Tengoklah Mr.Stereo type Anwar Ibrahim. Dia tidak akan lari dari plot asal modus operandinya. Semua kisah yang dihadapinya atau kisah yang diciptanya, akhirnya adalah untuk mensabitkan konspirasi peringkat tertinggi untuk menjatuhkannya.
Strategi ini amat berkesan pada tahun 1998 yang lalu. Apabila timbul kes liwat 2, dia tuduh sekali lagi ini adalah usaha peringkat tertinggi parti untuk menghalang dia menjadi PM. Tapi tak berapa menjadi seperti tahun 1998. Roadshow yang cuba dilakukan tidak mendapat sambutan seperti roadshow 1998. Akhirnya dia tak berani lagi nak tuduh konspirasi peringkat tertinggi kerana Saiful Buhkari begitu konsisten dengan pendirian hingga sanggup bersumpah mubahalah.
Jika kes 1998 dia ada asas untuk sabitkan konpirasi peringkat tertinggi kerana Mahathir yang memecatnya dan akhirnya peluang mata lebam telah menambah lagi sentiment rakyat untuk dimanipulasi. Tapi kes Liwat 2 terlalu sulit untuk dia lakukan sepertimana kes liwat 1 kerana individu yang terlibat secara langsung adalah individu kecil yang bertahap pembancuh kopi saja.
Dalam kes video misteri Mr T juga sama, iaitu dia akan terpaksa berdepan dengan Mr T dan bukan kepimpinan peringkat tertinggi kerajaan.
Itu sebab hari pertama dia buat PC terus lemparkan hearsay, Sb terlibat dengan penayangan video seks di Seri Carcosa.
Hari ini dia terus buat tuduhan terbuka mengatakan DS Najib dan Dato Hishamuddin terlibat secara langsung dengan penayangan video tersebut. Dia ulangi teknik lama dengan mengatakan dia ‘ADA BUKTI’, ala kotak misteri jugaklah.
Ok…Kita tengok seterusnya. Hebat lagi perancangan dia kah atau perancangan Allah…
Dalam kisah klasik dulu-dulu ada disebut dalam kitab. Ada seorang pemuda yang duduk hujung kampong, selalu bagi terkejut orang kampong dengan cara terpekik terlolong mengatakan ada serigala nak makan dia. Dua tiga kali dia kenakan orang kampong dan setiap kali orang kampong datang untuk menolong, tengok-tengok ini budak sudah tipu. Akhirnya satu hari ada sekor serigala betul-betul datang nak baham dia, Dia pun terpekik terlolong mintak bantuan orang kampong, tapi tiada seorang pun orang kampong yang datang untuk menolong kerana semua satu kampong dah tak percaya dengan dia.
Akhirnya matilah pemuda tu kena bahammmmm.
Tidak mustahil Anwar Brahim sedang melalui pengalaman yang pernah dilalui oleh pemuda penipu tersebut.
No comments:
Post a Comment