UMNO sudah menunjukkan peningkatan sokongan orang Melayu di Tenang. Sokongan kaum India juga sudah kembali kepada BN. Tetapi MCA masih gagal untuk meraih undi cina.
Segala desakan MCA hampir semua sudah dipenuhi oleh BN. Mendesak supaya UMNO berhenti dari menganggap diri sebagai ‘Big Brader’. Desakan supaya diberi peranan yang lebih besar di dalam kerajaan. Desakan supaya sekolah vernakular ditambah peruntukan. Desakan dasar ekonomi yang lebih liberal juga turut dipertimbangkan.
MCA sejak dipimpin oleh Soi Lek, kadang-kadang kelihatan lebih DAP dari DAP dalam soal memperjuangkan kepentingan masyarakat cina.
Banyak isu yang di utarakan Soi Lek yang menyebabkan pucuk pimpinan BN berada dalam kedudukan serba-salah. Tetapi demi memberi muka agar MCA dapat menarik kembali sokongan kaum cina kepada BN, banyak isu-isu yang dibawa oleh Soi Lek telah dipertimbangkan.
Kesimpulan yang boleh dibuat ialah tindakan pucuk pimpinan BN melayan tuntutan MCA ini sebenarnya tidak mendatangkan apa-apa benafaat kepada BN. Kaum cina tetap juga cenderung menyokong pembangkang.
BN harus mengakui pendekatan tolak-ansur dan memenuhi segala tuntutan yang dibuat oleh MCA selama ini adalah satu tindakan yang salah. Ubat dan cara rawatan baru harus difikirkan dalam berurusan dengan MCA.
Jika ini caranya BN berurusan dengan MCA, maka dalam keadaan apa pun MCA tidak akan menjadi rakan yang bertanggungjawab kepada BN. Jika MCA mendapat sokongan kuat masyarakat cina, mereka akan tuntut lebih kuasa kerana mereka kuat. Dalam keadaan mereka lemah pun mereka akan tuntut lebih kuasa atas alasan untuk mengembalikan sokongan kaum cina kepada BN.
Ke dua-dua senario tetap memberi kelebihan kepada MCA.
MCA akhirnya jadi mata gergaji. Disorong kita putus, ditarik pun kita putus.
No comments:
Post a Comment