Thursday, January 27, 2011

Taksub Anwar

Banyak komen yang tidak berpijak di bumi nyata, samada komen dalam blog ini mahu pun dalam lain-lain blog. Ada yang tidak relevan dengan apa yang dibincangkan dan ada yang hanya mahu melepas geram dan kesumat. Komen-komen sebegini jelas bukan bertujuan mencari kebenaran. Ia hanya untuk mempertahankan ketaksuban kepada pendirian yang mereka pegang. Mereka inilah sebenarnya penganut fahaman assobiah tegar, iaitu menyokong secara buta tuli kabilah mereka walau pun terang dan jelas bersalah.

Untuk artikel yang ke hadapan ini, saya tidak akan menumpukan kepada kritikan-kritikan terhadap pemimpin pembangkang, sebaliknya akan menumpukan kearah memerangi penyakit-penyakit taksub para penganut fahaman taksub kalangan penyokong pembangkang yang sedang dibuai oleh kebenaran palsu dengan di sokong kuat oleh bisikan iblis dan syaitan. Penganut fahaman taksub ini adalah di antara penyumbang terbesar kepada bermaharajalelanya fitnah dan pembohongan demi pembohongan yang di pimpin oleh pembohong kelas dunia, Anwar Ibrahim. Fitnah dan pembohongan akhir zaman ini sudah sampai ke tahap kerosakan total pemikiran masyarakat yang sudah melihat kebenaran sebagai palsu dan kepalsuan sebagai kebenaran.

Saya adalah pembantu dan penyokong UMNO. Ada yang mengatakan saya terlalu taksub dengan UMNO. Terlalu melayu sehingga tidak mahu langsung menerima hakikat kononnya UMNO dan perjuangan melayu sudah basi dan ketinggalan zaman. Kononnya saya sudah tersalah langkah dan mereka tidak pernah tersilap walau pun selangkah.

Kalau mereka baca semula semua posting saya, tentu mereka ini boleh tahu bahawa saya juga sering membuat kritikan yang pedas kepada UMNO dan sebahagian pemimpinnya yang saya kira tidak betul. Sebenarnya ketaksuban mereka telah menutup pintu hati mereka untuk menerima kenyataan ini.

Saya mengkritik pindaan perlembagaan UMNO. Saya juga mengkritik pendekatan pemimpin UMNO yang terlalu akomodatif dengan kehendak rakan-rakan komponen. Saya juga mengkritik sebahagian dasar liberalisasi ekonomi dan meritokrasi yang dilakukan oleh kerajaan yang saya kira tidak menepati peruntukan yang telah termaktub di dalam perlembagaan.

Banyak lagi kritikan yang saya lontarkan.

Saya juga terlibat secara langsung dengan Mukhriz Mahathir mendesak Abdullah Badawi meletak jawatan sewaktu kami duduk di dalam barisan EXCO Pemuda UMNO Malaysia. Tiada seorang pun di kalangan MKT yang berani bersuara. Di dalam pemuda sendiri pun Dato Hisham telah mempertikaikan tindakan kami. Semua ini kami lakukan tanpa rasa takut.

Istilah taksub dan menganggap pemimpin seperti ‘tok pekong’ seperti yang dilakukan oleh penyokong taksub PAS dan Anwar Ibrahim tidak ada dalam jiwa kami. Mana yang salah tetap salah dan benar tetap benar. Saya tidak membutakan mata terhadap kesalahan pemimpin saya hanya kerana dia memimpin UMNO. Saya tidak menyokong membuta tuli hanya kerana pemimpin itu idola saya. Saya tidak akan terus mengganggap pemimpin yang saya sokong itu maksum dan sudah pasti tidak bersalah seperti tabiat penyokong buta tuli Anwar Ibrahim.

Penyokong taksub dan buta hati Anwar Ibrahim akan menolak mentah-mentah sebarang perkara yang boleh dikira menjejaskan kredibiliti Anwar. Persoalan benar atau salah bukan isu bagi mereka kerana hati mereka sudah bertaklid bahawa Anwar tak mungkin bersalah. Golongan penganut fahaman taksub ini telah menyamakan tahap Anwar Ibrahim dengan kekasih Allah,Muhammad saw yang bersifat maksum.

Pendek kata, kalau Anwar terjatuh dari kuda pun dia akan salahkan kuda yang ditonggang. Kalau Anwar terkena keracunan makanan pun mereka tak akan tanya Anwar, sebelum makan bismillah ke tidak. Kalau anwar tersepak batu pun dia akan salahkan orang lain, kenapa biarkan batu bersepah hingga menyebabkan Anwar terjatuh.

Inilah sifat taksub yang sangat menyesatkan. Tanyalah pemimpin PAS, khususnya Nik Aziz, apakah hukum seseorang yang mengamalkan taksub buta.

Tanyalah kepada Taib Azamuddin apa sebabnya dia berdiam diri terhadap aduan yang dibuat oleh mangsa liwat Anwar? Harapkan ulamak untuk beri panduan kepada dia, akhirnya ulamak itu sama saja tarafnya dengan Karpal Singh yang menukar pendirian menyokong Anwar bila kerajaan mengambil tindakan terhadap Anwar.

Tanyalah Bekas Imam Besar Masjid Negara ini, kenapa dia sanggup pula menyokong Anwar dan membiarkan rakyat yang dahagakan kebenaran, akhirnya porak peranda dengan muntahan maklumat palsu sehingga tercetus fitnah besar di dalam masyarakat tentang kes liwat Anwar.

Tanyalah kepada Nik Aziz kenapa dia boleh bersangka baik dengan Elizabeth Wong tapi menutup terus pintu hati beliau untuk mencari sedikit kebenaran yang dilakukan oleh pemimpin Islam UMNO?

Tanyalah kepada Nik Aziz kenapa begitu keras fatwanya kepada sebarang kesalahan dari segi hukum yang dilakukan oleh pemimpin UMNO tetapi begitu lunak dengan YB kafir perempuan yang berdiri di depan mimbar masjid?

Tanyalah kepada semua pemimpin PAS termasuk Mat Sabu yang menjadi orang pertama menggelar Anwar dengan Al-juburin, akhirnya ke hulu ke hilir sepentas dengan Anwar untuk mempertahankan Anwar. Kenapa mereka bertaklid dalam kes liwat Anwar Ibrahim? Kenapa mereka terus saja beranggapan Anwar memang tidak bersalah dan turut menganggap semua itu fitnah dari pemimpin UMNO, sedangkan dia dan Karpallah yang terhegeh-hegeh mencari dan membocorkan maklumat Anwar seorang homoseks di Parlimen?

Tanya juga kepada pemimpin PAS, PKR dan penyokong buta hati Anwar, kenapa terus saja menjatuhkan hukum bahawa Najib terlibat dengan pembunuhan Altantunya?

Tanya juga kepada PAS kenapa isu YB Pas yang dikatakan berzina dalam keretapi, terus saja didiamkan malahan membuat fatwa sendiri bahawa tuhan telah mengampunkan kesalahan YB tersebut, lantas terus saja menyorong tuduhan itu ke bawah tikar?

Ke mana sebenarnya hala perjuangan yang hendak di bawa oleh PAS? Ke mana sebenarnya Pas ingin membawa para penyokongnya? Ke neraka kah atau ke syurga?

Tanyalah kepada penyokong taksub dan buta hati Anwar Ibrahim, selama mana dan sejauh manakah kesanggupan mereka untuk terus dipermainkan dan diperbodohkan emosi mereka oleh Anwar?

Anwar sendiri pun terkejut besar kerana strategi dia mempengaruhi minda rakyat dengan teori konspirasi peringkat tertinggi telah berjaya membawa lautan manusia ke jalan-jalanraya.

Apabila dia mendapati teorinya diterima dan mendapat sambutan hebat rakyat, maka sejak dari itu Anwar sudah yakin bahawa segala apa yang keluar dari mulutnya akan dipercayai oleh rakyat. Sejak dari itulah dia sudah tidak canggung lagi untuk melakukan pembohongan demi pembohongan. Hari ini kaedah inilah yang sedang dipergunakannnya untuk meruntuhkan kerajaan BN dan menetapkan sasaran untuk mengambil-alih Putrajaya pada PRU 13 nanti.

Cuba bayangkan jika Anwar Berjaya memerintah Negara cukup dengan cara memperbodohkan minda rakyat dengan berita-berita pembohongan.

Jika itu yang terjadi, maka terlalu rendahlah tahap pemikiran dan minda rakyat Malaysia hari ini.

3 comments:

  1. Carilah kebenaran dalam hidup bukannya kesalahan. Jauhilah dari sifat membangkang kerana membangkang itu sifat iblis. Ketua pembangkang yg terulung namanya Azazil.
    Memperjuangkan Islam kerja RasulAllah,kerja kita perjuangkan bangsa.

    ReplyDelete
  2. ALA SIJUBUR TU NAK BUAT APA... RAKYAT BUKAN BUTA.. DIA AJAR RAKYAT KURANG AJAR "JIKA" DIA JADI PM.. HANCUR RAKYAT KEJA KAN DIA...JUBUR TU BERDENDAM DGN TUNM.. POLIS DAN PEGUAN NEGARA ....MANA KAN MAMPU RAKYAT CAYA KAT DIA LAGI.. KAKI LIWAT/PUTAR ALAM/ KAKI TANGGUH KES/ KAKI JUAK YAHUDI...DIA NAK BALAS DENDAM AJA..THAT ITS

    ReplyDelete
  3. Penyokong-penyokong Anwar hendaklah kerap buat sembahyang hajat. Mereka masih tak percaya apa yang berlaku pada saudara Anwar. Mudah-mudahan Allah bantu orang yang teraniaya dan mudah-mudahan Allah tunjukkan juga kebenaranya kepada semua.

    ReplyDelete