak yang sentiasa mempertikaikan tindakan dan dasar kerajaan.
Jika majoriti rakyat berjaya diselewengkan pemikirannya, maka sudah pasti kerajaan yang ada akan tumbang.
Saya sendiri pun akan bertindak menjatuhkan kerajaan yang ada jika benar-benar kerajaan ini tidak lagi membantu rakyat. Jika pemimpinnya benar-benar rasuah dan memperkayakan kroni semata maka saya juga akan menentang perlakuan ini. Tetapi saya juga tidak mudah untuk diperdayakan dengan maklumat-maklumat separuh masak yang sering ditabur oleh pihak pembangkang.
Pembangkang hanya boleh memperdaya pemikiran-pemikiran yang tidak mahu menggunakan akal untuk menilai dengan rasional setiap apa yang diperkatakan. Golongan penerima bulat-bulat tanpa berfikir dan menilai sebarang maklumat dan tuduhan yang dibuat oleh pembangkang adalah golongan yang lemah daya fikir. Pembangkang begitu mudah memperdaya emosi mereka sehingga tertutup terus pintu hati mereka untuk menerima pandangan ke dua dari pihak lain atau pun pihak kerajaan.
Contoh terbaru, maklumat risikan yang dibocorkan oleh Wikileaks baru-baru ini mengenai isu perlakuan lewat batasan Anwar Ibrahim. Mereka yang sudah diperdaya emosi dan pemikiran oleh Anwar sudah pasti menolak mentah-mentah apa juga maklumat yang boleh mencemarkan Anwar. Tetapi pada masa yang sama menerima pula maklumat lain yang dibocorkan wikileaks, jika maklumat itu berkaitan dengan keburukan pemimpin kerajaan.
Di sini jelas dapat kita nilai betapa pemikiran mereka sudah tidak dapat lagi berfikir secara adil dan rasional. Inilah golongan yang saya maksudkan golongan yang lemah daya fikir dan telah diperdayakan emosi mereka oleh Anwar. Golongan sebegini tidak perlu kepada timbang tara atau pihak ke tiga seperti mahkamah untuk mengadili benar atau tidaknya tuduhan ini. Mereka hanya mengiktiraf mahkamah yang boleh memastikan Anwar tidak bersalah. Keadilan bagi mereka hanya satu, iaitu mahkamah mesti mengikut keputusan sebagaimana yang mereka mahukan. Jika mahkamah bertindak bertentangan dengan kehendak mereka, itu bermakna mahkamah telah dibeli dan dipengaruhi oleh pihak kerajaan.
Inilah masalah terbesar yang dihadapi oleh pemimpin kerajaan selepas Anwar tidak lagi menjadi pemimpin kerajaan.
Pemimpin kerajaan berhadapan dengan pemimpin pembangkang yang tidak mengiktiraf apa juga undang-undang dan institusi yang ada. Pemimpin pembangkang yang berkebolehan memperdaya emosi rakyat yang lemah daya fikir. Pemimpin pembangkang yang sanggup melakukan apa saja, termasuk menghancurkan imej negara di luar negara, mencabar institusi tertinggi, iaitu Majlis Raja-Raja dan mencemar parlimen yang mulia.
Pemimpin yang mengamalkan ‘tindakan nekad’, memegang prinsip ‘kalah jadi abu menang jadi arang’ adalah pemimpin yang emosional dan tidak punya keupayaan untuk berfikir dua kali tentang baik buruk kesan tindakan mereka kepada negara, kepada keharmonian masyarakat dan kepada keamanan negara. Bagi golongan ini, jika keadaan aman, negara stabil dan rakyatnya hidup aman dan selesa, maka mereka merasa kerugian dari segi politik. Itu sebab pemimpin seperti Anwar tidak akan selesa dan berasa kepanasan jika negara ini stabil, aman dan harmoni kerana keadaan ini akan mengancam dan menjejaskan pengaruhnya di kalangan rakyat.
Anwar mahu suhu kepanasan sentimen yang tinggi di kalangan rakyat kekal. Jika suhu sentimen rakyat jatuh merudum, pengaruh Anwar juga akan turut jatuh merudum. Anwar akan mencari helah bagaimana sentimen rakyat terus panas membara. Jika repot polis terhadapnya dirasakan tidak cukup kuat untuk menaikkan perhatian dan sentimen rakyat, dia akan cari lagi bahan bakar tambahan untuk memastikan sentimen rakyat beri impak yang besar kepada kerajaan. Itu sebab dia mengambil keputusan ‘muka tak bermalu’ dengan membuat helah mencari perlindungan di Kedutaan Turki.
Inilah Anwar..anugerah ciptaan tuhan untuk rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia gunakanlah fikiran yang tuhan anugerahkan baik-baik. Janganlah biarkan fikiran dan emosi dengan mudah menjadi tunggangan Anwar.
Bodoh sangatlah … Anwar tidak kenal pun sebahagian besar dari penyokong taksubnya. Tapi pentaksub ini tak pasal-pasal sanggup menjadikan emosi dan fikiran mereka sebagai kuda tunggangan.
If I am Anwar I will do what I am doing now to clear myself.
ReplyDeleteWhat else can he do?
Who started all these rioting in the streets of Kuala Lumpur ? Dr.Mahathir, the late Tun Ghafar Baba,Tun Abdullah Badawi,Dato' Najib?.
Who started the May 13 riots ? the late Tunku,Tun Abdul Razak.? If Anwar tells them the names above - they will also believe him.
There are people out there who believe in him.
Leave them alone,as stated by you - Kalah jadi abu menang jadi arang.