Anwar begitu yakin sekali dengan kes terbaru yang sedang hangat di pasaran berita ketika ini. Sebaik saja lelaki misteri Dato T membuat tayangan perdana untuk media;
Yb Nik Nazmi terus beri ulasan video seks itu ‘doctored video’.
Dituruti pula dengan tindakan pantas Anwar mengadakan sidang akhbar dengan mengeluarkan ‘typical statement’ – ‘satu lagi usaha untuk memusnahkan politiknya melalui politik keji dan jelik’.
Hari ini pagi-pagi sudah buat repot polis terhadap lelaki misteri Dato T.
Sebelah petang buat pula sidang akhbar bersama Kit Siang dan Hadi Awang menyatakan semua ini adalah konspirasi untuk menjatuhkan Anwar dan mengaibkan keluarga.
Semua usaha ini hanya tertumpu pada satu matlamat, iaitu cuba memalitkan sekali lagi kerja jelik ini adalah tajaan Barisan Nasional.
Berbeza sekali dengan Kes sodomi 2. Beliau lari ke Kedutaan Turki, takut bersumpah mubahalah dan tidak mahu serah DNA.
Dalam kes video ini tanpa menunggu cabaran, beliau terus membuat laporan polis.
Dari pengamatan kepada tindakannya, saya juga yakin Video misteri Dato T ini berkemungkinan besar adalah video palsu. Saya juga amat yakin, Anwar benar-benar mengetahui bahawa video misteri ini adalah palsu. Itu sebab tanpa melihat aksi dalam video tersebut beliau sudah menafikan lelaki dalam video itu bukan dia dan dia begitu yakin untuk membuat laporan polis dan meminta polis menyiasat segera.
Selama ini dia tidak pernah yakin dengan polis dan pada setiap masa sentiasa menuduh dan memperlekehkan polis sebagai barua pemerintah, tapi hari ini dia menyerahkan mandat kepada polis supaya menyiasat kes video misteri ini.
Keyakinan Anwar sangat luar biasa dan berbeza sama sekali dengan tindakannya menolak desakan supaya dia menyerahkan DNA kepada mahkamah.
Dalam kes video ini dia begitu pantas mahu disiasat dan mahukan kepastian siapa sebenarnya lelaki dalam video seks tersebut.
Sepatutnya, demi mendapat kebenaran dan kepastian, itulah yang sewajibnya dilakukan oleh Anwar, iaitu dengan memberi kerjasama membantu siasatan dengan membuat laporan polis.
Sepatutnya dalam kes sodomi 2, Anwar sewajibnya beri kerjasama dengan menyerahkan DNA secara sukarela , demi mendapatkan kepastian dan kebenaran bahawa ‘lelaki Y’ itu bukan dia. Jadi tidaklah rakyat menjadi mangsa ‘kekeliruan’ yang berpanjangan.
Lagi cepat Anwar serahkan DNA, lagi cepatlah terurainya siapakah ‘lelaki Y’ yang sebenar. Jika dia bukan lelaki Y maka kerja Anwar untuk menuju ke Putrajaya akan lebih mudah dan pantas. Tapi sehingga kini Anwar tidak mahu menyerahkan DNA, seolah-olah dia sengaja melengah-lengahkan atau tidak mahu menawan Putrajaya. Ada cara senang untuk ke Putrajaya dengan cara menyerahkan DNA, tapi beliau mengambil jalan berliku dengan menyusah dan melambat-lambatkan proses mahkamah untuk membuat keputusan.
TETAPI, kita lihatlah reaksi pantasnya dalam kes video misteri lelaki T ini. Dia yakin lelaki dalam video itu bukan dia. Awal-awal lagi dia sudah membicarakan kes sendiri dengan menyimpan bukti tweeter pada malam kejadian.
Itu sebab saya yakin bahawa Anwar memang tahu kewujudan video tersebut. Adakah dia tahu kewujudan video ini kerana dia sendiri yang terlibat sebagai salah seorang yang membikin (doctored) video ini? Yang paling pandai menangkap pencuri ialah pencuri. Yang tuduh orang lain doctored video selalunya ialah orang yang selalu doctored video juga.
Siapa yang paling suka buat fitnah terhadap pemimpin BN dengan menggunakan photo ‘super imposed’?
Siapa yang tuduh kerajaan cuba injek kuman HIV dalam tubuh Anwar?
Siapa yang tuduh kerajaan beri Anwar makan racun arsenik?
Orang minang selalu kata, ‘ Biaso jo awak dikato jo urang’.
Inilah Anwar Ibrahim.
Jadi pihak kerajaan dan pemimpin-pemimpinnya dinasihatkan janganlah melatah dalam hal video gila yang tayang oleh lelaki gila Dato T ini.
Jangan terperangkap dengan gerakan lelaki Misteri T ni. Kita tidak kenal lagi latar belakang lelaki T. Kita tak tahu apa agenda lelaki T. Tiba-tiba muncul menjadi hero dengan mendesak dan mengugut Anwar meletak jawatan. Dia juga yang memberitahu seluruh dunia bahawa Anwar yang menyuruh dia pergi ambil jam Omega. Ini bermakna dia dan Anwar kenal-mengenali antara satu sama lain.
Kerajaan tidak boleh silap walau pun seinci dalam kes Video ini kerana sedikit kesilapan saja sudah cukup untuk Anwar menjaja ke seluruh negara bahawa kerajaan melakukan sekali lagi konspirasi bodoh untuk menjatuhkannya.
Tengoklah kes Saiful Bukhari yang dibawa oleh Khairil Anas, Pegawai Khas PM berjumpa DS Najib. Itu sudah cukup dijadikan asas oleh Anwar untuk melibatkan Najib dan Rosmah sebagai bapa konspirator dalam kes Sodomi 2. Kebolehan luar biasa yang ada pada Anwar sudah cukup untuk meracun minda rakyat supaya yakin dengan dia. Tidak perlu bukti yang melampaui keraguan.
Dapat cerita sikit-sikit pun sudah memadai kerana Anwar berkebolehan untuk reka plot cerita yang setanding dengan kehebatan pengarah filem Bollywood dan Hollywood. Ini yang rakyat tidak faham.
Kita kena akur dan mengakui kebolehan luar biasa manusia anugerah tuhan ini. Kita berserahlah kepada tuhan. Dia maha mengetahui.
No comments:
Post a Comment