Monday, March 21, 2011

FILEM DIBINTANGI ANWAR BAKAL TENGGELAMKAN MERONG MAHAWANGSA..

Semua pihak dinasihatkan jangan melatah atau terlalu suka dalam hal pendedahan terbaru video seks Anwar Ibrahim. Para blogger pro-kerajaan juga diingatkan jangan terus membuat kesimpulan bahawa aksi dalam video itu memang aksi Anwar.

Terlalu awal untuk dibuat kesimpulan. Terlalu banyak persoalan yang bermain di fikiran.

Dari mana sumber video seks ini belum boleh sama sekali diterima pakai kerana orang yang mendedahkannya pun tidak mahu memperkenalkan diri. Dia hanya mahu dikenali dengan nama Dato T.

Selaku rakyat Malaysia saya sangat kesal bercampur marah dengan tindakan tidak bertanggungjawab orang yang bernama Dato T kerana menghebahkan wujudnya video seks Anwar Ibrahim kepada para wartawan tetapi tidak mahu memperkenalkan diri.

Pemikiran rakyat semakin kalut dengan tindakan baling batu sembunyi tangan Dato T dan boleh menyebabkan negara menjadi huru-hara dengan kewujudan video seks terbaru ini. Sudah pasti pihak penyokong Anwar dan pihak yang tidak menyokong Anwar akan terus menidak dan mengiyakan perlakuan ini walau pun kesahihan video ini masih terlalu awal untuk dibuat kesimpulan. Golongan rakyat atas pagar yang hanya mahukan kebenaran juga akan turut menjadi mangsa dengan pendedahan yang tidak bertanggungjawab ini.

Siapa Dato T..?

Apa yang kita baca melalui Malaysian Insider atau Malaysia Kini, Dato T telah diminta oleh Anwar untuk mengambil jam yang tertinggal di hotel yang dimaksudkan.

Kenapa begitu susah untuk mencari jam yang tertinggal dalam bilik hotel hingga terpaksa mencari sehingga ke belakang almari?

Jam itu pun tak disebut dijumpai di bahagian mana dalam bilik tersebut.

Apa pula tujuan Dato T bertindak sendirian dengan hanya memanggil kumpulan wartawan tertentu untuk menyaksikan tayangan video Anwar main seks dengan amoi china ni?

Apakah benar Anwar menginap di hotel tersebut kerana menurut Wan Azizah, Anwar ada bersama beliau dan anak-anak di rumah pada malam 21 Februari? Jadi kenapa Dato T beritahu Anwar arahkan dia pergi ke hotel untuk mengambil jam?

Tidak payah kita pergi lebih jauh membayangkan dan berhujah tak tentu fasal bab video Seks Anwar ni.

Kita hanya perlu tahu siapa Dato T dan polis perlu dapatkan cerita sebenar dari Dato T terlebih dulu.

Kenapa dia cari jam sampai belakang almari.

Macam mana dia boleh jumpa wayar dan cctv.

Kenapa dia berani sangat kopakkan laci almari milik hotel tersebut.

Siapa yang pasang cctv. Pihak hotel juga perlu beri penjelasan.

Kenapa Dato T bertindak sendirian dan tak menyerahkan perkara ini kepada polis.

Kenapa dia sendiri yang bertindak untuk menyerahkan video kepada Wan Azizah.

Kenapa tiba-tiba mengugut Anwar dan Wan Azizah, dan memberi tempoh seminggu jika tidak memberi jawapan dia akan sebarkan video tersebut kepada orang ramai?

Bukankah jika berdasarkan cerita yang dibawanya, dia telah diminta oleh Anwar sendiri untuk mengambil jam yang tertinggal?

Sekali lagi orang yang terlibat secara langsung dengan Anwar yang mendedahkan perkara-perkara yang tidak diketahui umum ini.

Jika Dato T nanti dituduh sebagai orang yang dihantar oleh UMNO atau kerajaan untuk mengaibkan Anwar, memang sahlah Anwar terlalu lemah kerana terlalu mudah musuh menghantar orang hingga berjaya masuk ke dalam kelambu.

Sama-samalah kita tunggu satu drama terbaru yang dihidangkan untuk perbicaraan umum rakyat Malaysia. Hero filem masih lagi dibintangi oleh Anwar Ibrahim. Berkemungkinan, Anwar juga yang bertindak selaku pengarah dan penulis skrip filem yang bakal menenggelamkan Filem Merong Mahawangsa yang sedang ditayang di pawagam.

Kita merancang, Allah juga merancang. Kita sama-sama tunggu perancangan siapa yang maha hebat.

2 comments:

  1. Aku rasa atas rasa nak tahu yang amat sangat, maka Datuk T ni pasang kamera tu...betul atau tak nuar ni macam kucing...depan khalayak tunjuk alim. Belakang buat kerja zina tu...memang padan muka kaulah nuar oii.

    ReplyDelete
  2. Surprising!!!!! A Sex's Video Show at Carcosa for the Press. Not so surprising that the Press has become sex craze nowadays. Wonder what will happen to our generation soon. OMG, Malaysian's people are getting overdose by sex news. Sex Tsunami has invaded Malaysia. May Allah save us.

    ReplyDelete