Thursday, March 24, 2011

MAAF

Dato ‘Trio’ mendedahkan siapa dirinya dan mengambil tanggungjawab terhadap apa yang dilakukannya . Tindakan ini amat membantu menyelesaikan sebahagian besar dari kekeliruan yang berlaku.

Dengan pendedahan Dato ‘ Trio’ ini , maka saya juga memohon maaf kepada sesiapa juga yang saya telah tuduh dan telah buat pelbagai andaian buruk, termasuk Dato Sri Anwar Ibrahim, Dato T dan lain-lain yang berkaitan.

Saya juga memohon maaf kepada pelawat blog ini yang mungkin telah terkeliru dengan analisa dan penulisan saya.

Saya sedar inilah akibatnya jika kita mengulas dalam keadaan kekurangan fakta dan tidak tahu hujung pangkal cerita.

Terlintas di fikiran saya, betapa rosaknya minda rakyat negara ini apabila terdapat segerombolan manusia yang kerjanya siang dan malam mengelirukan pemikiran rakyat bagi tujuan kepentingan politik dan menyelamatkan diri tanpa mengenal batas.

Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh agama, jangan mengiya dan menidakkan apabila ada orang fasiq membawa cerita. Ini jugalah yang mungkin dimaksudkan oleh agama jangan aibkan saudara kamu kerana kamu akan diaibkan depan khalayak yang lebih besar.

Jadi , dalam banyak-banyak orang siapakah agaknya orang yang sedang menerima aib paling besar di depan khalayak paling besar?

2 comments:

  1. Hamba Allah yang dah taubatMarch 26, 2011 at 12:16 PM

    Melayu kata,
    Kesal dahulu pendapatan
    Kesal kemudian tiada guna nya..

    Telajak perahu boleh undur
    Telajak Analisa lu pikir lah sendiri..

    Tu pasal, kalau kes maruah. biar lah mahkamah memutuskan. Mahkamah masih perlu menjawab dengan Allah SWT sekiranya bertindak ketidakadilan..
    Manusia yang di FITNAH, doa nya makbul bro..

    ReplyDelete
  2. Hamba allah yg dah taubat...
    Baca tak posting saya yg lepas? Saya mintak maaf sebab membuat analisa anwar sendiri yg mungkin merancang fabricate video. Itu analisa saya sebelum pengakuan dato T, di sini yg saya mintak maaf bukan sj pd anwartp juga pada dato T kerana sy tak tau sape itu dato T. Bila dah tau baru saya nampak sikit mungkin ada kebenaran pd keaslian video trsbt.
    Skrg saya yakin anwar tidak fabricate video. Skrg saya analisa mungkin anwar benar2 melakukannya.
    Jgn mudah salah faham dan buat kesimpulan.

    Kkamdias

    ReplyDelete