PAS sedang menghadapi hari perhitungan. Ujian tuhan terhadap kiblat perjuangan parti yang sebenar. Tuhan pun kata, jangan kamu sangka kamu beriman selagi tidak diuji.
Isu video Seks Anwar akan menyerlahkan belang perjuangan PAS yang sebenar, samada perjuangan mereka benar-benar kerana Allah atau kerana politik.
PAS sudah diuji banyak kali. Sebahagian besar pemimpin dan penyokong PAS mentafsir ujian perjuangan mereka hanya dalam usaha untuk menegakkan hukum Allah melalui demokrasi. Mereka sebenarnya beranggapan halangan dalam matlamat perjuangan menegakkan hukum Allah datangnya dari parti pemerintah, UMNO/BN semata.
Segala halangan dan segala kesulitan yang mereka tempuhi ini mereka anggap sebagai ujian kepada usaha mereka dalam menegakkan kalimah Allah di Malaysia.(Rahmatallil Malaysia, bukan rahmatallil alamin).
Itu sebab mereka beranggapan sesiapa saja yang menentang perjuangan mereka, itu bermakna menentang Islam. Hari ini secara demokrasinya UMNO/BNlah kononnya yang menentang perjuangan mereka. Itu sebab UMNO/BN dicop sebagai penentang Islam dan sudah semestinya harus diperangi walau dengan apa cara sekali pun.
Konon dalam konteks Malaysia, secara matematiknya;
Perjuangan PAS = Perjuangan Islam.
Perjuangan yang selain dari apa yang dibawa oleh PAS ≠ Perjuangan Islam.
Ini bermakna mengikut hukum kadar terus;
Secara automatik perjuangan UMNO/BN ≠ Perjuangan Islam.
Dalam erti kata lain, UMNO/BN jatuh di dalam kategori penentang Islam. Berdasarkan hukum kadar terus, sesiapa saja yang menentang atau tidak mengikut apa yang dibawa oleh PAS samalah seperti menentang apa yang dibawa oleh Al Quran dan Hadis.
Maka dengan itu, golongan ini wajib diperangi dan sesiapa yang mati dalam memperjuangkan apa yang dibawa oleh PAS boleh dikira matinya seorang syahid di jalan Allah.
Hasil dari formula ini, ada yang mengatakan undi PAS masuk syurga. Undi BN bermakna bersekongkol dengan penentang Islam, maka hukumnya kafir.
Abu Jahal dan Abu Lahab = Menentang ajaran Muhammad.
Firaun dan Namrud = Menentang ajaran Musa dan Ibrahim as.
Menentang PAS = Menentang Islam / Ajaran nabi-nabi.
Maka menentang PAS = Tergolong dalam kelompok Abu Jahal / Abu lahab / Firaun dan Namrud.
Maka, UMNO = Abu Lahab /Abu Jahal / Firaun / Namrud.
Kesimpulannya, apa saja hujah dan ceramah yang dibawa di dalam ceramah PAS, sebenarnya menjurus kepada hukum matematik kadar terus seperti yang disebut di atas.
Dicampur, ditolak, darab dan bahagi, maka kesimpulannya UMNO pada mereka adalah parti sesat.
Andaian atau formula ini mungkin benar jika di dalam dada setiap ahli UMNO Islam tidak wujud walau sebesar zarah kalimah Allah.
Andaian atau formula ini juga mungkin benar jika UMNO secara lisan atau secara terang-terangan mengakui tidak beriman lagi dengan Al Quran dan Hadis. Bermakna ahli UMNO jatuh murtad.
Jika benar tiada kalimah walau sebesar zarah di dalam dada dan pengisytiharan oleh pemimpin UMNO telah dibuat bahawa UMNO tidak lagi beriman dengan Al Quran dan Hadis, maka memang layak UMNO dikategorikan duduk sebaris dengan Abu Jahal, Abu Lahab, Firaun dan Namrud. Memang layak UMNO diperangi seperti mana Sayidina Abu Bakar memerangi golongan munafik dan golongan yang enggan membayar zakat sewaktu pemerintahannya.
Tetapi, PERLU DINGAT! Jika UMNO dan jemaahnya tidak tergolong dalam golongan Abu Jahal, Abu Lahab, Firaun dan Namrud atau munafik, dan PADA MASA YANG SAMA, PAS pula melabel golongan UMNO ini sebagai sesat, maka janji tuhan ada menyebut, tuduhan sesat itu akan berbalik kepada pihak penuduh.
Sekarang kita lihat satu persatu peristiwa yang telah terjadi;
1. Dulu PAS kata UMNO kafir kerana berkongsi kuasa dengan MCA dan MIC. Kini PAS berkongsi kuasa pula dengan DAP.
2. Dulu PAS nak laksana hukum hudud dan sesiapa yang menentang hukum hudud, bermakna menentang Islam. Hari ini Pas telah gugurkan agenda hukum hudud.
3. PAS kata jangan aibkan orang lain, tapi rupanya jangan aibkan orang lain itu hanya terbatas kepada hal-ehwal yang berkaitan dengan Anwar Ibrahim saja. Pada masa yang sama dalam setiap ceramahnya tidak pernah Penceramah PAS tidak aibkan para pemimpin UMNO dengan pelbagai tuduhan.
4. PAS kata jangan fitnah orang, tapi sekali lagi fitnah tersebut terbatas kepada kes liwat dan video seks pemimpin kanan Pakatan. Pendedahan skandal seks pemimpin Pakatan yang wujud bukti dalam bentuk video dianggap pula sebagai cubaan mengaib dan memfitnah, tetapi pada masa yang sama, kes Altantunya yang dikait-tuduh dengan PM tidak dibekalkan apa-apa pun dokumen atau bukti.
5. PAS lebih bimbang dan bertegas dengan kesalahan menonton dan menayangkan video lucah daripada kesalahan melakukan aksi lucah di dalam tayangan tersebut.
6. PAS tegas dan tidak bertolak ansur dengan isu maksiat dan zina tetapi terhad hanya kepada isu maksiat dan zina yang berkaitan dengan pemimpin kerajaan. Jika isu maksiat dan zina itu melingkari kalangan pemimpin pakatan mereka, maka faktor keaiban dan faktor konspirasi atau niat jahat pihak lawan akan dipertimbangkan sebagai faktor perlunya mereka mempertahankan individu-individu yang disabitkan dengan skandal itu. Isu Anwar, Elizabeth Wong, Perupuk dan Selising adalah bukti jelas mereka bertindak mengkompromikan hukum Allah.
7. Semasa isu liwat belum benar-benar terdedah pada tahun 1998, Mat Sabu awal-awal sudah bertegas untuk menegakkan hukum Allah dengan mendesak pihak kerajaan menyiasat khabar angin yang menyatakan Anwar telah membuat sesuatu yang sealiran dengan umat nabi Lut. Sebaliknya apabila tindakan sudah benar-benar mahu diambil, Mat Sabu bertegas pula dengan satu lagi hukum Allah, iaitu tidak boleh mengaibkan saudara seagama kamu di depan khalayak. Jika kamu aibkan, maka kamu akan diaibkan di depan khalayak yang lebih besar.
Nak disebut satu-satu isu-isu ‘PAS menjilat ludah sendiri ini’ terlalu banyak untuk ditulis. Terlalu panjang untuk diperjelaskan bagaimana larangan tuduhan sesat yang disebut oleh Allah di dalam kitab sedang berbalik kepada si penuduh satu demi satu.
Inilah bukti betapa maha kuasanya Allah. Inilah bukti betapa Allah maha mengetahui apa yang tersirat di dalam hati manusia termasuk di dalam hati para pejuang agama di dalam PAS.
INILAH dugaan Allah yang sebenar yang perlu difikir oleh pemimpin dan ulamak PAS. Bukan dugaan atau halangan dalam usaha merebut kuasa yang sedang dipegang oleh UMNO/BN lah woii...!
Jangan tunggang langgangkan maksud agama Allah!
No comments:
Post a Comment